Tuesday, November 30, 2010


Kelebihan Daun Mulberry


Walaupun produk berasaskan Mulberry baru sahaja menerokai pasaran Malaysia, namun hakikatnya daun Mulberry telah lama terkenal dengan khasiat yang mampu menjadi penawar penyakit. Dengan kandungan klorofil dan kalsium di antara yang tertinggi, ia terbukti dapat membantu meningkatkan produksi susu badan kepada ibu yang menyusukan bayi.

Satu penemuan yang menakjubkan yang dilakukan oleh para penyelidik di Institut Kebangsaan Sains Agrobiologi, Jepun telah mendapati daun Mulberry mengandungi kompaun DNJ (Deoxynojirimcin) di mana ia dapat mengurangkan kemasukan kadar gula ke dalam saluran darah. Ia mengandungi GABA (Gamma Amino Butyril Acid) yang penting untuk mengawal (control) yang mengawal keseimbangan kolesterol dalam aliran darah. GABA adalah agen penenang alami dan agen anti-epilepsi untuk otak yang dihasilkan daripada asid amino glutamin dan glukosa. Mereka yang sering mengalami perasaan cemas, gangguan panik, dan depresi bermungkinan tidak menghasilkan tahap GABA yang mencukupi yang diperlukan oleh otak.

Oleh itu secara tidak langsung, Rebusan Daun Mulberry dikatakan boleh membantu menjadi penawar kepada penyakit kencing manis (diabetis) dan tekanan darah tinggi. Daun Mulberry kaya akan mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium (potassium), zat besi (ferrous sulfate), zink, vitamin A, B1, B2, C, 18 asid amino, dan flavonoid atau antioksidan yang mencegah risiko kanser.
Rebusan Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut:
  1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  5. Membantu dalam kehilangan berat badan
  6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  12. Menambahkan tenaga
  13. Meningkatkan produksi susu badan
  14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Khasiat daun mulberry ini memang terbukti di seluruh dunia.  Cuma masyarakat kita sahaja yang takut untuk mencuba.

*-Anak pokok mulberry kini boleh didapati dengan harga sekitar RM5/polibag sederhana.

Monday, November 29, 2010

Sukahati dia nak sayang siapa.....

Kecik hati saya, kenapa mak sayang dia lebih... mak asyik menyebelahi dia aje..yg salah semuanya saya.... sikit-sikit dia..yg jahat saya...
Antara rungutan seorang anak yg tidak berpuashati dengan sikap pilih kasih emaknya.

Yealah, kau pandai...cikgu suka kau...kawan-kawan pun ramai yg suka kau..aku ni sape..dahlah tak pandai...tak cantik pulak tu....
Antara ngomelan seorang kawan.

Siapalah kita sebenarnya yg berhak memaksa semua org sayang kita, suka kita, ikut kehendak kita???? Siapa kita?

Andai katalah kita berhak meminta disayangi semua org, sehinggakan Angelina Jolie dan Brad Pitt yg tak pernah kita jumpa pun tetiba dtg cari kita...dek kerana sukakan kita... alangkah bertuahnya badan...

Fahamilah, kita ini hanya hamba Allah....H.A.M.B.A A.L.L.A.H..

Dah di katakan hamba tu ...redhalah...REDHA...kalau ada yg tak sayang dan tak suka kita. Ramai lagi yg lain suka dan sayang dengan kita...di dunia ada berjuta-juta manusia..buat aje yg terbaik dan buat baik dengan semua orang..nanti adalah yg akan sayang dan suka dengan kita... Jangan sedih, cemburu dan iri hati dengan org yg kita anggap tak sayang kita.

Jodoh pertemuan, ajal dan maut itu, adalah ketentuan Allah.. kita hanya perlu buat yg terbaik untuk mendapatkan yg terbaik.

Seorang emak yg mempunyai 10 org anak....suka hati dia lah nak sayang anak yg mana lebih...anak no.1 ke, no. 2 ke..no. 5 ke atau no.9 atau no. 10. Kita ni kan anak, dah jadi tanggung jawab kita menghormati, menyayangi dan memenuhi keperluan mereka ikut yg kita termampu...Jalankan saja tanggung jawab kita. Pedulikan emak sayang kita atau tidak..

