Thursday, December 30, 2010

Akhirnya ... Nama Malaysia Terpahat di Piala AFF

Salam pertemuan...
seperti berdosa rasanya jika saya tidak mencoretkan sedikit tentang kejayaan pasukan Malaysia menjuarai Piala AFF 2010.  Alhamdulillah, nama Malaysia kini terpahat di Piala AFF sekaligus membuka mata dunia melihat MALAYSIA......

Bukan lah sesuatu yang keterlaluan jika saya memuji semangat pasukan Malaysia yang begitu yakin ketika beraksi di padang.  Sebenarnya sebelum ini saya selalu kecewa dengan persembahan pasukan kebangsaan dan menumpulkan minat untuk menyaksikan bolasepak tempatan.  Tetapi sejak prestasi membanggakan yang ditunjukkan pada Sukan Asia tempohari, saya begitu yakin pasukan kebangsaan boleh digilap lagi untuk lebih bersinar di mata dunia. 

Bukan nak mengkritik, tetapi saya agak kecewa dengan benteng pertahanan yang banyak rileks menunggu bola dan kurang agresif pada satu2 masa. corak pertahanan mungkin perlu diperbaiki.   walaubagaimanapun, TAHNIAH kepada pasukan MALAYSIA yang dengan bangganya menjulang PIALA AFF 2010 ini...... dan semoga pasukan bolasepak kita boleh pergi lebih jauh lagi di masa akan datang....

i love Malaysia....

Wednesday, December 29, 2010

Apa Itu Ekzema

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanakkanakmendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?
• Keturunan.
• Alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu
  dan permukaan yang kasar.
• Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
   o Infeksi virus.
   o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
   o Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan
  alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
• Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
• Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti
berikut:
• Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
• Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
• Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
• Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk
penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
• Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
• Elakkan mandi air panas/suam.
• Elakkan memakai baju berlapis-lapis
• Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
• Elakkan dari fabrik yang kasar.
• Jangan gunakan sabun apabila mandi.
• Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
• Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor

Tuesday, December 28, 2010

Siapakah orang yang....

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan ke mana sahaja mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI MENGHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Monday, December 27, 2010

Doa Supaya Anak / Ahli Keluarga Terpelihara Dari Zina dan Maksiat

Bacakan doa ini sambil meletakkan tangan ke dadanya.  Mohonlah dengan yakin dan bertawakal lah kepada Allah.  Berdoa juga adalah salah satu cabang usaha.... InsyaAllah...
Doanya seperti berikut:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Gambaran Yang Menginsafkan

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi”
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang
bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum
airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar
itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,
Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi
dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat
besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan
suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul
oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy
umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
 
-Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000.
Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban
dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang
Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ?
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Insaflah...

Sunday, December 26, 2010

Gulai Kawah


Resepi Gulai Kawah Kelantan


Bahan-Bahan:
bahan tumis
bahagian A
halia - dimayang
bawang merah 5 ulas- dimayang
bawang putih 3 ulas- dimayang

bahagian B
buah pelaga 5 biji
sedikit cengkih
2 kulit kayu manis
2 bunga lawang
lima sudu besar cili boh
2 sudu besar rempah gulai kawah
Bahan C
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia ditumbuk
5 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan
sedikit sos tomato
1 keping asam keping
sedikit air
1 keping asam keping


Bahan utama
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santan
garam secukup rasa
gula
Ubi kentang (jika suka)
Cara:
tumis bahan A hingga naik bau, diikuti dengan bahan B didalam kuali. Bahan C digaul sebati dan kemudian dimasukkan dan dimasak ke dalam periuk yang berasingan,. kemudian masukkan ayam, masak biar agak empuk, kemudian barulah dimasukkan santan. Apabila mendidih, masukkan bahan yang ditumis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sedia Di hidang!!

Thursday, December 23, 2010

Handphone PTT Canggih dan Kreatif

Gambar-gambar berikut adalah Mesin-mesin PTT yang diubahsuai oleh pengguna PTT bagi berbagai tujuan. Yang penting, tahap kreativiti rakyat Malaysia kini boleh dibanggakan..... layan...


















