Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Borang BR1M

salam berikut adalah link bagi muat turun borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (RM500)
kepada sesiapa yang masih belum sempat mendapatkannya sila lah download dan print borang berkenaan, kemudian diisi dengan lengkap dan dilampirkan salinan kad pengenalan dan slip gaji. dihantar terus 'by hand' ke pejabat LHDN atau lokasi2 yang terpilih seperti pusat khidmat Adun kawasan dan sebagainya.

http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

Tuesday, December 6, 2011

Punca H1N1 merebak satu ketika dulu

Salam,...
saya tertarik dengan satu poster yg saya jumpa tertampal di ... ada la satu tempat tu... (rahsia)..
dalam hati teringat nak post kat sini,... sekadar lawak je la, tak tahu la kalau sekadar lawak bodoh, tetapi bagi saya kreatif juga diorang ni, nak lariskan barang punya pasal, sanggup meng'eksploitasi'kan sesuatu isu.


Baca sampai habis, anda akan terlihat satu kenyataan seperti ugutan. Fuh,... dahsyat gak lawak dia ni...

Tuesday, August 2, 2011

Dulu Seekor, kini separuh

salam pertemuan,
berkisar mengenai harga barangan dapur, keperluan untuk memasak, untuk makan.... dan sebagainya. mengenai harga ayam pula, kat sini dah mencecah rm8.50 sekilogram. harga ikan jangan cakap la, melambung2,.... skang ni kitorang sekeluarga kadang2 tu tak tau nk makan ape, mkn lauk sayur aje kekadang... nk beli ayam? dulu boleh la beli seekor, skang ni mampu beli separuh aje. itu pun dah menung fikir 2-3 kali.....

agak2 nye korang tak mengalami masalah cam kami ni yer?

Sunday, March 20, 2011

Pengawal Keselamatan Bukan Kerjaya Pilihan - Kenapa???


PENGAWAL KESELAMATAN BUKAN KERJAYA PILIHAN – KENAPA?

Salam pertemuan,...

Kali ini saya ingin bercerita  tentang nasib .. mungkin juga suratan,... atau mungkin juga kebetulan...

*Coretan ini umum dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Coretan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian semasa*

Kita nilaikan sama-sama situasi ini.  Pada pembentangan bajet 2011 yg diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ada terselit “berkuatkuasa 1 Januari 2011, gaji pengawal keselamatan akan dinaikkan ..... “ saya tertarik dengan ungkapan ini kerana ia disebut sebagai ‘berkuatkuasa’, maknanya pada 1 Januari 2011 ianya sudah diterima pakai, jadinya pada penghujung bulan Januari ia sepatutnya telah dibayar mengikut arahan tersebut. Jika salah pada pemahaman saya silalah buat komen.  Saya tidak menyalahkan Perdana Menteri dalam hal ini. Malah amat berterima kasih kepada beliau kerana mengambil berat akan perihal gaji sebahagian pengawal keselamatan yang sekian lama berada di tahap yang meloyakan. 

Seorang kawan, beliau bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan di sebuah IPT Swasta di Selatan Tanahair.  Mempunyai sijil kursus pengawal keselamatan dari Akademi Keselamatan yang diiktiraf oleh KDN.  Tawaran yang diberikan agak lumayan juga (walau hanya 1/3 dari gaji sebelum ini, Gaji ditawarkan RM900.00 +++. Oklah tu, tapi baru tawaran mulut aje tu.  Bila surat tawaran diterima, barulah disedari butirannya seperti berikut: 

Gaji pokok : RM 275.00
Elaun pelbagai : RM 240.00
OT (setiap hari ada 4 jam sebab kerja 12 jam) : RM 440.00 ++

Jumlah : RM955.00 ditolak pendahuluan gaji pada 20hb RM200.00 = RM755.00....

Bilangan hari kerja : 31 hari (dalam payslip ditulis 26 hari)

Bertugas 12 jam sehari, 2 syif, syif siang dan syif malam secara bergilir seminggu sekali, bertugas 24 jam pada hari Ahad (semasa kerja pagi) untuk memberi ruang syif lagi satu bercuti, hari off adalah Ahad depannya selepas tugas malam. Cuti umum terutama Hari Raya dan sebagainya wajib kerja, tapi kalau nak cuti pun boleh, tapi cuti tanpa gaji lah. Semasa bertugas jika didapati tidak berdisiplin, gaji akan dipotong mengikut kesalahan2 tertentu. Sebagai contoh tidak memakai kasut denda RM5.00, tidak memakai uniform RM sekian, sekian.... macam tulah. Tertangkap tidur dalam tugas RM50.00. Lewat satu jam RM5.00. dan macam2 lagi. 

