Monday, September 27, 2010

Incubator Research - Success

hahaha, alhamdulillah, berjaya juga akhirnya. ...

setelah berbulan-bulan dalam kajian, akhirnya pada hari ni telah menetas 2 ekor anak ayam hasil dari inkubator buatan aku sendiri. heehhe, anak ayam nampak sihat dan bertenaga.  huhu... puas..... seronok melihat anak ayam tu berlari-lari dalam inkubator...

dalam kesibukan aku melayan chicken pox yang melanda family aku, dapat pulak baby chicken yang memberi sedikit keseronokan. wah, syukurlah.... suatu usaha yang berbaloi....

bukan sekadar hobi ....

Sunday, September 26, 2010

Apa Itu Chicken Pox ?

salam,..
alahai.. apakan daya tetiba aje seluruh keluarga aku diserang chicken pox.. sakit nya tidak terkira, pedih menahan gatal-gatal di badan, muka, kepala, hidung, dalam telinga, dalam mulut, parah jugak la....

beberapa hari ini tak dapat nk update blog, sori semua... hari ni mula semula.  dan aku sisipkan sedikit info mengenai penyakit ini yang dipetik dari http://infosihat.gov.my .


Chicken Pox

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah


    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam 

    Pencegahan

    Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Thursday, September 23, 2010

Petua Mudah Mengubati Selsema

Bagi yang merasa tidak selesa dengan hingus yg meleleh, nak makan ubat...malas..mengantuk.

Saya mencadangkan anda makan tomyam panas.

Kenapa mesti makan tom yam, masak lemak cili api tak boleh ke?

Rahsianya di dalam tom yam terdapat serai, yang mana apabila kita makan tom yam, secara tidak langsung kita juga akan menghidu aroma serai. Aroma serai cepat membantu menghentikan masalah selsema.

Sebenarnya, tidak semestinya makan tom yam dapat membantu mengatasi masalah selesem, boleh juga dengan cara, ambil beberapa batang serai, diketuk-ketuk batang serai supaya pecah, direbus atau direndam dengan air panas... kemudiannya hidulah aroma serai tadi. Mudah-mudahan, masalah selsema dapat diatasi secara semulajadi, mudah dan amat murah.

Selamat mencuba...

*Ehsan http://ilhamkaryasari.blogspot.com

Sungguh Menyelerakan....

Salam,,.. sempena hari ulangtahun kelahiran putera aku yang sulong, disini aku nk sertakan galeri kek buat tatapan kengkawan semua.  memang nampak menyelerakan, betul tak? kenapa yang sedap-sedap kita tak boleh makan banyak? contohnya kek-kek ni lah...



Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kepada sesiapa jua yang menyambutnya pada hari ini... Makan,... jgn tak makan.  kalau sakit, boleh berubat....

Tuesday, September 21, 2010

Apa itu Tonsil... macam selalu dengar kan?


TONSILITIS

Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh
• Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di
sebabkan oleh bakteria.
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan
tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil
selalunya tidak sihat
• Dia akan mengalami :-
• Demam
• Susah untuk menelan kerana sakit tekak
• Nafas berbau busuk.
• Bunyi suara yang ganjil
• Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan
• Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Bagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah
• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
• Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
• Banyakkan minum
• Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
• Rehat
• Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
• Apabila jangkitan berulang - ulang.
• Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk
anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
• Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan
pengambilan immunisasi.
• Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
• Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria,
namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak
yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk
selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
• Termasuk :
• Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan
tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
• Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan
streptococcus.
• Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
• Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti
hidupnya.

Monday, September 20, 2010

Cerita pasal kesihatan

salam,.
pagi ini mood nk bercerita pasal kesihatan. lapa ni tadi, makan dulu... lepas tu terfikir pulak pasal makan ni, kalau kurang makan - dapat sakit, kalau lebih makan - pun sakit, salah makan - sakit, dari segi pemakanan aje dah boleh dapat bermacam-macam penyakit. puncanya dari diri kita sendiri.

aku ni pun bukannya sihat sangat. berat badan dah paras dah ni... selalu migrain, stress dan kekadang cepat mengantuk. nasib baik lah ada buat rawatan sikit. kaedah rawatan yang aku pilih ialah dengan berbekam selain memakan ubat-ubatan herba yang terpilih. ada sesetengah dari kita amat takut bila dengar perkataan bekam tu. sebenarnya tidaklah seperti yg kita bayangkan....dulu guna teknik torehan pisau, sekarang ni guna pin/jarum untuk test kandungan gula dalam darah tu. bukannya sakit pun... berbekam ni dah ada sejak dari zaman nabi kita dulu lagi. dalam bahasa Arab disebut Al-hijamah... untuk maklumat lanjut bolehlah lihat laman blog sahabat aku yang sorang ni, seorang ahli herba yang begitu mahir selok belok bekam ni.

