Friday, June 17, 2011

Petua Ringankn Jodoh


Memang seronok kalau hidup membujang sampai tua.  Tak ada yang mengongkong.  Kemana melangkah tak ada yang melarang.  Nak keluar malam pun sewenang-wenang.... terutama bagi anak gadis.  Namun, sampai suatu ketika, keinginan untuk berumahtangga dan berteman hidup datang menerpa. Keseronokan hidup bujang tidak lagi menenangkan jiwa. Rupa-rupanya hidup berumahtangga lebih seronok, mengikut kata teman2 yang dah mengalaminya... Jodoh pula tak ada, belum sampai, tersesat entah kemana.  Usia pula semakin 'menua' (menuju tua). Perlekaskan jodoh anda, ikhtiarkahlah sesuatu agar hidup anda lebih sempurna...


 
PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah   dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air   yang   bersih   sebanyak   3 kali   pada   malam Jumaat. Air   itu   hendaklah   dimandikan    tiga pagi berturut- turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Petua ini hendaklah dilakukan dengan penuh yakin dan bertawakal lah kepada Allah.  Sambil berdoa supaya jodoh anda dipermudahkan.  Petua ini tidak sesuai bagi mereka yang belum bersedia untuk berumahtangga.  Namun sesuai diamalkan oleh anak gadis mahupun janda.. 
Tak sesuai untuk janda muda berhias yang menjadi rebutan ramai jejaka.  Apapun, berikut ini ada petua sampingan yang boleh diamalkan bersama. 

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil  sebiji  buah  tomato  masak, lecek   hingga    halus. Kemudian   pupurkan   di seluruh   muka. Biarkan   mengering   selama   20   minit.  Bilas   dengan   air   bersih.   Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.
 
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil   tepung   ubi   kayu   dan   mentimun. Timun   itu   hendaklah   di sagat  /  dihancurkan   terlebih dahulu   atau   dilumatkan.   Kemudian   campurkan kedua-duanya   dengan    air   sedikit.   Kacau rata dan    jangan   terlalu   cair.. Selepas   itu,   sapukan   ke muka   dan   biarkan   ia   kering. Kemudian   basuh. Dengan   cara   ini   ia   dapat menegangkan    kulit   muka   serta   menampakkan   keputihan   di muka
dan menjadikan kulit muka anda segar...


Wallahu 'alam,... ini adalah sekadar usaha.  namun tidak sia-sia,... sekurang-kurangnya wajah anda kian jelita.  Untung-untung jadi rebutan ramai jejaka.  Pilih sahaja yang mana suka.  Asalkan sesuai peribadi dan elok bahasanya.  Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya... 



Sunday, June 12, 2011

Gangguan Atrofi Vagina bukan hanya selepas menopause

Permasalahan kesihatan dalam keluarga atau lebih tepat lagi antara suami-isteri, kadangkala agak sukar untuk dibincangkan secara umum.  Apatah lagi jika sesuatu masalah itu merujuk kepada daerah intim pasangan terbabit.  Antara masalah2 kesihatan ini ada satu konflik kesihatan yg agak menyulitkan dewasa ini, yang sesetengah dari kita mungkin keliru dengan definisi dan  kesannya.

Atrofi vagina (atrofik vaginitis) adalah merujuk kepada pengeringan, penipisan dan peradangan pada dinding vagina akibat penurunan hormon estrogen. Lazimnya, Atrofi vagina sering terjadi setelah menopause, tetapi jangan salah faham, ia  juga boleh disebabkan oleh menyusukan anak dalam tempoh yang lama  atau pada saat produksi estrogen menurun.  Ia juga boleh disebabkan oleh hubungan suami-isteri yang amat jarang berlaku.  Contohnya kerana si suami bertugas di luar negara, ditinggalkan suami, atau mengalami masalah2 kesihatan lain yang membuatkan perhubungan badan ini tidak berlaku dalam tempoh yang agak lama. 

Bagi kebanyakan wanita, atrofi vagina membuatkan hubungan seks menyakitkan - dan apabila persetubuhan menjadi sesuatu yang menyakitkan, minat seks secara alami akan menurun. Lebih-lebih lagi, fungsi alat kelamin yang sihat berkait rapat dengan fungsi sistem urin yang sihat.  Berbeza dengan mereka yang belum berkahwin, rangsangan-rangsangan selepas mendirikan rumahtangga , 'memanjakan' organ berkenaan dan sentiasa 'merindui' rangsangan-rangsangan tersebut bagi mengeluarkan estrogen dan apabila sudah terlalu lama tidak dirangsang, maka gejala-gejala ini akan berlaku.  Kebanyakan dari kita mendakwa masalah-masalah seperti ini berpunca daripada perbuatan sihir dan sebagainya.  Kita perlu melihat dari skop yang luas.  Tidak salah kita membuat tanggapan jika ada ada kesahihan dan bukti-buktinya. Kita juga digalakkan berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan demi menikmati kehidupan yang bahagia dan harmoni.  Tetapi perlu diingatkan, kefahaman kita mengenai kesihatan boleh ditingkatkan juga melalui sumber-sumber yang boleh didapati di buku-buku dan juga di internet. 






Gejala
Berikut ini gejala atrofi vagina:
* Vagina kering
* Vagina terasa terbakar
* Vagina berair (pedih)
* Terasa panas ketika membuang air kecil
* Kadangkala berlaku pendarahan selepas hubungan seks
* Tidak selesa ketika berhubungan seks
   
Rawatan
Jika gejala yang timbul agak ringan, atrofi vagina tidak perlukan rawatan. Gejala-gejala ringan dapat dihilangkan dengan menggunakan pelumas atau pelembab. Contohnya KY Jelly.  Namun, jika gejala amat ketara dan membimbangkan,  maka diperlukan rawatan khusus.  Melakukan hubungan seks dengan lebih kerap akan membantu meredakan masalah ini.  Mungkin pada permulaannya perlu dibantu dengan krim pelembab yang seperti dinyatakan tadi. 

Sumber: mayoclinic.

Ke sungai kita..... jom!

Pagi2 lagi dah dapat pelawaan untuk pergi menjaring ikan di sungai
baliknya dah tengahari
dapatnya cuma 5 ekor ikan talapia kecik2
dan 2 ekor ikan ketutu saiz sederhana
jadilah..... daripada takde
cukup lah buat lauk anak2 nak makan
macam kita ni, orang tua takpe...
makan nasik lauk kicap nan telur goreng pun jadi lah
itupun dah syukur sangat dah tu

Balik rumah, wife aku dah masak
lauk ikan keli masak asam pedas kegemaran aku
wah, berselera aku melantak nasi
ikan keli hasil mancing hari tu...

Kita ni kalau rajin , ada sahaja cara nak dapat rezeki
cuma salurannya aje yang mungkin kita tak tahu
kalau banyak ikan ni boleh lah dijual
itupun kalau ada orang nak beli
nak beli? mari lah...
murah-murah aje....
masalah nya hasil tangkapan bukannya tetap
biasa lah, nelayan laut dalam pun tak menentu hasil tangkapannya

yolah tu, nak berhenti dulu menceloteh,
nak ke sungai lain pulak
projek menjaring lagi,...
khabarnya ada banyak ikan talapia kat situ...
maklumlah, gaji tak seberapa...
khabarnya gaji nak dinaikkan, takde pulak...
sonyap ajo?...

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...