Friday, December 17, 2010

Selsema.....

salam,
cuaca yg tidak menentu menyebabkan sy terkena selsema sekali lagi.   aduhai sungguh tak selesa .... nasib baik lah ada beberapa petua yang mudah dan 'sedap' untuk diamalkan. contohnya : hirup tomyam panas sambil sedut dalam-dalam aroma masakan tersebut. (sedut aroma je, jangan sedut kuah dengan hidung pulak ye?)

petua ini amat berkesan dan mudah. boleh jadi juga murah kalau masak sendiri di rumah. kalau nak lagi murah dan jimat, masak kt rumah kawan, atau kat rumah mak ayah, hehehe, silap2 periuk pun tak payah basuh.... (ape la punya perangai...) nak lagi jimat? senang, masuklah mane2 kedai seafood, tumpang tandas (biasanya tandas sebelah dapur kan?), sambil lalu tu jeling2 sikit kalau tukang masak sedang memasak tomyam, pi hulur muka kt kuali, sedut aroma nya... (silap2  boleh dapat bonus penampar percuma)...

takut nak mencuba? tak yakin dan sebagainya adalah sifat ego kita sebenarnya.  taksub sangat ngan ubat moden.  sedangkan dalam masakan terkandung berbagai jenis herba terutama serai yang mujarab mengubati selsema.

Cuba la ye?

Thursday, December 16, 2010

Tanda-tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin A, C, E, B-6, dan evening primrose oil

Wednesday, December 15, 2010

Tapai Ubi Merawat Kanser ?

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.

Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.

Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.

Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.

Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.

Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.

Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.

Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.

Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.

``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Tuesday, December 14, 2010

Ayuh Bangkitlah....

Ayuh sahabat,
kita bangkit....
bangkit meninggalkan masalah yg meresah
beban yg menjadi badi
kusut yg menjadi busut
kita bangkit,
hiburkan hati,
dalam ketekunan iman,
dalam dakapan kasih Allah,...
kite berserah....
mudah-mudahan bakal bertunjang
yang rapuh, jatuh....
yg kukuh terus teguh...
menuju erti bahagia yg luas
ciptaanNYA....

berfikir begini...
tidak kurang walau ada kekurangan,
tidak lemah walau ada kelemahan
tidak menjadi masalah
walau banyak permasalahan
berjalan terus ke hadapan
menghadap hari ini
bukan bererti membelakangkan semalam
hari semalam adalah kenangan
hari ini adalah kenyataan
hari esok penuh dengan impian

airmata dah selautan
namun masih mahu ditangiskan
melangit impian...
masih tak kesampaian
.....
bertindaklah saat ini
usah dinanti
masa tidak berhenti....

bangkitlah...
selagi usia belum terhenti....

Monday, December 13, 2010

Cerita PTT- Push To Talk

Kebelakangan ini aku terjebak pulak main PTT ni. Dah lama juga berhajat, tapi takde member nak join, puas la mencari dan mencari, tupp, tup kawan sebelah rumah bukan main aktif main ptt ni kerana dia pemandu lori. apalagi, join lah,.... syok juga, berinteraksi dengan pemandu-pemandu dari seluruh malaysia.... berikut sedikit sebanyak maklumat mengenai PTT yg saya dapat di internet....