beliau juga ada menyediakan perkhidmatan diagnosa penyakit dari pemerhatian tapak tangan dan garisan-garisan di dalam mata kita. ha,... macam ahlil nujum kan? pelik tapi benar, bukan tilikan nujum tetapi pemerhatian teliti dari segi saintifik. aku mulanya pelik juga, tapi setelah diberi penerangan serba sedikit dan ditunjukkan buku2 berkenaan, barulah percaya mengenai kaedah rawatan tersebut. hujung minggu ni nk pi bekam lagi kot....

tinjau-tinjaulah http://ilhamkaryasari.blogspot.com

kesan sampingan tiada. tetapi selepas mendapatkan rawatan bekam untuk pertama kali dah rasa perubahannya. badan terasa sihat, segar, migrain jarang2 datang. supplement? herba habbatus sauda yang telah diproses kepada bentuk softgel. tak payah makan pain killer yang berasaskan morfin tu lagi. kalau tak mencuba memang kita tak akan tahu. kawan2 kalau ada masalah kesihatan bleh la cuba bertanya kepada pemilik blog tu, Pn Faezah. tanya dulu, tak perlu terus bekam. dapatkan maklumat penyakit anda dulu. silap haribulan beliau pun takut nk terima anda sebagai pesakit, dek kerana terlalu banyak penyakit dalam tubuh anda.... jangan tak percaya.... renung-renungkanlah.... aku pun banyak bertukar-tukar maklumat dengan beliau pasal perubatan herba ni.

cuba la ye tinjau-tinjau skit laman blog tu. rugi rasanya kalau tak lihat sendiri...

Sunday, September 19, 2010

Gambar-gambar tumbuhan herba


Bunga tahi ayam pun sejenis herba










Pokok Misai Kucing





Daun dan Akar Mempelas





Mahkota Dewa






Dukung Anak

Hobi dan Minat - part 2


berikut disambung sedikit dari bhg yang pertama : hobi yang ke 4- mendaki gunung, aktiviti lasak dan mencabar. alhamdulillah saya pernah sampai ke puncak Gunung Ledang ketika berusia 3 tahun 4 bulan. bertitik tolak daripada itu maka saya begitu gemar dengan aktiviti mendaki. dulu ada web pasal kelab kami iaitu Gempaq Adventure Club, tapi portal geocities.com dah tutup, maka terpadamlah segala maklumat yang ditumpang secara percuma kat geocities tu.. sedih nya.... takpe lah, nanti saya bangunkan yang baru.


5- pembikinan laman web dan internet. antara hobi yang paling saya suka. senang, ringkas... tetapi kadang2 memeningkan kepala juga. pernah membuka sebuah cyber kafe, namun tewas tidak berapa lama kemudian.... gara-gara melakukannya sebagai hobi. rasa nya cukup dulu kot,... meleleh dah air mata ni dek kerana terlalu mengantuk.... kipas ni laju sangat kot? takpelah esok saya sambung lagi....

Sejenis herba : Mahkota Dewa

Saturday, September 18, 2010

Hobi dan minat

Mcm2 yg kita buat mengikut hobi dan minat masing2. Ada yg suka memancing, ataupun memang kaki pancing, x kira pagi atau ptg, siang atau malam. Kadang2 sampai x ingat nk balik rumah. Rela berhujan berpanas di lokasi semata2 nk melayan syok nya ikan menarik umpan. Saya pun termasuk golongan tu gak. Hehe. Tapi dh lama x berpeluang memancing dek kerana kerja. Ada lagi bermacam benda yg saya suka. Contohnya, 1-memelihara ayam. Tapi lebih kepada penyelidikan dan kajian. Ada satu eksperimen sedang saya jalankn iaitu penetasan melalui inkubator. Saje suka2, buat inkubator sendiri. 2-memelihara ikan. Yg ni saya sedang cube menjinakkan ikan puyu hingga menjadi manja, ala-ala dolphin gitu. Alhamdulillah dh nampak perkembangannya. 3-penyelidikan herba. Memang ada tempat utk kajian sedia ada spt di institut2, tapi saya nk buat sendiri, dgn lebih mengenali tumbuhan2 tersebut. Ha, pelik kan? Semua nk buat sendiri, mcm bagus aje. Tapi byk lagi sebenarnya. Saya sambung lain masa. Ok...

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri, bukan sehari, bukan seminggu atau sebulan, tetapi setahun sekali meng-update blog. itu sesuatu yang amat memalukan... heheheh, tetapi itulah akibatnya kalau sesaje menggatal nk buat blog tanpa tujuan.... bukan tanpa tujuan, sebenarnya tujuan saya ikhlas nk bantu kengkawwan, nk share macam macam.... tapi tgk lah ape sudah jadi? .... insyaallah, perlahan-lahan ni tengah belajar macamana nk buat blog yg baik.... ye lah, kawan pun tak ramai... hehehe

anda tengok lah nanti,.... macam-macam link akan diletakkan bagi memudahkan anda mencari maklumat.

macamana perayaan aidilfitri anda tahun ini adakah meriah seperti tahun-tahun sebelum ini atau sebaliknya. apa pun di harapkan anda semua berbahagia di hari raya ini.

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...