Agaknya cukupkah bagi menyara kehidupan masa kini? Rumah samaada dibeli atau disewa RM200 - 300, bil-bil RM50 - 100, cukai pintu, cukai tanah, tanggungan keluarga, anak-anak sekolah, susu anak, makanan, pakaian, petrol, penyelenggaraan motosikal / kereta, ansuran kereta / motosikal.  Dan banyak lagi. 

Senang aje mengatakan, “suruhlah isteri bekerja...” hal ini pula perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya.  Bila anak dah ramai, 2 -3 orang, seorang bersekolah 2 lagi masih kecil. Agaknya berapakah jumlah kosnya mengupah orang menjaga? Apakah pula hukumnya menyuruh isteri bekerja? Bolehkah menggunakan pendapatan isteri bagi menanggung perbelanjaan keluarga tanpa relanya? Haram hukumnya.....Nak cari kerja sambilan contohnya atendan pam minyak dan sebagainya? Kerja dah 12 jam, lepas tu nak sambung bekerja tempat lain pula? alamatnya tinggal kulit dengan tulang aje lah...

Coretan ini bukan bertujuan memprotes atau merendah-rendahkan sesiapa.  Tetapi yang jelas syarikat-syarikat keselamatan yang mengikat kontrak dengan premis-premis ini tidak prihatin dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.  Bayangkan bayaran kepada syarikat keselamatan adalah purata RM1400 – 1500 bagi seorang pengawal (ikut tarif lama), tetapi bayaran kepada pengawal hanyalah RM750 – 900 sahaja. Uniform yang dibekalkan pula akan ditolak gaji secara ansuran.  Kos yang ditanggung oleh syarikat tidak lah banyak mana, melawat ke pos kawalan mungkin sebulan sekali, atau paling kerap 3 kali dalam sebulan. Berapa sangatlah kos nya.  Kalau seorang pengawal syarikat untung RM500-600, bila 10 orang pengawal di satu-satu premis dah jadi berapa tu agaknya? Ternyata memang nak sedut darah lah agaknya.  

Itulah antara punca kerjaya ini tidak menjadi pilihan utama.  Padahal kerjaya ini bagus, seronok, hebat.  Tetapi tak hebat pada hasilnya.  Bila dah tak ada orang nak bekerja, orang kurang siuman, pemabuk, terlalu tua,  pun diambil berkerja. Semakin rendahlah pandangan masyarakat terhadap pengawal keselamatan. Semua pihak nak kan ‘kualiti’ tapi tak mahu mengalah pasal keuntungan. Siapa harus dipersalahkan? Semua pihak perlu membuka mata seluasnya. Perkara ini Nampak remeh tetapi jika diselami dengan mendalam pasti akan terbongkar segala pekung, kurap, cacat dan celanya.  Saya agak kecewa perkara ini seolah-olah di’diamkan’ sahaja.  Sedih  saya melihat rakan2 pengawal yang saya sifatkan bagai ‘mentimun’ dilagakan dengan durian. Diam kena, bertindak pun tetap kena juga. 

Bagi pengawal bekas pesara, (maaf), mungkin isu gaji ini tidak begitu ketara dirasa. Tetapi rakan2 lain yang hanya berbekalkan semangat dan memikul tanggungjawab besar dalam keluarga dan masyarakat, perlu ‘ bermenung’ pada hari penerimaan gaji.   Perlu berfikir-fikir ke mana nak pergi mengail atau menjala ikan, macamana nak bawa anak jalan2, barang kemas isteri dan anak-anak belum ditebus di pajak gadai, kereta yang belum langsai terbengkalai, nak tukar minyak enjin motosikal pun fikir 2-3 kali, makan ayam sebulan hanya sekali, ada juga yang isteri dah 2-3 kali ugut nak lari, sebab tak tahan dengan kehidupan begini.  Yang bujang pula susah nak berbini, makwe semua lari, tak boleh tahan pakwe asyik nak meminjam.
 
Rakan2 yang bertugas sebagai pengawal keselamatan yang belum menikmati kenaikan ini, saya harapkan bersabarlah banyak-banyak, walaupun tahap kesabaran kita sudah memuncak, tahap gunung berapi yg akan memuntahkan laharnya. Tetapi harus diingat, buat masa ini itulah mata pencarian kita. Kita ni pula ibarat mentimun. Terlajak kata sahaja akan dikenakan pelbagai tindakan disiplin, pelbagai tindakan undang2.  Susah kan? Memang susah, memang terlalu susah.  Kepada pihak2 berkenaan, pengawal2 ini tak minta Cuma HARAPAN, tetapi mereka mahukan pembelaan.  Dek kerana di sini bumi dipijak, disini jualah langit dijunjung . Wallahu’alam

...bakal bersambung

Thursday, March 17, 2011

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Komunikasi 2 hala seharusnya berlaku antara majikan dan org bawahan. Seseorang majikan ataupun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pd kedudukan @ jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan mybabkn seseorang majikan itu tidak dpt bekerjasama dgn org bwhn sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yg dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Jangan menganggap org bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil2nya tanpa adanya sifat pilih kasih.