Push-To-Talk.
P.T.T atau Tekan untuk cakap adalah teknologi yang ada di dalam handphone beroperasi seperti walkie-talkie dan berada didalam rangkaian cellphone atau Telefon bimbit. Komunikasi yang terjalin bersifat sehala dua arah, one-to-one (satu orang kepada satu orang) atau one-to many (satu orang pada banyak orang) berkumpulan. Komunikasinya bersifat half-duplex, macam walkie talkie, seorang pengguna hanya dapat mendengar ketika rakan lain atau rakan dalam kumpulan talian sedang bercakap. Jadi, PTT ini ibarat radio dua hala cuma digabungkan dalam telefon bimbit. Fungsi ini tidak sama seperti sistem full-duplex yang selalu kita gunakan atau berhubung. Sebab PTT menggunakan rangkaian GPRS atau nama penuhnya Genera Packet Radio Service, sedangkan telefon biasa yang kita gunakan, menggunakan rangkaian GSM, iaitu General sistem mobile. GSM bersifat dua hala dua arah, Dimana pemanggil dan penerima dapat bercakap serentak. Dari masa ke semasa, teknologi telefon bimbit sentiasa diperbaharui bagi mencapai tahap dan keadaan semasa, contohnya handphone model terbaru dan terkini, kebanyakkan menyokong 3G dan 3.5G, peringkat ni boleh dikatakan capai rawak lebih cepat dan menjimatkan, tapi bagi aku bukan menjimatkan duit, cuma menjimatkan masa.
Kalau ikutkan main PTT guna model yang support 3G atau 3.5G lagi bagus, cuma dari segi capaian dia, yang tak bagus model2 macam ni korang tak boleh nak menolak atau reject call dalam penggunaan PTT, Kalau korang tekan button tamatkan panggilan, dia pergi bahagian Idle screen. Lagi satu..handphone korang beli mahai2..tak sayang ker nak ubah suai itu ini, cucuk sana cucuk sini, korek sana korek sini, isk..kalu aku..biar tak buat pun..barang dalam tong sampah aku guna pakai semula, inikan pula yang kuar modal 7,8 ratus.

Cara ianya berfungsi.

Cara penggunaan dari sistem PTT ni, pengguna yang ingin bercakap harus menekan suis cakap,atau lebih dikenali button pump bagi kaki ptt. Had masa percakapan bergantung kepada pembekal talian, Std masa hanyalah 30 saat dan sekiranya korang inginkan percakapan melebihi masa, korang perlu lepaskan button pump tersebut, kemudian harus mengulangi tekan kembali.
Tapi sekiranya korang dijaluran yang sentiasa sibuk, untung r kalau korang boleh pump lebih dari 3 kali.

Kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan.
1- Anda bercakap semua orang dalam group dengar pada masa sebenar.
2- Jauh lebih murah dari mengunakan komukasi biasa..rm15 sebulan, jadi 50 sen jer satu hari.
3- Dari 3 fungsi menjadi 4 fungsi, (sms, mms, call) kepada (sms, mms, call, PTT)..yang support PTT jer.
4- Berhubung secara berkumpulan
5- Rasa macam polis walaupun tak lulus pmr..he..he..(Engko jgn cari masalah)
6- Senang nak minta bantuan kumpulan, bukan bantuan kewangan tau..tapi kalau rakan kumpulan wat dekkkkk..aku tak tahu.

Kekurangan.
1- Kena ada rakan2, atau kumpulan yang ada Handphone support PTT jer.
2- Tak pandai atau lambat tekan, korang kena beratur time line sibuk..
3- Jaringan yang digunakan adalah GPRS(General Packet Radio Service),jadi suara yang diterima tak jelas, mcm speker pecah,
4- Kalau korang topup lebih dari rm15 bayaran bulanan. Baki kredit korang kena sedut..sape yang sedut? ntah..maxis kata GPRS yang sedut.
tapi kalau topup cukup2..tak pulak komunikasi down ek..
5- Batteri cepat habis. Guna handfree dpt menjimatkan cas batteri, tapi telinga plak cepat rosak..

Sejarah.

