Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Petua Ringankn Jodoh


Memang seronok kalau hidup membujang sampai tua.  Tak ada yang mengongkong.  Kemana melangkah tak ada yang melarang.  Nak keluar malam pun sewenang-wenang.... terutama bagi anak gadis.  Namun, sampai suatu ketika, keinginan untuk berumahtangga dan berteman hidup datang menerpa. Keseronokan hidup bujang tidak lagi menenangkan jiwa. Rupa-rupanya hidup berumahtangga lebih seronok, mengikut kata teman2 yang dah mengalaminya... Jodoh pula tak ada, belum sampai, tersesat entah kemana.  Usia pula semakin 'menua' (menuju tua). Perlekaskan jodoh anda, ikhtiarkahlah sesuatu agar hidup anda lebih sempurna...


 
PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah   dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air   yang   bersih   sebanyak   3 kali   pada   malam Jumaat. Air   itu   hendaklah   dimandikan    tiga pagi berturut- turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Petua ini hendaklah dilakukan dengan penuh yakin dan bertawakal lah kepada Allah.  Sambil berdoa supaya jodoh anda dipermudahkan.  Petua ini tidak sesuai bagi mereka yang belum bersedia untuk berumahtangga.  Namun sesuai diamalkan oleh anak gadis mahupun janda.. 
Tak sesuai untuk janda muda berhias yang menjadi rebutan ramai jejaka.  Apapun, berikut ini ada petua sampingan yang boleh diamalkan bersama. 

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil  sebiji  buah  tomato  masak, lecek   hingga    halus. Kemudian   pupurkan   di seluruh   muka. Biarkan   mengering   selama   20   minit.  Bilas   dengan   air   bersih.   Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.
 
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil   tepung   ubi   kayu   dan   mentimun. Timun   itu   hendaklah   di sagat  /  dihancurkan   terlebih dahulu   atau   dilumatkan.   Kemudian   campurkan kedua-duanya   dengan    air   sedikit.   Kacau rata dan    jangan   terlalu   cair.. Selepas   itu,   sapukan   ke muka   dan   biarkan   ia   kering. Kemudian   basuh. Dengan   cara   ini   ia   dapat menegangkan    kulit   muka   serta   menampakkan   keputihan   di muka
dan menjadikan kulit muka anda segar...


Wallahu 'alam,... ini adalah sekadar usaha.  namun tidak sia-sia,... sekurang-kurangnya wajah anda kian jelita.  Untung-untung jadi rebutan ramai jejaka.  Pilih sahaja yang mana suka.  Asalkan sesuai peribadi dan elok bahasanya.  Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya... 



Wednesday, October 27, 2010

Tak Guna Kalau Botak !!!

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.


3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

-Tayar - Tak guna kalau botak

-petua.org

Thursday, October 21, 2010

Petua Elak Mabuk Laut

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
 
  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

tq - http://atur.tripod.com

Saturday, October 9, 2010

Lupa / Terlupa / Pelupa dan Cara Mengatasinya

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang, lupa update blog dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.


Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.


Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Petikan drp www.tipskahwin.com

Saturday, October 2, 2010

Petua Mudah - Masalah Jentik-jentik di rumah

Masalah jentik-jentik memang meresahkan kita. Yelah mana tidaknya, silap haribulan boleh kena denda dek kecuaian kita membersihkn bekas air contohnya pasu bunga dan tadahan air. 

Saya terjumpa satu petua mudah yang saya sendiri bagaikan tidak yakin kebenarannya. nak tahu kita kenalah cuba sendiri.  Letakkan beberapa keping syiling 1sen yang tembaga tu ke dalam bekas air yang selalu jentik-jentik suka tu.  Saya ulangi.... syiling 1 sen tembaga - yang kita tak endahkan tu...... letakkan beberapa keping ke dalam bekas air yg selalu jentik2 membiak.... pelik kan? cubalah dulu...

Kajian mendapati hasil tindakbalas kimia dari tembaga boleh menyebabkan telur nyamuk binasa... alah macam terbantut lah tu.... Kita cuba sama-sama... Tapi tak pasti pula bahaya atau tidak diguna cara ini untuk bekas air minuman..... tidak disyorkan.

Selamat mencuba...

Beza Antara Seorang Yang Berjaya dan Seorang Yang Gagal

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

*disunting dari http://www.petua.org - saya suka laman ini terlalu banyak yang kita boleh kongsikan bersama. 

Tips Untuk Berjaya - Bermula dengan angan-angan


Kejayaan tanpa usaha adalah sesuatu yang amat mustahil.  Bahkan penyamun, perompak, peragut pun berusaha gigih untuk mendapatkan habuan mereka.

Berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. JIka anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”.JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”

5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

*disunting dari web http://www.petua.org


Thursday, September 23, 2010

Petua Mudah Mengubati Selsema

Bagi yang merasa tidak selesa dengan hingus yg meleleh, nak makan ubat...malas..mengantuk.

Saya mencadangkan anda makan tomyam panas.

Kenapa mesti makan tom yam, masak lemak cili api tak boleh ke?

Rahsianya di dalam tom yam terdapat serai, yang mana apabila kita makan tom yam, secara tidak langsung kita juga akan menghidu aroma serai. Aroma serai cepat membantu menghentikan masalah selsema.

Sebenarnya, tidak semestinya makan tom yam dapat membantu mengatasi masalah selesem, boleh juga dengan cara, ambil beberapa batang serai, diketuk-ketuk batang serai supaya pecah, direbus atau direndam dengan air panas... kemudiannya hidulah aroma serai tadi. Mudah-mudahan, masalah selsema dapat diatasi secara semulajadi, mudah dan amat murah.

Selamat mencuba...

*Ehsan http://ilhamkaryasari.blogspot.com

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...