Monday, February 7, 2011

Candu video lucah

Salinan dari KOSMO Online


MERAKAM aksi lucah untuk simpanan sendiri boleh menjerat pelakunya.


KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.
Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi.
Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.
Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.
Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.
Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.
Bersaing
Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.
Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.
Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.
Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

PENYEBARAN video lucah semakin sukar diperangi.


Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya.
Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan.
“Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun,” katanya.
Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah.
Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Nafsu

BERMULA dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. - Gambar hiasan


“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.
“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.
Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti.
Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas.
Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak.
Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton.
Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar.
Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.

Tuesday, October 19, 2010

Rintihan Seorang Pengawal Keselamatan

Gaji pokok minimum pengawal keselamatan naik sehingga RM700 sebulan

15/10/2010

KUALA LUMPUR: Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011.

-petikan http://www.bharian.com.my

--------------------------------------------------------------------------------


Nampaknya pengawal keselamatan kini sudah boleh mula tersenyum dengan pengumuman yang dibuat oleh PM semasa pembentangan belanjawan 2011 baru2 ini.  memang dah lama sangat isu ini tertangguh sehingga membuatkan mereka hampir berputus asa dengan perjuangan mereka selama ini.  Mana tidaknya, dengan gaji pokok RM300, ditambah elaun2 sampingan dapatlah RM750 - 850 sebulan.  Nak makan ape? dengan sewa rumah atau bayaran ansuran rumah, anak2 sekolah, belanja dapur, petrol, kerosakan kenderaan, ansuran kereta, dan macam2 lagi tanggungan mereka seperti kita juga.  Kita juga tidak boleh menidakkan hak mereka untuk menikmati kesenangan hidup seperti warganegara yang lain.

Memang mudah mengatakan "padan muka, sekolah dulu malas, tu sebab dapat keje jaga aje". Tetapi sedarkah kita, mereka cukup sabar dalam meniti kehidupan mereka, menggendong tanggungjawab melindungi harta benda pelanggan dari pencerobohan dan berbagai bahaya.  Tak kurang juga yang dibunuh ketika menjalankan tugas dengan gaji tak seberapa.  Memang mudah menyuruh mereka mencari kerja lain aje.... Tetapi susah sangatkah nak memberi mereka lebih ruang untuk bernafas.  Supaya pengorbanan mereka diiktiraf sebagai karier yang memberi manfaat kepada semua. Lebih2 lagi mereka yang bertaraf warganegara Malaysia.

Memang segelintir dari mereka hanya berkerja duduk sahaja, tetapi dah menjadi tugas mereka begitu.  Yang itu kita nampak. Masa mereka terlena dek kepenatan kita nmpak.  Tapi nampakkah kita semasa mereka meronda berjalan kaki, naik tangga hingga tingkat 5, malah ada yang tinggi lagi.  Cuba anda bayangkan ada seorang sahabat saya ni, berusia 30 tahun, berat badan 100kg lebih, berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan.  Katanya meronda bermotosikal tiada menjadi masalah, begitu juga rondaan jalan kaki menaiki tangga di 4 blok bangunan yang tiap satunya hingga 5 tingkat, dan perlu diulangi sebanyak 8 kali setiap malam iaitu satu jam sekali.  Betul ke? Memanglah betul, sebabnya ada point 'kunci jam' atau pun clocking point di tingkat teratas yang wajib dilawati di setiap kali rondaan.

Kata beliau , cubalah jadi pengawal keselamatan.  sehari dua pun cukup lah.  Masa rehat memang lah rehat betul-betul, tapi masa tugasnya memang agak menduga kesabaran.  Itu belum termasuk waktu kecemasan, apabila penggera kebakaran berbunyi.  Kebanyakan nya 'false alarm' kerana pelajar memasak dalam bilik asrama dan asap dikesan oleh 'smoke detector'. Puas lah beliau tadi berlari menyiasat penggera berkenaan, tetapi 'hampeh' setelah mengetahui masalah sebenar.  Itu belum termasuk KENA MAKI, KENA FITNAH dengan pihak2 berkenaan. Tak kurang juga DITUDUH MENCURI .  Apa boleh buat, besabar saja lah,  perut perlu diisi, nama sendiri, nama syarikat kawalan dan nama tempat bertugas perlu dijaga demi menjamin sesuap nasi....

Saudara sekelian, sanggupkah kita berada di tempat mereka? Cubalah...

Wednesday, October 6, 2010

Kes Sosilawati: "Mana ada hantu?" kata Khalid

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

- Bernama

hantu pocong hantu raya polong toyol hantu bungkus pontianak jin syaitan jin affrit bomoh dukun pawang 

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...