Pada awalnya, PTT atau tekan untuk cakap ini diadaptasi pada telepon satelit yang diguna pakai oleh perusahaan Thuraya di Perancis,namun telepon satelit ini hanya digunakan oleh orang-orang tertentu saja, orang2 kaya disebabkan harganya yang terlalu mahal. Tapi sekarang ni pasukan tentera atau ahli2 risikan masih guna lagi telefon setelit ni..osama ben laden pun guna hanphone satelit,eh..yer ker..?
Telepon satelit ini saiz dia lebih kurang jer telepon biasa2 macam 3310 tu jer, tapi ada fungsi yang beroperasi sistem macam walkie-talkie (interkom penghantarpenerima) juga dilengkapi dengan microchip pengesan automatik untuk mengesan gelombang termasuk fungsi2 lainnya.
PTT atau tekan untuk bercakap ni diperkenalkan pada tahun 2002 sebagai perkembangan ataupun naik taraf..sebab masa 2 dah banyak pengeluar product semi konduktor, bila dan ramai pembekal, barang jadi murah..kilang komputer pun dah banyak time tu.

Dari sistem VOIP (Voice Over Internet Protocol) disupport plak dengan 3G.
Bermula pada kongres dunia 3GSM (3rd General Sistem Mobile) di Cannes pada Februari 2003, pengeluar handphone seperti Nokia, Ericsson dan Siemens telah mengumumkan bahawa mereka dapat mengadaptasi fungsi walkie-talkie digabungkan dalam handphone jenis GSM.
Pada Jun 2003, Nextel Communications meningkatkan penguasaan walkie talkie berkerjasama dengan Motorola. Tapi sekarang ni, motorola ambil alih, produk pun atas nama dia.
Tetapi kalau korang nak tahu,model telefon rangkaian GSM yang pertama menggunakan fungsi PTT adalah daripada Nokia,MOdel 5140. Sebab tu la model ni, kalau korang menyelam kaki labah2, menyelam rumah, banyak lagi r panggilan menyelam ni, tak larat nak tulis ni, macamana skali pun korang buat dlm channel. dia selamber jer..korang peratus 00, dia slamber jer, korang guna %9999 dia steady, korang guna ini _?, dia sengeh jer, korang menyelam dasar laut, dia ketawakan jer..
Model 5140 ni, version paling rendah kalau tak salah..3.10. Biasa r..macamana pun, abg mesti ada kelebihan dia..
Tapi nak buat button untuk model ni, cerewet skit r..jenis sarung..hu..hu..ape pun tak boleh.
Pada Februari tahun 2004, Sony Ericsson pun mengeluarkan produknya yang serupa dengan fungsi PTT, Lepas pada tu motorola ikut buat jugak,(L6), tapi pasaran Eropah ngan US jer, yang dia orang jual kat Malaysia, xder! diulang xder!
Akhir suku tahun pertama 2004, barulah komunikasi secara PTT ni mula aktif di eropah dan US.

Sunday, December 5, 2010

Cara Jin Merasuk Manusia

Entri kali ini saya copy bulat2 dari http://perubatanalhaz.tripod.com. untuk maklumat lanjut sila layari blogberkenaan...

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA
Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".
Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.
Melalui " saka Baka "
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.
Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )
ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :
Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan  Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.
Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.
KATA ULAMA :
" Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "
Maksudnya :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "
Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.
WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.
Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;
Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
Kusut fikiran.
Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.
Mengigau ketika tidur.
Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :
‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.
Akhirnya baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.
Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:
Akibat sihir
Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.


CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin 

  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
  • Membaca Ayat2 Ruqyah :
    Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
    Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Cara selepas Zaman Rasullulah SAW 
Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif
Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. 

credit to :  http://perubatanalhaz.tripod.com

Thursday, December 2, 2010

Apakah Itu CINTA - Ep. 1

nukilan buat yang tercari-cari erti CINTA dan berikut bukanlah keseluruhan pengertian CINTA. Sesungguhnya pengertian CINTA itu amat luas hingga diluar jangkauan pemikiran kita.  Kerana cinta tidak berbentuk, tidak boleh disentuh, dan tidak nyata...... ia ada dimana-mana, dihati, di bibir, di jiwa... ada orang kata ianya dari mata lalu turun ke hati, dari hati ke lidah... dan berterusan... ke jinjang pelamin,... ke anak cucu.... ke liang lahad.... ke syurga.... dan bukannya cuma CINTA kepada manusia, kepada makwe, kepada jejaka, malah kepada Illahi, Rasul.... dan banyak lagi, luas lagi pengertian CINTA.... dan nukilan berikut cuma menyentuh sedikit sahaja dari kelazimannya....