Ini..kononnya merajuk dengan emak...ayah meninggal dunia pun sanggup tak balik..jenguk jenazah ayah....(benar-benar berlaku..baru-baru ini November 2010..bukan jauh pun jarak antara rumah emak dengan anak ini..sehinggakan tak nak dtg jenguk pun jenazah ayahnya...yg bertungkus-lumus cari rezeki membesarkan anak...akhirnya inilah hadiah terakhir dari seorang anak...jenazah bukan minta diuruskan..jenguk pun tidak)... Bagaimana perasaan anda kiranya anak anda berbuat begitu.. alangkah sedih dan remuknya hati seorang emak yg melahirkan kita ke dunia ini..

Tidak ada emak / ayah yg tidak sayang sayang anak. (Melainkan ayah/emak yg kurang imannya..yg terpengaruh dengan bisikan syaitan...minuman kegemaranya..arak...makanan kesukaannya..dadah..hiburan hariannya judi...maksiat)

Sedangkan seorang emak yg hanya ada dua orang anak pun jadi masalah iri hati, cemburu..

Kesian emak.. nak jaga hati anak-anak. Tetapi anak tidak memikirkan hati dan perasaaan seorg emak.

Kita marah org tak sayang kita...Cuba renungi dalam-dalam dan fikirkan...siapa sebenarnya yg kita marah.

Kita sukakan kekasih kita...siapa yg pertemukan kita?.. bukankah itu kehendak Allah, dengan izin Allah kita dipertemukan..

Kita marahkan emak kita..siapa yg menentukan kita akan keluar ke dunia ini melalui rahim siapa...??????...itukan kehendak Allah ta'ala.

Setiap perbuatan dan langkah kita ini, kiranya Allah TIDAK izinkan ..ianya TIDAK akan berlaku.

Emak sayang kita, tak suka kita...lebihkan adik-beradik yg lain...itukan kehendak Allah jua..dengan IZINNYA..

Kita dibenci....terimalah ia ujian dari Allah...semak diri sendiri..kenapa kita dibenci..

Kita disayangi...terimalah ia ujian dari Allah...perbaiki lagi diri agar lebih ramai lagi yg menyayangi.

Bukankah itu semua ketentuan Yang Maha Kuasa.... Kita sendiri pun tidak semua org yg kita suka, tak semua org yg kita sayang.... Tanyalah diri sendiri..kenapa aku tidak bersikap adil...sayang semua org..tidak pilih kasih..

Sedangkan Rasulullah s.a.w...kekasih Allah...pelbagai ujian yg Baginda lalui..dibenci sedara sendiri..

Inikan pula kita yg hanya hamba allah yang biasa-biasa saja..bukan rasul, bukan nabi, bulan wali, bukan alim ulama...

Kita...jalankan tanggung jawab kita sebagai seorang anak, sebagai seorang teman, sebagai seorang pekerja...sebagai HAMBA ALLAH.

Suka hati dia lah nak sayang siapa..... yg penting kita berusaha dan didik hati kita untuk sayang semua orang...

---Terima Kasih.... Mak, kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan aku serta mendidik aku... itu dah cukup membuktikan kau sayang padaku.... yang lain tidak perlu....----

-credit to http://ilhamkaryasari.blogspot.com

Sunday, November 28, 2010

Sakit Kepala ... macam migrain, tapi bukan....

salam sejahtera,

lama sungguh saya tidak kemaskini blog ni, sunyi dah blog ni...
saya baru pulih dari sakit kepala yang agak teruk.,, rasa berdebar-debar, mencabar kesabaran dan minda.  mulanya saya ingatkan sakit kepala biasa saja , so makan ubat panadol sahaja..... tapi tak baik juga, makan ponstan 500,....cerfargot, ... tak jalan juga,.... makan uphamol650, tak jalan juga.. sah, mungkin darah tinggi naik ni,..
so, saya ke klinik swasta dulu (maklumlah malas ke hospital sebab ramai orang, lama nk menunggu), doktor check darah ok, normal aje.  gula dalam darah ok, darah tak tinggi, ok. ape masalahnya ni? kata doktor mungkin rasa berdebar2 tu disebabkan salur darah yg sempit akibat kolestrol. maklumlah badan gemuk la katakan... tapi sakit kepala tu x pasti katanya, mungkin migrain, tapi naper ubatan yg dibekalkan x memberi kesan? migrain tahap tinggi kot? ontahlah....

