Thursday, January 27, 2011

Jawi Lagi.... jom terjah

Entri berikut disalin dari blog aziz mostafa  http://typophile.com/node/74436.

Salam Sejahtera Kawanku,
Cintai Tulisan Jawi kerana ia identiti Bani Jawi?! Semarak Jawi dengan:
1. Unik + Dinamik Digital Khattat:
http://typophile.com/node/48495
http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
2. Teka Teki Silang (TTS) = Teka Silang Kata Kelopak (Rumi + Jawi)
http://www.typophile.com/node/51401
http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
http://typophile.com/files/16-petals.pdf
http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
3. Papantanda Tulisan Jawi:
http://www.sleeplessinkl.com/2010/08/25/going-crazy-over-jawi
http://webctfatimah.wordpress.com/2010/10/30/ct20-tulisan-jawi-semakin-t...
http://www.info.sophia.ac.jp/SIAS/jawi-study/resources/photos.html
4. Jawi Tools
http://www.jawi.ukm.my
http://dbp.my/tanya/Jawi
http://www.ejawi.net/converterV2.php
http://www.ejawi.net/v3/download/kbjawiv3.1.1.zip
http://www.k-jawi.gov.my/kalamportal/images/setup.exe
5. Menelusuri Asal Tulisan Jawi
http://www.gempakz.org/showthread.php?tid=165&pid=272#pid272
http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t159294.html
http://www.kitlv-journals.nl/index.php/btlv/article/viewFile/3096/3857
-----------------------------------
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2= 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Nak taip tulisan Jawi dalam Word?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam CorelDraw?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam Photp shop?
Nak tulisan Jawi Vektor dalam Illustrator?
Sangat2 berguna nak buat design dengan Digital Jawi Khattat:
http://typophile.com/node/48495
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

Wednesday, January 26, 2011

منوكر توليسن رومي كڤد توليسن جاوي

،سلام
اڤ خبر اندا سموا. كالي اين ساي تريڠين ڤولا منوليس انتري دالم توليسن جاوي. سرونوك جوڬ كن؟ سمواڽ برمولا اڤابيلا ساي ترجومڤا لامن سسواڠ بركنأن يڠ بوليه منوكر توليسن رومي كڤد توليسن جاوي. موده نق ڬونا اونتوق بلاجر جاوي.
 
salam,
apa khabar anda semua. kali ini saya teringin pula menulis entri dalam tulisan jawi. seronok juga kan? semuanya bermula apabila saya terjumpa laman sesawang berkenaan yang boleh menukar tulisan rumi kepada tulisan jawi. mudah nak guna untuk belajar jawi.

sila lawati http://www.ejawi.net/converterV2.php

selamat mencuba

Tuesday, January 25, 2011

Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan



PENGENALAN
  1. ANALISIS TAPAK TANGAN DIGUNAKAN OLEH BANGSA YUNANI.
  2. SARAF TAPAK TANGAN BOLEH MENGESAN 4-5 % PERINGKAT AWAL PENYAKIT
  3. TAHU KELEMAHAN ORGAN.
  4. TERSIMPAN SERIBU RAHSIA KESIHATAN

WARNA TAPAK TANGAN


TAPAK TANGAN WARNA MERAH :
  • Kolestrol, Darah Tinggi, Salur Darah Tersumbat.
TAPAK TANGAN PUCAT :
  • Kurang Darah / Darah Rendah
TAPAK TANGAN HITAM :
  • Toksid Tinggi / Racun Banyak
TAPAK TANGAN SEHAT :
  • Warna Kemerahan + Putih

Monday, January 24, 2011

Mancing Jom

hari ni sempat pergi memancing di empangan Durian Tunggal, Melaka
tak sangka pulak dapat ikan sebesar tu/...
kisahnya macam ni, mula-mula nak mancing macam biasa aje lah,
bawak plastik beras 10kg tu, konon cukuplah....
mungkin dah rezeki kami agaknya,
satu plastik tu cuma muat beberapa ekor ikan aje
semuanya besar-besar belaka

yg paling besar sebesar betis... ikan keli jer tu...
belum pun sejam duduk memancing dah kena balik
ye lah, dah lebih dari cukup untuk lauk seminggu...
alhamdulillah....