Apakah itu CINTA?

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya sebagai tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

Kadangkala,
Tuhan akan memberi kesusahan untuk menguji kita.
Kadang Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan disebaliknya.
Alasan yang kadang2 sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai,
kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung diri dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, selain memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, selain memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat,
walaupun hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah,
karena menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalaman,
Taj Mahal tidak disiapkan dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu memerlukan banyak kekuatan
- iman, keberanian, dan pengharapan -
penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat sesiapapun membayangkan.
Pada akhirnya, Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu,
kerana alasan yang penting, agar penilaian tidak mengecewakan....
Peristiwa lalu mengukuhkan jiwa, memantapkan pandangan

...kita dilahirkan kerana cinta,
dibesarkan dengan cinta,
meneruskan kehidupan dalam cinta.....

sekian.... bakal disambung nanti...

Jenis Manusia Yang Didoakan Oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara jenis manusia yang didoakan malaikat adalah seperti yang dinyatakan dibawah ini. 

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

wallahu 'alam

Wednesday, December 1, 2010

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah SWT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."


credit to : dotsite.blogspot.com

Tanda-tanda Kematian Semakin Mendekat....

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali dalam sehari

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

http://dotsite.blogspot.com

Tuesday, November 30, 2010


Kelebihan Daun Mulberry


Walaupun produk berasaskan Mulberry baru sahaja menerokai pasaran Malaysia, namun hakikatnya daun Mulberry telah lama terkenal dengan khasiat yang mampu menjadi penawar penyakit. Dengan kandungan klorofil dan kalsium di antara yang tertinggi, ia terbukti dapat membantu meningkatkan produksi susu badan kepada ibu yang menyusukan bayi.

Satu penemuan yang menakjubkan yang dilakukan oleh para penyelidik di Institut Kebangsaan Sains Agrobiologi, Jepun telah mendapati daun Mulberry mengandungi kompaun DNJ (Deoxynojirimcin) di mana ia dapat mengurangkan kemasukan kadar gula ke dalam saluran darah. Ia mengandungi GABA (Gamma Amino Butyril Acid) yang penting untuk mengawal (control) yang mengawal keseimbangan kolesterol dalam aliran darah. GABA adalah agen penenang alami dan agen anti-epilepsi untuk otak yang dihasilkan daripada asid amino glutamin dan glukosa. Mereka yang sering mengalami perasaan cemas, gangguan panik, dan depresi bermungkinan tidak menghasilkan tahap GABA yang mencukupi yang diperlukan oleh otak.

Oleh itu secara tidak langsung, Rebusan Daun Mulberry dikatakan boleh membantu menjadi penawar kepada penyakit kencing manis (diabetis) dan tekanan darah tinggi. Daun Mulberry kaya akan mineral dan vitamin seperti kalsium, kalium (potassium), zat besi (ferrous sulfate), zink, vitamin A, B1, B2, C, 18 asid amino, dan flavonoid atau antioksidan yang mencegah risiko kanser.
Rebusan Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut:
  1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  5. Membantu dalam kehilangan berat badan
  6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  12. Menambahkan tenaga
  13. Meningkatkan produksi susu badan
  14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Khasiat daun mulberry ini memang terbukti di seluruh dunia.  Cuma masyarakat kita sahaja yang takut untuk mencuba.

*-Anak pokok mulberry kini boleh didapati dengan harga sekitar RM5/polibag sederhana.

Monday, November 29, 2010

Sukahati dia nak sayang siapa.....

Kecik hati saya, kenapa mak sayang dia lebih... mak asyik menyebelahi dia aje..yg salah semuanya saya.... sikit-sikit dia..yg jahat saya...
Antara rungutan seorang anak yg tidak berpuashati dengan sikap pilih kasih emaknya.