dua hari selepas itu saya ke hospital pula,, begitu juga ceritanya.... paracetamol., aduhai kata doktor kalau x baik juga datang semula. tu yg malas tu... darah pun ok, keputusan sampel darah pun ok juga. ape masalahnya?

beberapa hari kemudian saya ke pusat rawatan alternatif - bekam sunnah untuk mendapatkan rawatan. habis lah dari kepala hingga ke belakang badan di sedut dengan 'cup' khas. kesan bekam dan darah yang keluar tu macam pelik sikitlah,... kata jurubekam tu, ada gangguan lain. wah, gangguan ape yer? makhuk halus.... nama aje makhluk halus tapi boleh memudaratkan juga ye? wallahu 'alam....

esoknya, badan terasa sihat sesihat2nye, kepala ringan, tiada lagi kesakitan yg mengganggu tugasan seharian, tiada rasa berdebar2 lagi (mulanya isteri saya kata, ada makwe nk datang jumpa abg kot?) tetapi selepas rawatan ni, dia takde lah anggap yg bukan2 lagi....

alhamdulilllah, bukan lah semata kerana bekam tu, ini semua kehendak Allah......
persoalan nya? apakah motif utama kemasukan makhluk tersebut ke dalam tubuh badan kita?
atau mungkinkah ada seseorang pendengki yang menghantar utusan nya ke dalam tubuh kita?
wallahu 'alam, biarlah ape pun, berserahlah kepada Allah, kita hanya mampu berikhtiar dan meminta pertolongan Allah, selain bertawakal padaNya.

terima kasih kepada pusat rawatan bekam Ilham Karya Sari

Sunday, November 21, 2010

Orang Yang Didoakan oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Saturday, November 20, 2010

5 Tanda Sakit Jantung

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S).


FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian — jauh lebih tinggi berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang 140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka. Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan diri.

Friday, November 19, 2010

Bila Lelaki Benar-benar Jatuh Cinta?

risaugc0.gifsedihee8.gif


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian  kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…

*disalin daripada : http://ohdara.com

Thursday, November 18, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.

Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.

Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?” Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.

Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!! Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.

Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.

credit to spacenet at gudangmedia...

Tuesday, November 16, 2010

Misteri...

Ada 5 tempat di dunia ini yang menyimpan seribu satu persoalan tentang kewujudannya.  Dan banyak lagi monumen yang bakal saya paparkan di masa akan datang.... saksikan...


Piramid Giza
Easter Island
Cenote Cancun
Castlerigg Stone Circle
Stonehenge

Monday, November 15, 2010

Keburukan Facebook

salam...
sahabat-sahabat semua jangan ambil hati ye, entri kali ini just nk melawak aje ni.....
kalau ada yang terasa hati harap dimaafkan lah ye?.....
Facebook... Tidak mengenal usia
Facebook.... Mengabaikan persekitaran





Mengabaikan anak
Facebook membuat penggunanya tak mahu berpisah dengan komputer
Pengguna Facebook diancam penurunan berat badan kerana kurang makan
Diancam Obesiti - Bila makan pula tak henti-henti di depan komputer
Opps... yang ni dah parah - sempat lagi nk berFacebook dalam kesibukan ini...
Hahaha... ada diantara anda yang mungkin perasan perkara-perkara ini dah mula terjadi dalam hidup anda.... Berwaspadalah,.... berhati-hati dan berpada-pada lah.... jangan diikutkan nafsu dan perasaan anda hingga merosak diri dan kehidupan sedia ada.  Malah banyak yang berFacebook semasa dalam tugas, di pejabat mahupun di kaunter-kaunter perkhidmatan. Malah pengawal keselamatan juga dah mula berFacebook sejak kebelakangan ini. Awas, nanti pencuri masuk premis pun anda tak perasan dek kerana leka berFacebook.

Manfaatkanlah kebaikan Facebook sebaiknya dan jangan biarkan ia melalaikan kita.  Ciptaan asing ini sebenarnya boleh membunuh kita jika kita gagal mengendalikannya....

biawak bukan sebarang biawak,
biawak datang dari kuantan
Lawak bukan sebarang lawak....
ini lawak nak bagi peringatan....