dah sebulan duk makan ikan hasil pancingan aje ni
ok ler tu, jimat belanja
hati pun senang....
lama jugak tak pergi menjala ni
esok lusa boleh juga ni

menjala la pulak......
boleh buat ikan pekasam
kalau sedap boleh buat banyak
kalau banyak boleh jual
kalau jualan banyak boleh untung
kalau untung banyak.. ... boleh kaya
kalau kaya banyak?
boleh blah!... berangan la pulak dah
ini semua mancing punya fasal ni...

bukannya ape skang ni dah kurang sempat nk meng update blog nie
asik keje keje keje....
selagi tak tutup mata....
rindu pulak kat keyboard ni...
banyak yg perlu diluahkan,..... terlalu banyak nak diperkatakan

Saturday, January 22, 2011

Lipas oh Lipas

Jom kita kenali LIPAS
 -terima kasih cisdel.com....

gambar lipas
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepalanya terputus 
  4. Kalau berlaku perang nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

Friday, January 14, 2011

Kail Berduri Bersalut Umpan....

Kalau memancing biarlah kena umpannya... disini saya kupas sedikit mengenai umpan-umpan yang biasa digunakan bagi aktiviti memancing. moga dengan entri ini dapat membantu anda yang baru nak belajar memancing. Sebenarnya kepelbagaian umpan adalah perlu bagi aktiviti ini. Cerewet juga ikan-ikan ni memilih umpan nya. Ye lah, lain ikan lain makannya, lain lubuk lain makannya. Bertukar cuaca pun boleh menyebabkan ikan bertukar selera. Bila air bertukar warna pun dan lain seleranya... Apepun, kita mencuba lah ye? Usaha Tangga Kejayaan. Kalau nk senang sangat beli kat pasar lah... nama pun nak seronok, kenalah usaha lebih .... hehehe....

1. Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan.



Udang Galah
2. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng).

3. Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam.

Sembilang
4. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang).

5. Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli),


6. Belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). 

 
7. Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). 


8. Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi).


9. Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). 


10. Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). 


11. Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). 


12. Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). 


13. Keli (cacing, cengkerik, udang sawah, perut ayam).

Keli


14. Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi).

15. Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Begitulah ya, sedikit sebanyak mengenai umpan.  

Thursday, January 13, 2011

Ketam oh Ketam

mcm2 jenis ketam ye,...
di sini nk update sikit je pasal ketam2 ni
ntah apasal tetiba kawan sebelah ni cerita pasal ketam.... (idea tu)..

terus surf kt internet jumpa gambar2 ketam ni/... goreng pun sodap ni

Ketam Laut biasa yg selalu jumpa kat pasar tu




Spesis ketam nipah. Boleh diternak ni. Sebelah utara banyak jual ketam ni


Giant Coconut Crab. boleh kupas kelapa katanya. wah patutlah nama giant...

Ketam batu. Haram dimakan. Dua alam. selalu boleh dijumpai atas batu di tepi pantai. dah macam umang-umang dah ni. 

Yang ni, semua kenal... ketam goreng. sedapnye....

sekian sahaja cerita pasal ketam....

Wednesday, January 12, 2011

Minyak Kelapa Sawit ....

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.
Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan juga menjadi bahan suapan biobahan api.

Kimia dan pemprosesan

Minyak sawit dan minyak isirong sawit terdiri daripada asid lemak yang terester dengan gliserol seperti mana-mana lemak biasa yang lain. Kedua-dua minyak tersebut tinggi dengan asid lemak tepu, iaitu masing-masing ada 50% dan 80%. Minyak sawit meminjamkan namanya kepada asid palmitik, iaitu asid lemak tepu 16-karbon yang ditemui dalam minyak sawit; asid oleik monotaktepu juga merupakan satu juzuk minyak sawit manakala minyak isirong sawit pula banyak mengandungi asid laurik. Minyak sawit ialah sumber semula jadi tokotrienol yang terbesar, iaitu salah satu anggota kelompok vitamin E. Minyak sawit juga tinggi dengan vitamin K dan zat magnesium diet.[perlu rujukan]Napalm meminjam namanya dari asid naftena, asid palmitik dan piroteknik, atau sekadar resipi yang menggunakan nafta dan minyak sawit.

