Wednesday, February 18, 2015

MYKAD - Fungsi Dan Pelbagai Kegunaan

Selam punya selam.... terjumpa maklumat ni... 

MYKAD - Fungsi Dan Pelbagai Kegunaan

1. MyKad sebagai Kad Pengenalan Diri. Ia menyimpan maklumat-maklumat seperti:
  • Nama
  • Alamat
  • Bangsa
  • Status kerakyatan
  • Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
  • Minutiae cap jari
pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

2. Mykad sebagai dokumen sah lesen memandu. Semua data lesen memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di semak melalui Mykad (perlu lakukan pembaharuan lesen melalui Mykad)

3. Mykad sebagai Pasport Sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan “Autogate”

4. Mykad berfungsi sebagai Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:
  • Pengesahan – orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
  • Pembuktian – tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
  • Sulit – Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
  • Integriti – tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

5. Mykad sebagai Kad Transit (Touch 'N Go)
pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

6. MyKad sebagai Dokumen Kesihatan yang menyimpan maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat.

7. MyKad sebagai e-Tunai di mana urusniaga serta transaksi MEPS Cash yang membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000.

8. MyKad sebagai Kad ATM di pemegang MyKad boleh menjalankan urusniaga perbankan di mana-mana terminal ATM yang mempunyai logo MyKad

9. MyKad boleh digunakan sebagai Frequent Travellers Card (FTC) bagi kemudahan perjalanan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu secara berulang-alik dengan menggunakan MyKad sebagai dokumen perjalanan, namun passport masih perlu dibawa.

10. Mykad sebagai Aplikasi e-Pasartani@FAMA yang merupakan satu sistem bersepadu menggunakan MyKad sebagai platfom menyimpan data ke dalam cip bagi merekod data dan maklumat peserta pasar tani FAMA.

11. Mykad sebagai aplikasi Pendaftaran Nelayan bagi mendaftar maklumat para nelayan. Aplikasi ini mengintegrasi Sistem Rangkaian Informasi Perikanan (SIRIP) dan Card Lifecycle Management System (CLMS), Jabatan Pendaftaran Negara.

12. Mykad sebagai Aplikasi MyPesara yang bertujuan bagi mengesahkan identiti seorang pesara Kerajaan Malaysia atau tangggungan pesara (pasangan dan anak) atau penerima pencen.

13. Mykad sebagai Aplikasi Orang Yang Kompeten (OYK). Aplikasi ini bertujuan menjadi pelengkap bagi sijil OYK berasaskan kertas kepada aplikasi rekod elektronik mudah-alih.

14. Mykad sebagai Kad Ganjaran dan Diskaun melalui Program Jom Aktifkan Mykad oleh MykadSmartShopper.

16. Mykad sebagai Dokumen Rasmi untuk program MyKasih

pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

Tahap Keselamatan Mykad

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari masa ke semasa telah menjalankan kajian keselamatan dengan bantuan syarikat perunding keselamatan. Kajian terakhir telah dibuat pada April 2010. MyKad atau sistem atau peralatan berkaitan telah disahkan pada tahap keselamatan yang memuaskan

Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) bersama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) sedang menyediakan proses pensijilan alat pembaca kad yang bermula pada 30 April 2012. Jangan lupa... perbaharui Mykad anda!

sumber maklumat : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

credit to : http://relakssminda.blogspot.com

Tuesday, February 3, 2015

Sampai akhir nanti...

assalamualaikum... sampai akhir nanti... kau saja jadi pujaan... walau seribu tahun... walau seribu zaman ku tetap menanti..... fuh begitulah sedikit lebihkurang lirik lagu alleycats.. mendayu dayu...

tiba tiba terdetik nak meng update blog buruk ni semasa dalam tugas mengendalikan pa system di satu majlis ilmu...

tahukah anda kebanyakan bedak foundation (betul ke ejaan ni) yg kita gunakan untuk ber make up tiada pengesahan sijil halal? saya terpanggil untuk menulisnya... betul juga kan? memang kita tak pakai untuk solat.. tak pakai dalam sembahyang.. tapi bahan yang digunakan boleh dipegang kah? sumber dari mana kah? wah... banyak betul persoalan yg bermain dalam kepala ini...

sehingga mendapat jawapan.. saya tinggalkan anda dengan persoalan tersebut. sekian...

Monday, March 10, 2014

Misteri MH370 Yang Hilang

Semoga apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Semoga semua penumpang dan krew terbabit dalam penerbangan MH370 itu selamat .  Misteri yang belum terjawab....

Kepada keluarga dan sanak saudara mereka diharapkan bersabar dalam menanti jawapan,... semoga tabah menempuh dugaan ini... tidak dapat dibayangkan jika perkara ini terjadi pada ahli keluarga kita, apakah kita bersedia menghadapinya....

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Ketika ini pelbagai spekulasi bermaharajalela di arena maya, mana satu yang betul, mana satu yang palsu, atau semuanya tidak benar belaka...