Cara Kempiskan Perut Buncit
Cara yang mudah tapi amat SUSAH nak dilakukan .... cuba lah....
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu
akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan
kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan
jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih
efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat
kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas
yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak
dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang
seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium
terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran
air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan
gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara
pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan
fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu
berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin
menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga
merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat
adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi
kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses
penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai
jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit.
Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan
menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit
berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan
danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat
dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan
merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan
kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar
metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan
pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan
dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini
seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan
ketinggian dan berat badan.