Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Khasiat Bunga Kekwa


Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum.

Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan: Bunga – menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Digunakan juga sebagai stimulant untuk tahan dari mengantuk. Kelopak bunga yang sudah ditoskan selepas direndam air panas dibungkus boleh melegakan gatal-gatal mata (gunakan sebagai tampalan/compress).

 http://www.dutaherbs.com.my

Tuesday, May 8, 2012

Khasiat Serai


Akar: Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.

Daun: Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.

Rizom: Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.

Seluruh bahagian: Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.

Kandungan: Batang dan daun serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bête-kariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal).


Monday, May 7, 2012

Khasiat Pandan





Akar: Dekoksi diminum untuk merawat diabetes.

Daun: Dekoksi atau infusi diminum untuk merawat anemia, badan berbau, diabetes, gonorea, sapremia, dan sifilis; digunakan sebagai air mandian ibu lepas bersalin; dan sebagai sedatif. Abu campur dengan cuka digunakan pada demam campak. Minyak direndam daun pandan lalu digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk kesihatan rambut dan kulit kepala, serta pada sakit otot dan sendi. Ia dijadikan bedak sejuk  yang digunakan untuk kesihatan kulit.

Kandungan: Daun- sedikit minyak esen yang terdiri daripada asetilpirolin, linalool, pandamrilakton, dan seskuitperen hidrokarbon. Akar – asid 4-hidrobenzoik.

 http://www.dutaherbs.com.my

Monday, February 13, 2012

KHASIAT DAUN SIRIH


Daun sirih sangat popular di masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan merambat ini dijumpai di halaman rumah. Daun Sireh adalah beraroma, anti-bakteria, herba perangsang dengan perisa seakan cengkih yang pedas. Tergolong dalam keluarga lada.

Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan: Melegakan rasa gatal pada kulit muka yang sensitif yang biasanya menjadi terlalu kering. Daun sireh adalah antiseptik perangsang dan digunakan untuk merawat masalah mulut kering (xerostomia) kerana sifatnya yang menggalakkan pengeluaran air liur. Ada digunakan secara tradisional bagi menahan pengeluaran susu dalam rawatan buah dada yang menanah. Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda. Daun sireh menghalang kemerosotan sel dan kerosakan peringkat selular. Daun sireh mempunyai keupayaan untuk mencari radikal bebas dalam tubuh. Melindungi daripada parasit dalam usus. mengandungi bahan anti-oksida. Satu sumber yang bagus untuk zat kalsium, karotena, zat besi, dan membantu sistem penghadaman. Tanpa sebarang kesan buruk.

Kandungan - Komponen aktif utama daun sireh adalah sejenis minyak mudah meruap biasanya dikenali sebagai minyak sireh. Ia mengandungi dua jenis phenol iaitu betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol (membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar).  Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu – tisu organik badan akibat luka dan lain penyakit. Membantu mengecutkan membrane mukosa) dan cadinene juga ada dikesan. Minyaknya adalah perangsang aktif  yang digunakan bagi merawat catarrh rongga pernafasan (keradangan pada membrane mukosa) samada di sapu atau dikumur, juga sebagai ubat sedut (inhalant) dalam rawatan diphtheria (sejenis penyakit rongga pernafasan). Jus dari 4 daun sireh mempunyai kekuatan yang bersamaan setitik minyaknya.

KHASIAT JINTAN MANIS


Buah: Sebagai  antibakteria, antiseptik, antispasma, diureti, stimulant, tonik, dan tonik perut, merangsang peluh, merangsang dan meningkatkan penghasilan susu. Campuran dengan bahan lain digunakan untuk merawat angin dalam perut dan usus, batuk, demam panas, gonorea, mabuk pagi, sakit perut, dan tonik selepas bersalin. Buah dikunyah untuk mengatasi angin dalam perut, nafas berbau, dan sedu. Air rebusan disapu pada kulit berminyak. Minyak esen digunakan sebagai ubat luaran untuk mengatasi angin dalam perut dan usus, kekejangan, untuk meningkatkan aktiviti otak dan badan. Campuran minyak jintan manis , minyak adas pedas dan madu ledah diambil untuk merawat batuk dan bronchitis.

Kandungan: Buah-9% air, 35% karbohidrat, 18% protein, 16% lemak, 15% fiber, aldehid asetik, besi, beta-amirin, fosforus, glikosid flovonoid, kalium, kalsium, koumarin, magnesium, minyak esen, miristisin, sitosterol, natrium, zink. Kandungan utama minyak esen ialah anetol, dan kandungan lain ialah alfa-zingiberen, alcohol anisik, anetol epoksida, anisaldehid, ar-kurkumen, asid anisik, beta-bisabolen gama-himcalen, germakren D, dan metal cavikol.

Sunday, February 12, 2012

KHASIAT BUAH PELAGA

Buah Pelaga: Digunakan untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus,merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, tonik jantung, laksatif, stimulant,tonik perut, merawat bengkak dan sakit, cirit, jangkitan pada kerongkong, masalah di dalam rahim, mulas perut, pancutan mani pramasa, penyakit hati, perut dan usus kembung angin, sakit dada, sakit gigi, sakit kepala, sakit perut, sakit telinga dan merangsang penghadaman.Boleh juga dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.

Kandungan: Kalsium oksalat, karbohidrat, minyak esen, minyak tetap. Kandungan utamanya  ialah asid linoleik, asid oleic, dan asid palmitik, protein, dan silica.

Saturday, October 2, 2010

KHASIAT MADU ASLI

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”

SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
-Jangan disimpan dalam peti sejuk.
-elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
-elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
-jauhkan dari litar elektrik.
-kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
-jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

*disunting dari http://www.petua.org 

Sunday, September 19, 2010

Gambar-gambar tumbuhan herba


Bunga tahi ayam pun sejenis herba










Pokok Misai Kucing





Daun dan Akar Mempelas





Mahkota Dewa






Dukung Anak

Saturday, September 18, 2010

Hobi dan minat

Mcm2 yg kita buat mengikut hobi dan minat masing2. Ada yg suka memancing, ataupun memang kaki pancing, x kira pagi atau ptg, siang atau malam. Kadang2 sampai x ingat nk balik rumah. Rela berhujan berpanas di lokasi semata2 nk melayan syok nya ikan menarik umpan. Saya pun termasuk golongan tu gak. Hehe. Tapi dh lama x berpeluang memancing dek kerana kerja. Ada lagi bermacam benda yg saya suka. Contohnya, 1-memelihara ayam. Tapi lebih kepada penyelidikan dan kajian. Ada satu eksperimen sedang saya jalankn iaitu penetasan melalui inkubator. Saje suka2, buat inkubator sendiri. 2-memelihara ikan. Yg ni saya sedang cube menjinakkan ikan puyu hingga menjadi manja, ala-ala dolphin gitu. Alhamdulillah dh nampak perkembangannya. 3-penyelidikan herba. Memang ada tempat utk kajian sedia ada spt di institut2, tapi saya nk buat sendiri, dgn lebih mengenali tumbuhan2 tersebut. Ha, pelik kan? Semua nk buat sendiri, mcm bagus aje. Tapi byk lagi sebenarnya. Saya sambung lain masa. Ok...

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...