Selam punya selam.... terjumpa maklumat ni...
MYKAD - Fungsi Dan Pelbagai Kegunaan
1. MyKad sebagai Kad Pengenalan Diri. Ia menyimpan maklumat-maklumat seperti:
- Nama
- Alamat
- Bangsa
- Status kerakyatan
- Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
- Minutiae cap jari
2. Mykad sebagai dokumen sah lesen memandu. Semua data lesen
memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di
semak melalui Mykad (perlu lakukan pembaharuan lesen melalui Mykad)
3. Mykad sebagai Pasport Sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan “Autogate”
4. Mykad berfungsi sebagai Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI)
yang memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad.
Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara
elektronik seperti:
- Pengesahan – orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
- Pembuktian – tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
- Sulit – Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
- Integriti – tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat
5. Mykad sebagai Kad Transit (Touch 'N Go)
6. MyKad sebagai Dokumen Kesihatan yang menyimpan maklumat asas
kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan
maklumat waris atau ahli keluarga terdekat.
7. MyKad sebagai e-Tunai di mana urusniaga serta transaksi MEPS
Cash yang membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah
tidak melebihi RM2,000.
8. MyKad sebagai Kad ATM di pemegang MyKad boleh menjalankan urusniaga perbankan di mana-mana terminal ATM yang mempunyai logo MyKad
9. MyKad boleh digunakan sebagai Frequent Travellers Card (FTC)
bagi kemudahan perjalanan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu
secara berulang-alik dengan menggunakan MyKad sebagai dokumen
perjalanan, namun passport masih perlu dibawa.
10. Mykad sebagai Aplikasi e-Pasartani@FAMA yang merupakan satu
sistem bersepadu menggunakan MyKad sebagai platfom menyimpan data ke
dalam cip bagi merekod data dan maklumat peserta pasar tani FAMA.
11. Mykad sebagai aplikasi Pendaftaran Nelayan bagi mendaftar
maklumat para nelayan. Aplikasi ini mengintegrasi Sistem Rangkaian
Informasi Perikanan (SIRIP) dan Card Lifecycle Management System (CLMS),
Jabatan Pendaftaran Negara.
12. Mykad sebagai Aplikasi MyPesara yang bertujuan bagi
mengesahkan identiti seorang pesara Kerajaan Malaysia atau tangggungan
pesara (pasangan dan anak) atau penerima pencen.
13. Mykad sebagai Aplikasi Orang Yang Kompeten (OYK). Aplikasi ini bertujuan menjadi pelengkap bagi sijil OYK berasaskan kertas kepada aplikasi rekod elektronik mudah-alih.
14. Mykad sebagai Kad Ganjaran dan Diskaun melalui Program
Jom Aktifkan Mykad oleh MykadSmartShopper.
16.
Mykad sebagai Dokumen Rasmi untuk program MyKasih
Tahap Keselamatan Mykad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari masa ke semasa telah menjalankan
kajian keselamatan dengan bantuan syarikat perunding keselamatan. Kajian
terakhir telah dibuat pada April 2010. MyKad atau sistem atau peralatan
berkaitan telah disahkan pada tahap keselamatan yang memuaskan
Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) bersama dengan Cybersecurity Malaysia
(CSM) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) sedang menyediakan
proses pensijilan alat pembaca kad yang bermula pada 30 April 2012.
Jangan lupa... perbaharui Mykad anda!
sumber maklumat :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
credit to : http://relakssminda.blogspot.com