Saturday, November 26, 2011

Pembabitan dalam penternakan

Kebelakangan ini saya asyik sibuk dengan tugas sehinggakan tiada berkesempatan untuk mengupdate blog ini, mungkin ada di kalangan sahabat yang tertanya2 ke mana perginya blogger sorang ni kan? hahaha,

macam ni sebenarnya, akhir2 ini saya mula berkecimpung dalam bidang penternakan. Ala, baru nak mula menternak ayam secara kecil-kecilan, arnab pun ada sikit2,... perkembangan terkini penternakn saya bolehlah diikuti di blog http://ayamdireban.blogspot.com ataupun D'Reban Agro Farm. Sememangnya minat untuk menternak ni dah ada sejak dari dulu lagi, cuma kekadang masa tak mengizinkan untuk memberi tumpuan serius.  InsyaAllah selepas ini akan diusahakan dengan serius secara berperingkat-peringkat.  Mudah-mudahan usaha ini akan membuahkan hasil yg lumayan dan sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup yang semakin mencabar. 
Amin,..

Wednesday, November 23, 2011

Kering Air Mata Ibu.....


Hari ini Ilham (21/11/11) didatangi sepasang suami isteri.....dalam lingkungan usia awal 60an...


Makcik Saliah (bukan nama sebenar)..mencari ubat titis mata...matanya terlalu kering..rasa seperti berpasir...


Ilham :" Kenapa mata makcik kering?..mackcik selalu menangis ke?
Makcik Saliah : "Hari-hari menangis nak.....macamana tak nangis..anak makcik sorang..lelaki..umur awal 30an...duda..ada anak sorang...setiap hari buat makcik menangis...baru ni nak kawin..."


Ilham : "baguslah tu makcik..dia kawin nanti tahu tanggungjawab..mungkin boleh jadi baik..."


Makcik Saliah : "Makcik tak setuju..makcik tak restu...dia nak kawin dengan dengan sepupu makcik.... makcik tak terima sepupu makcik panggil makcik 'Mak'....dari kecil kami dah biasa adik - kakak.."


Ilham :" anak makcik tak tahu kot...tu mak sedara dia.."


Makcik Saliah :" tahu..makcik dah beritahu....dengan anak makcik...makcik kata .." kau nak ke tidur sekatil dengan mak sedara kau..."..lagi makcik buat macam tu..lagi dia tayang gambar perempuan tu..siap pasang kat tv...dia boleh tanya kat makcik " ...kan muda lagi tu mak..tak nampak tua pun..".....sakit hati makcik..lagi di main-main kan makcik..".."kekadang tu dia menjerit-jerit...pernah dia tendang makcik....bila makcik halang dia keluar...makcik pegang kaki dia...anak makcik tepis makcik dengan kaki dia..."


"Itu derhaka kan nak...tapi setaip hari makcik ampun kan dia...kalau makcik tak ampun kan dia...makcik takut....apa-apa berlaku, dia tak sempat minta ampun dengan makcik...."..
"Baru hari ni, makcik belum menangis lagi....ni yg makcik nak cari ubat titis mata.."..ada nak ubat titis mata?"




Ilham :" ada makcik...RM10 aje..." .."Ubat titis mata ni herba....baik untuk masalah katarak, mata berselaput atau mata silau.."
"Mudah-mudahan doa makcik dimakbulkan..anak makcik tidak menjadi anak derhaka.."


Walau bagaimanapun diperlakukan anaknya...makcik Saliah tetap mendoakan anaknya supaya berubah jadi baik... setiap hari mengampunkan dosa anaknya itu.. walau hatinya pedih..walau hatinya terluka......

-dari blog Ilham Karya Sari

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...