Friday, April 26, 2013

KHASIAT DAUN BELIMBING BESI

Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.


Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;


1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.


2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.

3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.

4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.

5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.

6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya.

Muka Cantik Mata Lebam

Cara menghilangkan tanda lebam sekeliling mata

Mata anda cantik tetapi dikelilingi kesan hitam / lebam? masih belum hilang lagi? Jika begitu, cuba anda kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.


Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan lebam bawah mata anda;


1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.

2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.

3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.

4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.

5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.

6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.

7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.


Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lebam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.

Cuba ye?.....

RINDU BERTANDANG LAGI



Assalamualaikum.....

kesibukan mencari rezeki membataskan waktu untuk berblog,... lebih-lebih lagi kalau tidak bekerja di pejabat.  kalau dulu boleh lagi, sambil kerja sambil berblog.  kini setelah bertugas di tempat yang agak sibuk, kesempatan itu sukar diperolehi..... tambahan pula tuntutan kehidupan masa kini, memerlukan kudrat ini dikerah sepenuhnya bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga tercinta.....

mungkin blog ini dah tak begitu aktif, namun masih banyak lagi yang perlu di ketengahkan di sini....

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...