Proton Inspira - Yang Bijak Memilikinya

salam,....
kali ni entri berkaitan model baru kereta Proton - Inspira
Boleh tahan juga, inspirasi dari model mitsubishi

Wajah yang garang....
Segak Bergaya
Putih tidak kurang hebatnya
         




Sunday, November 14, 2010

Leptospirosis @ Virus Kencing Tikus

salam pertemuan...
lama juga saya tidak menulis.... 3 hari dah.... nie sedikit info pasal Leptospirosis atau jangkitan virus kencing tikus. Amalkan mencuci tin minuman sebelum menikmatinya.  manalah tahu kalau-kalau ada tikus dah terkencing pada tin minuman tersebut. Urin atau kencing haiwan ini mengandungi sejenis zat beracun yang boleh membunuh. 


dipetik dari sumber Wikipedia - 'Sungguhpun ianya diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March'

Simtom

Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

Komplikasi

Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggang (“renal interstitial tubular necrosis”, yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). Masaalah kardiovaskular juga mungkin terjadi.

Rawatan


Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan pembawa asymptomatik.

Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan, atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur (contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam kes dimana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus

Thursday, November 11, 2010

Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Bekam

1) Kegemukan

2) Penyakit kaki gajah

3) Sakit pinggang

4) Sakit perut

5) Sembelit

6) Gangguan jantung

7) Radang perut

8) Alergi makanan

9) Sengal tulang

10) Sesak nafas

11) Asma

12) Insomnia

13) Cirit birit

14) Kejang otot

15) Kencing manis

16) Gangguan pundi

17) Menggigil

18) Kencing malam

19) Tonsil

20) Gatal-gatal

21) Radang usus besar

22) Stress

23) Gangguan pundi hempedu

24) Pusingan haid tidak teratur

25) Masalah Ginjal

26) Tekanan darah tinggi

27) Sakit lutut dan sendi

28) Sakit kaki

29) Sakit tulang belakang

30) Gangguan jiwa

31) Stroke

32) Gout

33) Rematoid

34) Bisul

35) Kurang imun

36) Sinus

37) Sakit kawasan perut

38) Gangguan rusuk

39) Buasir

40) Mandul

41) Kuat tidur

42) Membaiki peredaran darah

43) Pembuluh darah sempit/sumbat

44) Sakit punggung

45) Badan kurus

46) Membuang tabiat merokok

47) Sakit bahu/tengkuk

48) Pekak

49) Jangkitan kuman

50) Kurang daya ingatan

51) Kurang fokus

52) Sakit punggung

53) Gangguan pundi

54) Kaki semut-semut

55) Salah urat

56) Lumpuh menyeluruh

57) Lemah syahwat dan masalah prostat

58) Pening kerana gangguan haid

59) Sakit paha dan tapak kaki

60) Sejuk tapak kaki

61) Tegang/gelisah

62) Tumor otak

63) Lutut yang kaku

64) Gangguan pankreas

65) Kejang-kejang

66) Bisu

67) Penyakit mata

68) Berhenti haid

69) Bengkak testis

70) Tekanan darah rendah

71) Penyakit rahim

72) Keputihan

73) Masalah kesuburan

74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru

75) Sihir

76) Saka

Sunday, November 7, 2010

Hikmahnya Bersahabat Dengan Masalah

Salam ,
ungkapan "if a problem doesn't kill you, it will make you stronger" mungkin ada benarnya.
Siapa yang tidak bermasalah? Langsung tiada masalah? mustahil kan? Zaman sekarang ini lagilah bermacam-macam masalah yang muncul.  Asal bergerak sedikit sahaja mulalah nampak permasalahannya. Tetapi mungkin setiap dari kita mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah yang begitu sukar dihadapi. Rasa begitu mencekik leher, rasa bagai tergantung-gantung, terkapai-kapai, putus asa, kecewa, hampa.  Tambahan pula jika tiada tempat nk mengadu atau tempat mengadu pula ada masalah lagi besar.... aduhai....

