Thursday, May 10, 2012

Hukum dan kesan sampingan kaedah Perancang Keluarga

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

Sebab-sebab yang mengharuskannya disini merujuk kepada Keadaan dimana seorang isteri itu terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

Merancang keluarga yang bersifat sementara, dan seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga atas sebab menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat serta menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.

Walau pun hukum nya harus, kita perlu ambil tahu :
  1. Kaedah perancang keluarga apa yang sesuai dengan kita ( Tanya pendapat doktor bukan sekadar mendengar cadangan kawan, ahli keluarga sahaja.)
  2. Tempoh penggunaan yang disyorkan.
  3. Cara pengambilan atau penggunaan yang sebetulnya.
  4. Kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.
  5. Peratusan kejayaan vs kegagalan setiap kaedah perancang keluarga yang dipilih
  6. Bagi yang mengambil kaedah perancang keluarga menggunakan kaedah pil , penting bagi anda tahu yang pil pencegah kehamilan adalah pil yang dimasukkan dalam ketegori "UBAT YANG TERKAWAL", means pil-pil ini tidak boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor. 
Walau pun doktor memberi jaminan yang kaedah merancang keluarga itu selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan . Sebagai pengguna kita perlu prihatin kelainan pada tubuh badan dan kesihatan kita selepas pengambilan satu2 kaedah tersebut.  Ini kerana lain orang lain penerimaan badan terhadap satu-satu kaedah itu, ada yang okey, dan ada juga yang mengalami ketidak serasian dan kesan sampingan yang teruk.

Wednesday, May 9, 2012

Khasiat Bunga Kekwa


Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum.

Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan: Bunga – menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Digunakan juga sebagai stimulant untuk tahan dari mengantuk. Kelopak bunga yang sudah ditoskan selepas direndam air panas dibungkus boleh melegakan gatal-gatal mata (gunakan sebagai tampalan/compress).

 http://www.dutaherbs.com.my

Tuesday, May 8, 2012

Khasiat Serai


Akar: Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.

Daun: Dekoksi digunakan pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.

Rizom: Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.

Seluruh bahagian: Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.

Kandungan: Batang dan daun serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bĂȘte-kariofilen, dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon, neral, nerol, sitral, dan sitronelal).


Monday, May 7, 2012

Khasiat Pandan





Akar: Dekoksi diminum untuk merawat diabetes.

Daun: Dekoksi atau infusi diminum untuk merawat anemia, badan berbau, diabetes, gonorea, sapremia, dan sifilis; digunakan sebagai air mandian ibu lepas bersalin; dan sebagai sedatif. Abu campur dengan cuka digunakan pada demam campak. Minyak direndam daun pandan lalu digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk kesihatan rambut dan kulit kepala, serta pada sakit otot dan sendi. Ia dijadikan bedak sejuk  yang digunakan untuk kesihatan kulit.

Kandungan: Daun- sedikit minyak esen yang terdiri daripada asetilpirolin, linalool, pandamrilakton, dan seskuitperen hidrokarbon. Akar – asid 4-hidrobenzoik.

 http://www.dutaherbs.com.my

Sunday, May 6, 2012

Khasiat Halia


Daun:  Dihancurkan atau cecair diperah dan diletak pada tubuh untuk merawat demam malaria, demam panas , reumatisme, sakit kepala, sakit perut, ia juga dimakan untuk merawat reumatisme, dan sakit perut.

Rizom: Sebagai antiemeti, diureti, stimulant, tonik perut, ubat batuk, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang peluh, melawaskan haid, memanaskan badan; mengurangkan risiko pembekuan darah, merawat asma, batuk, bau badan, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukan, busung, cirit, demam panas, disenteri, jangkitan semasa kelahiran anak, kejang otok, kejang semasa haid, loya, masalah usus, mual, perut dan usus kembung angin, radang sendi, reumatisme, sakit perut kerana masalah penghadaman, sakit kepala, selesema, sesak dada, sesak hati, susah menghadamkan makanan, tergeliat, dan kegunaan wanita selepas bersalin.

Infusi diminum untuk merawat penyakit keputihan. Ubat pupuk pada bengkak, bisul, gatal, lecuran, reumatisme, sakit, sakit gigi, sakit kepala, dan sakit perut. Jus dicampur dengan telur dan madu lalu diminum untuk merawat impotens. Jus campur minyak bijan digunakan untuk merawat kelumumur.Halia diredam dalam cuka digunakan untuk merawat jangkitan semasa kelahiran anak, reumatisme, dan mengurut tubuh wanita selepas bersalin. Halia direbus, dicampur gula merah atau madu diminum untuk mengelak atau merawat batuk, bronchitis, demam panas, lesu, panas badan, sakit kerongkong, dan serak suara.Halia direndam dalam minyak dan minyak digunakan sebagai losen telinga untuk merawat sakit telinga.

Kandungan: Rizom segar – 81% air, 12% karbohidrat, 2.3% protein, 10% lemak, 2-10% fiber, minyak esen, oleoresin. Rizom juga mengandungi gingerol, paradol, shogaol, zingibain, dan zingiberol. Minyak halia mengandungi lebih daripada 50 sebatian (antaranya- farnesen, alfa-pinen, alfa-terpinil asetat, alfa-zingiberen, ar-kurkumen, beta-bisabolen, beta-elemen, beta-felandren, beta-seskuifelandren, beta zingiberen, bornil asetat, kamfen, 1,8-cineol, sitral, sitronelol, borneol, kamfen, dekstrokamfen, geranial, limonen, linalil asetat, linalool, neral, felandren, zingeron, dan zingiberen). Kandungan halia lazimnya adalah berbeza-beza kerana factor berlainan baka, keadaan ekologi, amalan pertanian, dan juga amalan selepas dituai.

 http://www.dutaherbs.com.my

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...