Yealah, kau pandai...cikgu suka kau...kawan-kawan pun ramai yg suka kau..aku ni sape..dahlah tak pandai...tak cantik pulak tu....
Antara ngomelan seorang kawan.

Siapalah kita sebenarnya yg berhak memaksa semua org sayang kita, suka kita, ikut kehendak kita???? Siapa kita?

Andai katalah kita berhak meminta disayangi semua org, sehinggakan Angelina Jolie dan Brad Pitt yg tak pernah kita jumpa pun tetiba dtg cari kita...dek kerana sukakan kita... alangkah bertuahnya badan...

Fahamilah, kita ini hanya hamba Allah....H.A.M.B.A A.L.L.A.H..

Dah di katakan hamba tu ...redhalah...REDHA...kalau ada yg tak sayang dan tak suka kita. Ramai lagi yg lain suka dan sayang dengan kita...di dunia ada berjuta-juta manusia..buat aje yg terbaik dan buat baik dengan semua orang..nanti adalah yg akan sayang dan suka dengan kita... Jangan sedih, cemburu dan iri hati dengan org yg kita anggap tak sayang kita.

Jodoh pertemuan, ajal dan maut itu, adalah ketentuan Allah.. kita hanya perlu buat yg terbaik untuk mendapatkan yg terbaik.

Seorang emak yg mempunyai 10 org anak....suka hati dia lah nak sayang anak yg mana lebih...anak no.1 ke, no. 2 ke..no. 5 ke atau no.9 atau no. 10. Kita ni kan anak, dah jadi tanggung jawab kita menghormati, menyayangi dan memenuhi keperluan mereka ikut yg kita termampu...Jalankan saja tanggung jawab kita. Pedulikan emak sayang kita atau tidak..

Ini..kononnya merajuk dengan emak...ayah meninggal dunia pun sanggup tak balik..jenguk jenazah ayah....(benar-benar berlaku..baru-baru ini November 2010..bukan jauh pun jarak antara rumah emak dengan anak ini..sehinggakan tak nak dtg jenguk pun jenazah ayahnya...yg bertungkus-lumus cari rezeki membesarkan anak...akhirnya inilah hadiah terakhir dari seorang anak...jenazah bukan minta diuruskan..jenguk pun tidak)... Bagaimana perasaan anda kiranya anak anda berbuat begitu.. alangkah sedih dan remuknya hati seorang emak yg melahirkan kita ke dunia ini..

Tidak ada emak / ayah yg tidak sayang sayang anak. (Melainkan ayah/emak yg kurang imannya..yg terpengaruh dengan bisikan syaitan...minuman kegemaranya..arak...makanan kesukaannya..dadah..hiburan hariannya judi...maksiat)

Sedangkan seorang emak yg hanya ada dua orang anak pun jadi masalah iri hati, cemburu..

Kesian emak.. nak jaga hati anak-anak. Tetapi anak tidak memikirkan hati dan perasaaan seorg emak.

Kita marah org tak sayang kita...Cuba renungi dalam-dalam dan fikirkan...siapa sebenarnya yg kita marah.

Kita sukakan kekasih kita...siapa yg pertemukan kita?.. bukankah itu kehendak Allah, dengan izin Allah kita dipertemukan..

Kita marahkan emak kita..siapa yg menentukan kita akan keluar ke dunia ini melalui rahim siapa...??????...itukan kehendak Allah ta'ala.

Setiap perbuatan dan langkah kita ini, kiranya Allah TIDAK izinkan ..ianya TIDAK akan berlaku.

Emak sayang kita, tak suka kita...lebihkan adik-beradik yg lain...itukan kehendak Allah jua..dengan IZINNYA..

Kita dibenci....terimalah ia ujian dari Allah...semak diri sendiri..kenapa kita dibenci..

Kita disayangi...terimalah ia ujian dari Allah...perbaiki lagi diri agar lebih ramai lagi yg menyayangi.