Masalah. Setiap orang pasti mempunyai masalah. Setiap hari kita pasti berhadapan dengan masalah. Kita berusan dengan masalah. Kita mendapat masalah. Kita membuat masalah. Kita bahkan boleh menjadi sumber masalah. Masalah terbesar adalah kalau kita merasa tidak punya masalah. Itu memang masalah. Selesaikan itu dahulu...

Masalah yang kita hadapi sebenarnya menunjukkan ”level” kita. Siapa diri kita sebanding dengan masalah yang kita hadapi. Bukankah ada tertulis bahwa Tuhan tidak akan membiarkan kita diduga melampaui kekuatan kita untuk mengatasinya? Dan setiap masalah pasti ada jalan keluarnya?
Masalah atau problem sebenarnya guru sejati yang seringkali kita abaikan. Kebanyakan orang mengalami masalah yang serupa atau berulang kerana mereka tidak belajar dari masalah yang pernah mereka alami. 

Ada empat langkah mujarab untuk mengatasi setiap masalah dalam hidup:
1. Mengakui adanya masalah dan membuat rujukan, jangan lari dari masalah (cuba memusuhi masalah)
2. Setiap masalah pasti ada sumber atau punca masalahnya
3. Bila punca masalah ditemui maka masalah dapat dirungkaikan
4. Cari Jalan keluar untuk menyelesaikan masalah, jangan pula mencari jalan menambahkan masalah

Bersahabat dengan masalah bererti seolah-olah kita peluk masalah itu, selami perasaan nya, kenali dirinya lebih dekat lagi. Atau kata lain, kita muhasabah diri, cermin diri. Kalau kita bermusuh dengan masalah, kita takkan dapat merungkai nya.  Masalah berpunca dari kekurangan kita seperti kurang peka, kurang arif, kurang ilmu, kurang sabar, kurang ajar, kurang duit, kurang sopan, kurang tidur, kurang makan dan segala macam kurang yang bakal mendatangkan masalah kepada kita.  Bahkan zaman sekarang ni kalau kurang isteri pun dah jadi masalah kepada sesetengah lelaki yang sudah berumahtangga.  Macam-macam.... dan tak lupa  kelebihan kita juga bakal menjadi masalah seperti lebih makan, lebih malas, lebih tidur, lebih gurau, lebih hutang, lebih berat badan, lebih gula, dan yang paling payah ialah bersikap 'lebih kurang'.

'Lebih-lebih pun masalah, Lebihkurang pun bermasalah'
-Ada baiknya kita belajar menjaadi pemaaf, kerana dengan itu dapat meningkatkan kesabaran
-Rujuk segala masalah kepada yang pakar, jgn kepada orang sembarangan, bakal menambah masalah apabila ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan kita. 

.....Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran
Pahit getir yang pernah di lalui - guruku sejati...... (lirik sebuah lagu popular)

Renung-renungkan... coretan ini berdasarkan pengalaman masalah saya sendiri....

Friday, November 5, 2010

Bangunan Pelik-pelik

Ha, kali ni saya nak anda semua layan gambar-gamba ni.... kalau ada modal boleh buat satu kat Malaysia ni untuk tarikan pelancong... Sumber-sumber dari internet... yang peliknya bangunan-bangunan ini bukan terhasil dari bencana alam atau malapetaka. Tapi dicipta khas sebegitu rupa....

Semua tunggang langgang
Terasa macam orang kenit

Terkena puting beliung barangkali
Rumah 'jatuh dari langit'
Rumah dalam batu
macamane? pelik kan? agaknya org yang bina bangunan-bangunan ni mesti lebih pelik sebab dapat berfikir dari sudut pandangan yang berbeza.

Thursday, November 4, 2010

HP @ Telefon Bimbit - Jangan Letak .....

Zaman sekarang telefon bimbit (hp) adalah barang yang wajib dimiliki setiap orang, apalagi yang mempunyai hobi gadget & teknologi. Kepada sesiapa pemilik hp, cubalah baca artikel ni, coz ternyata hp tak bleh diletak ikut suka / sembarangan. Check it out…

1. Jangan Letak Dalam Saku
Bagi mereka (terutamanya lelaki) yang gemar meletak hp di saku seluar, sebaiknya kena fikir dua kali pasni. Alasannya, hp menghasilkan paparan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan infertilitas (ketidaksuburan) lelaki.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan gunakan hp ketika signal lemah berdekatan dengan barang elektronik berpresisi tinggi. Barang elektronik mengeluarkan medan elektonik yg tinggi iaitu, TV, ketuhar, dll. Alat berdaya kuasa tinggi boleh merosakkan litar telefon terbakar.