Anggaran kepekatan asid lemak dalam minyak sawit adalah seperti berikut:[1]
Kandungan asid lemak minyak kelapa sawit
Jenis asid lemak

%
Palmitik C16
  
44.3%
Stearik C18
  
4.6%
Miristik C14
  
1.0%
Oleik C18
  
38.7%
Linoleik C18
  
10.5%
Lain-lain
  
0.9%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu
Kandungan asid lemak minyak isirong sawit
Jenis asid lemak

%
Laurik C12
  
48.2%
Miristik C14
  
16.2%
Palmitik C16
  
8.4%
kaprik C10
  
3.4%
Kaprilik C8
  
3.3%
Stearik C18
  
2.5%
Oleik C18
  
15.3%
Linoleik C18
  
2.3%
Lain-lain
  
0.4%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu
Asid lemak merupakan asid karboksilik alifatik tepu dan tak tepu dengan rantai karbon dalam lingkungan C3 hinga C28. Salah satu contoh asid lemak ialah asid palmitik, CH3–(CH2)14–COOH.
Proses pemisahan minyak dan lemak melalui hidrolisis, atau dalam keadaan penyabunan asas, menghasilkan asid lemak dengan gliserin (gliserol) sebagai bahan sampingan. Asid lemak yang terpisah ini adalah campuran asid lemak yang berlingkungan C4 hingga C18 bergantung pada jenis lemak atau minyaknya.

Hasil minyak sawit dibuat dengan proses pengisaran dan penapisan: mula-mula sekali menggunakan pemeringkatan, diikuti proses penghabluran dan pengasingan untuk memperoleh pecahan pejal (stearin), dan cair (olein). Bendasing boleh ditanggalkan melalui proses pencairan dan penyahgaman, kemudian minyaknya dituras dan dilunturkan. Selepas itu, penapisan luaran menghapuskan bau dan pewarnaan untuk menghasilkan minyak sawit dinyahbau luntur bertapis (Inggeris: refined bleached deodorized palm oil, RBDPO), dan asid lemak tulen bebas, yang digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan pelbagai produk kebersihan dan penjagaan diri. RBDPO adalah hasil minyak asas yang boleh dijual di pasaran komoditi sedunia, di samping boleh dipecahkan lagi menjadi olein sawit untuk membuat minyak masak dan banyak lagi.[4]

Kelapa sawit juga dijadikan bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, sama ada minyak sawit diproses yang dicampur dengan petrodiesel, mahupun diproses melalui pentransesteran untuk menghasilkan sebatian ester metil minyak sawit yang memenuhi penetapan EN 14214 antarabangsa, dengan gliserin sebagai bahan sampingan. Proses yang sebenar berbeza antara negara-negara dan dari segi keperluan pelbagai pasaran eksport. Proses pengeluaran biobahan api masa hadapan juga sedang diuji secara kecil-kecilan.

Sumber : www.wikipedia.org

Sunday, January 9, 2011

Berbekam?...

Mengapa Harus Berbekam?

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

Toksid dalam tubuh manusia antaranya berpunca daripada:

1. Pencemaran udara
2. Makan makanan segera kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna, perisa, dan sebagainya
3. Hasil pertanian yang beracun (insektisid, fungisid, herbisid)
4. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam, dan lain-lain
5. Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam sistem badan

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2011

Disini saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru 2011 secara ringkas.

semoga ape yg dicita2 kan terus menjadi buruan, ape yg diazamkan telah tertunai , ape yg diimpikan telah menjadi kenyataan. 

namun dalam kite meneruskan perjalanan hidup ini, tabahlah menghadapi segala rintangan dan dugaan yang pasti tidak lekang dari kamus harian kita...... dugaan dan cabaran akan bergayutan di sekeliling tubuh kita.  akan menarik mimpi2 kita, akan mencuit emosi kita.  sesungguh nya Allah Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. bermohon lah padaNya untuk perlindungan, bantuan dan mohon lah keredhaanNya. 

setiap usaha pasti tidak alan sia2 jika kita sabar....
amin...

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...