Showing posts with label pancing. Show all posts
Showing posts with label pancing. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Ke sungai kita..... jom!

Pagi2 lagi dah dapat pelawaan untuk pergi menjaring ikan di sungai
baliknya dah tengahari
dapatnya cuma 5 ekor ikan talapia kecik2
dan 2 ekor ikan ketutu saiz sederhana
jadilah..... daripada takde
cukup lah buat lauk anak2 nak makan
macam kita ni, orang tua takpe...
makan nasik lauk kicap nan telur goreng pun jadi lah
itupun dah syukur sangat dah tu

Balik rumah, wife aku dah masak
lauk ikan keli masak asam pedas kegemaran aku
wah, berselera aku melantak nasi
ikan keli hasil mancing hari tu...

Kita ni kalau rajin , ada sahaja cara nak dapat rezeki
cuma salurannya aje yang mungkin kita tak tahu
kalau banyak ikan ni boleh lah dijual
itupun kalau ada orang nak beli
nak beli? mari lah...
murah-murah aje....
masalah nya hasil tangkapan bukannya tetap
biasa lah, nelayan laut dalam pun tak menentu hasil tangkapannya

yolah tu, nak berhenti dulu menceloteh,
nak ke sungai lain pulak
projek menjaring lagi,...
khabarnya ada banyak ikan talapia kat situ...
maklumlah, gaji tak seberapa...
khabarnya gaji nak dinaikkan, takde pulak...
sonyap ajo?...

Friday, January 14, 2011

Kail Berduri Bersalut Umpan....

Kalau memancing biarlah kena umpannya... disini saya kupas sedikit mengenai umpan-umpan yang biasa digunakan bagi aktiviti memancing. moga dengan entri ini dapat membantu anda yang baru nak belajar memancing. Sebenarnya kepelbagaian umpan adalah perlu bagi aktiviti ini. Cerewet juga ikan-ikan ni memilih umpan nya. Ye lah, lain ikan lain makannya, lain lubuk lain makannya. Bertukar cuaca pun boleh menyebabkan ikan bertukar selera. Bila air bertukar warna pun dan lain seleranya... Apepun, kita mencuba lah ye? Usaha Tangga Kejayaan. Kalau nk senang sangat beli kat pasar lah... nama pun nak seronok, kenalah usaha lebih .... hehehe....

1. Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan.



Udang Galah
2. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng).

3. Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam.

Sembilang
4. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang).

5. Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli),


6. Belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). 

 
7. Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). 


8. Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi).


9. Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). 


10. Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). 


11. Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). 


12. Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). 


13. Keli (cacing, cengkerik, udang sawah, perut ayam).

Keli


14. Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi).

15. Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Begitulah ya, sedikit sebanyak mengenai umpan.  

Saturday, September 18, 2010

Hobi dan minat

Mcm2 yg kita buat mengikut hobi dan minat masing2. Ada yg suka memancing, ataupun memang kaki pancing, x kira pagi atau ptg, siang atau malam. Kadang2 sampai x ingat nk balik rumah. Rela berhujan berpanas di lokasi semata2 nk melayan syok nya ikan menarik umpan. Saya pun termasuk golongan tu gak. Hehe. Tapi dh lama x berpeluang memancing dek kerana kerja. Ada lagi bermacam benda yg saya suka. Contohnya, 1-memelihara ayam. Tapi lebih kepada penyelidikan dan kajian. Ada satu eksperimen sedang saya jalankn iaitu penetasan melalui inkubator. Saje suka2, buat inkubator sendiri. 2-memelihara ikan. Yg ni saya sedang cube menjinakkan ikan puyu hingga menjadi manja, ala-ala dolphin gitu. Alhamdulillah dh nampak perkembangannya. 3-penyelidikan herba. Memang ada tempat utk kajian sedia ada spt di institut2, tapi saya nk buat sendiri, dgn lebih mengenali tumbuhan2 tersebut. Ha, pelik kan? Semua nk buat sendiri, mcm bagus aje. Tapi byk lagi sebenarnya. Saya sambung lain masa. Ok...

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...