Bukankah itu semua ketentuan Yang Maha Kuasa.... Kita sendiri pun tidak semua org yg kita suka, tak semua org yg kita sayang.... Tanyalah diri sendiri..kenapa aku tidak bersikap adil...sayang semua org..tidak pilih kasih..

Sedangkan Rasulullah s.a.w...kekasih Allah...pelbagai ujian yg Baginda lalui..dibenci sedara sendiri..

Inikan pula kita yg hanya hamba allah yang biasa-biasa saja..bukan rasul, bukan nabi, bulan wali, bukan alim ulama...

Kita...jalankan tanggung jawab kita sebagai seorang anak, sebagai seorang teman, sebagai seorang pekerja...sebagai HAMBA ALLAH.

Suka hati dia lah nak sayang siapa..... yg penting kita berusaha dan didik hati kita untuk sayang semua orang...

---Terima Kasih.... Mak, kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan aku serta mendidik aku... itu dah cukup membuktikan kau sayang padaku.... yang lain tidak perlu....----

-credit to http://ilhamkaryasari.blogspot.com

Sunday, November 28, 2010

Sakit Kepala ... macam migrain, tapi bukan....

salam sejahtera,

lama sungguh saya tidak kemaskini blog ni, sunyi dah blog ni...
saya baru pulih dari sakit kepala yang agak teruk.,, rasa berdebar-debar, mencabar kesabaran dan minda.  mulanya saya ingatkan sakit kepala biasa saja , so makan ubat panadol sahaja..... tapi tak baik juga, makan ponstan 500,....cerfargot, ... tak jalan juga,.... makan uphamol650, tak jalan juga.. sah, mungkin darah tinggi naik ni,..
so, saya ke klinik swasta dulu (maklumlah malas ke hospital sebab ramai orang, lama nk menunggu), doktor check darah ok, normal aje.  gula dalam darah ok, darah tak tinggi, ok. ape masalahnya ni? kata doktor mungkin rasa berdebar2 tu disebabkan salur darah yg sempit akibat kolestrol. maklumlah badan gemuk la katakan... tapi sakit kepala tu x pasti katanya, mungkin migrain, tapi naper ubatan yg dibekalkan x memberi kesan? migrain tahap tinggi kot? ontahlah....

dua hari selepas itu saya ke hospital pula,, begitu juga ceritanya.... paracetamol., aduhai kata doktor kalau x baik juga datang semula. tu yg malas tu... darah pun ok, keputusan sampel darah pun ok juga. ape masalahnya?

beberapa hari kemudian saya ke pusat rawatan alternatif - bekam sunnah untuk mendapatkan rawatan. habis lah dari kepala hingga ke belakang badan di sedut dengan 'cup' khas. kesan bekam dan darah yang keluar tu macam pelik sikitlah,... kata jurubekam tu, ada gangguan lain. wah, gangguan ape yer? makhuk halus.... nama aje makhluk halus tapi boleh memudaratkan juga ye? wallahu 'alam....

esoknya, badan terasa sihat sesihat2nye, kepala ringan, tiada lagi kesakitan yg mengganggu tugasan seharian, tiada rasa berdebar2 lagi (mulanya isteri saya kata, ada makwe nk datang jumpa abg kot?) tetapi selepas rawatan ni, dia takde lah anggap yg bukan2 lagi....

alhamdulilllah, bukan lah semata kerana bekam tu, ini semua kehendak Allah......
persoalan nya? apakah motif utama kemasukan makhluk tersebut ke dalam tubuh badan kita?
atau mungkinkah ada seseorang pendengki yang menghantar utusan nya ke dalam tubuh kita?
wallahu 'alam, biarlah ape pun, berserahlah kepada Allah, kita hanya mampu berikhtiar dan meminta pertolongan Allah, selain bertawakal padaNya.

terima kasih kepada pusat rawatan bekam Ilham Karya Sari

Sunday, November 21, 2010

Orang Yang Didoakan oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...