Monday, April 16, 2012

60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk!

Kira-kira 60 peratus atau 17 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah gemuk, mengikut perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan.

Hah! Biar betul?



Fakta Ringkas:
  • 30 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan (kira2 8.5 juta orang)
  • Manakala 30 peratus lagi mengalami obesiti
Baca artikel selengkapnya di bawah ini:


Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Read more: http://billyinfo.blogspot.com

Sunday, April 15, 2012

Akibat Kencing Manis

Dipetik dari http://ilhamkaryasari.blogspot.com

Ya Allah yang Maha Pengasih, ku memohon kepada Mu Ya Allah, berilah kesembuhan dan pulihkan semula kesihatan beliau dari penyakit kencing manis yang di hidapinya. Pulihkanlah kaki beliau yang membengkak dan berair, agar beliau boleh beribadat kepadaMu dengan sempurna Ya Allah. Dengan izinMu, penyakit itu datang, dengan izinMu juga penyakit itu sembuh... Ya Allah tiada daya upaya kami, hanya berserah kepada Mu Ya Allah.


Stevia - Pemanis Bukan Gula, Tanpa Kalori, Tiada Mudarat

Salam buat semua,...

hari ini saya dihantar beberapa botol sample pemanis stevia oleh sahabat saya yang berada di Nilai, Negeri Sembilan,...  wah manis betul, dengan campuran sedikiiitt sahaja ke dalam minuman, kemanisannya terbayang2,... mcm terasa lagi dalam mulut ni.... kire ok lah tu , asalkan tiada mudarat dan kesan sampingan..

dan yang paling utama ianya baik untuk kesihatan dan tidak menaikkan kandungan gula dalam darah kita.  Penyakit kencing manis ni rupanya bukannya kandungan gula dalam air kencing, tetapi kandungan gula dalam darah... tu sebab masa nk test kencing manis nurse tu ambil sedikit darah di hujung jari kite , lepas tu di test kt alat 'pengetest' tu dan terpaparlah..... 12.5 contohnya.... amik kau, darah manis . hehehe tu yg drakula suka tu.... zaman skang ni drakula tak makan kt tengkuk lagi dah, dia makan kaki dulu.... (merapu lah pulak)...

ni nk cerita lagi, saya ada lah buat jualan sikit.... nak ikutkan sebotol 50g RM45 dia suruh jual... aku jual RM40 je udah ler... amik untung singgit dua jer... harga promosi la katakan... biase la org melayu meniaga mmg camni kan? dah laku banyak esok, mula lah saya naikkan harga.... hehehe

kalo minat, bgtau yer... eh jap nombor telefon untuk meniaga lum ada la pulak. esok2 saya post kan nombo telefon dalam entry terbaru yer.... sori2.... jap nk pi beli simkad baru jap.... huhu...

bersambung...

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...