3. Dilarang Dekat Kunci Kenderaan
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak terhadap peralatan elektronik kendaraan. Hp yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapuskan kod elektronik yang ada di kunci tersebut.

4. Jangan Letakkan Dekat Komputer
Komputer & hp sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosak. Anda tidak ingin kehilangan dua benda favorit anda?

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan kumpulan musuh hp anda.. Mungkin anda tdk menyedari sering “menjemur” hp anda di dashboard kereta, dekat jendela & bagasi.

6. Hindari Meletakkan Kad SIM Dekat Magnet
Bahaya kad SIM dekat dgn benda-benda yg mampunyai magnet kerana radiasi yang ditimbulkan. Hp boleh merosakkan floppy disk, kad memori, & kad kredit anda.

7. Jauhkan Dari Logam
Hindari hp dari bahan logam kecil kerana magnet pada speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp anda boleh mengalami cedera fizikal/kerosakan.

8. Jangan Dekat Alat Pacu Jantung
Hospital sememangnya bukan tempat yang baik untuk menggunakan hp. Selain alasan pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantu dengar & alat pacu jantung dpt terganggu. Jangan sampai anda membunuh orang dengan hp yang anda miliki.

9. Jangan Letakkan Dekat Gas yg Mudah Terbakar
Gas berbahaya kerana memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Berada dengan gas yang mudah terbakar bisa mengakibatkan hp tidak dapat berfungsi dengan baik.

10. Hindari Tempat Basah
Rasanya kita semua sedar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera hp.. Apalagi saat musim hujan, bisa mengundang banyak risiko. Bagi pemandu motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yg kedap air saat hujan tiba.




11.  Jangan Letak Merata-rata...... nanti 'ghaib'

SUMBER : jelajahunik.blogspot.com

Tuesday, November 2, 2010

BMI - Body Mass Index

Kali ini saya nak masukkan entri pasal kesihatan lagi.  Berkenaan BMI atau pun Body Mass Index ataupun dalam bahasa Melayu nya Indeks Jisim Badan kot.. Apapun BMI adalah kiraan bagi mengenalpasti samaada berat badan seseorang itu sesuai atau tidak.  Adakah anda obesiti, lebih berat badan ataupun kurang berat badan. Klik SINI untuk mengira BMI anda secara automatik, secara online.  Maklumat yang diperlukan adalah berat dan ketinggian anda.  Anda akan mendapat julat tertentu dan menentukan samaada ianya sesuai atau anda perlu lakukan sesuatu untuk mem'perbetulkan' keadaan itu...

Selamat mencuba

Monday, November 1, 2010

Ayam Den Lapeh....

ooppss, tak ada kene mengena dengan tajuk.  kali ini produksi penetasan ayam kampung terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan kegagalan mesin berfungsi seperti sediakala.  hasil pemerhatian mendapati kehadiran juruteknik sambilan yang tidak bertauliah dan tidak bergaji mengganggu sistem mesin menyebabkan kegagalan tersebut.  individu tersebut adalah anak-anak aku.... kacau betul laa...... kasi rosak aku punya projek.  kesian anak2 ayam yang x menjadi tu.  dah berpuluh2 biji telur terpaksa dimusnahkan, ingatkan sebab lain, rupa-rupanya,.... kerja 'org dalam' juga.  hehehe....

kelakar juga bila mengingatkan perangai bebudak ni yang tak pernah serik kena marah ngan aku.  maklum lah aku ni bukanlah penyabar orangnya.  bebudak ni pulak makin dimarah makin advance pulak yang dibuatnya.  lantak korang ler, asalkan korang tak kena renjatan letrik sudah..... nakal tandanya berani mencuba dan nak menjadi pandai ler tu.  (tu yang memandai-mandai tu)....

apa2 pun, mesin penetasan unggas yang ada ni akan dinaiktaraf dan diperbesarkan untuk tujuan komersial.  tunggu laporannya di masa akan datang....

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...