Sunday, October 31, 2010

Hutang .... trang .... tang.... tang

KONSEP berhutang menurut perspektif Islam ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian bahawa orang yang diberi pinjam itu akan membayar dengan kadar sama.
Amalan berhutang kini menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Malah, kewujudan Ah long juga adalah mata rantai kepada urusan pinjaman dan hutang.

Persoalan hutang dan pinjam meminjam adalah antara perbahasan yang berada dalam ruang lingkup perspektif Islam dan ia terikat dengan hukum ditetapkan syarak. Ianya dibahas dan dikupas oleh sarjana Islam dalam kitab fiqh menerusi keterangan yang ada dalam ayat al-Quran dan Hadis Nabawiyah.
Firman Allah S.W.T bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya” (Surah al-Baqarah ayat 282).

Dalam ayat sama Allah melanjutkan Firman-Nya bermaksud:
“Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.

Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya”.
Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.
Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.

Kepada si pemberi hutang, sebenarnya kesudian memberi pinjam kepada orang lain adalah digalakkan terutama kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah.

Firman-Nya yang bermaksud :
“Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud:
“Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim – 032/6250)

Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu.


Rasulullah s.a.w. juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas’ud:
“Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali”.
Perkara zalim dalam urusan hutang piutang mesti dielakkan dan dijauhkan seperti mengenakan riba’, faedah dan bunga yang tinggi kerana ia ternyata membebankan si penghutang. Lebih parah dengan kadar bunga yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku nilai bunga yang sepatutnya dibayar semula jauh lebih tinggi daripada kadar wang dipinjam. Ia ternyata penganiayaan kepada manusia lemah dan tidak berkemampuan.
Kepada orang berhutang pula, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.
Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.
Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.

Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.
Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.
Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari – 41/585)
Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.
Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal.
http://www.bharian.com.my/

Saturday, October 30, 2010

Berbekam Ketika Bulan Penuh




Saiz bulan mempengaruhi daya graviti bumi,jika bulan mengambang penuh bermakna graviti pada tahap maksimum dan jika berbekam pada waktu tersebut,darah kotor/toksid akan keluar dari badan dalam keadaan maksimum. Waktu bulan penuh ialah pada pertengahan bulan islam dan tarikh terbaik berbekam sunnah ialah pada 13hb/15hb/17hb/19hb/21hb mengikut kalendar islam.

Wednesday, October 27, 2010

Tak Guna Kalau Botak !!!

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.


3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

-Tayar - Tak guna kalau botak

-petua.org

Penat Mengalahkan PM

salam,....
aduhai letihnya hari ini, penat berkerja mengalahkan PM.... PM pun tak penat mcm saya kot?
haha....
biasa lah ke hulu-kehilir  memanglah penat, org kata tidur pun penat juga kan, lesu tubuh badan. 
ingatkan petang semalam nak pergi berbekam di pusat rawatan sahabat, tetapi tak berkesempatan juga.  kalau dapat berbekam ni, tentu ringan rasa tubuh badan.  maklumlah, usia makin meningkat, kesihatan perlu lah dijaga.
berbekam ni sebenarnya sunnah dari zaman Nabi kita dulu tau, tak percaya cuba klik sini.
insyaallah, lepas ini saya akan masukkan entri yang lebih bermanfaat untuk semua.... kawan-kawan yang visit, saya ucapkan terima kasih....

oklah, nk sambung kerja lagi ni...

wassalam

Tuesday, October 26, 2010

Khasiat Teh Hijau @ Daun Mullberry

Mullberry atau senang disebut malberi dalam bahasa melayu, adalah sejenis tumbuhan kategori herba.  Buahnya manis, sedap dimakan.  Khasiatnya banyak pada daunnya.  Diolah menjadi teh hijau dan boleh mengubati sakit-sakit badan dan telah terbukti mempunyai beberapa khasiat dan kelebihan.





Kelebihan dan khasiat air rebusan daun mullberry:

1. Mengurangkan kesan penyakit kencing manis
2. Mengurangkan kolesterol dalam darah
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengurangkan berat badan
5. Mengurangkan kesan penyakit asma
6. Memberi kesegaran dan awet muda
7. Mencegah kerapuhan tulang (mengandungi kalsium yang tinggi)
8. Meredakan batuk
9. Meredakan rasa cemas dan kegelisahan
10. Mengandungi Vitamin B1, B2 dan C
11. Memiliki semua 18 asid amino yang diperlukan badan
12. Membantu melawan penyakit kanser



InsyaAllah , akan mujarab kepada yang serasi.  Juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata bagi membuang selaput dalam mata.  Dewasa ini daun mullberry telah diolah sebagai teh dan digelar 'Teh Hijau' dan begitu popular di negara China, Jepun dan Korea. Mungkin ramai yang tidak tahu daun ini juga digunakan sebagai makanan kepada ulat sutera, dan boleh diberi kepada ternakan sebagai supplement menggalakkan pembesaran dan mengelak penyakit.  




Di mana boleh mendapatkan pokok ini untuk di tanam di halaman anda? 
Hubungi email saya fad7829@gmail.com

Sedapnya - Ayam Masak Lemak Belimbing Bluh

Bahan-bahan

Belimbing buluh – 10 biji
Ayam – setengah ekor
Santan cair – 750 ml
Santan pekat -125 ml
Bawang putih – 4 ulas
Bawang merah – 10 ulas
Bawang besar – 1 labu
Cili padi – 6 biji
Cili merah – 10 biji
Kerisik – 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 cm
Halia – 2 cm
Buah keras – 2 biji
Serai – dua batang
Garam – 1 sudu kecil

Penyediaan
1. Belimbing buluh – belah dua.
2. Ayam – potong menjadi enam bahagian, cuci dan tuskan.
3. Bawang putih, bawang merah, cili padi, cili merah, kunyit hidup, halia dan buah keras – kisarkan.
4. Bawang besar- mayangkan.

Cara Memasak
1. Masukkan ayam, bahan kisar, serai, bawang besar, garam dan santan cair ke dalam periuk.
2. Biarkan ia sehingga mendidih, kemudian kacau.
3.Masukkan belimbing buluh, santan pekat dan kerisik. Biarkan semua ramuan itu terus mendidih sehingga ayam menjadi empuk.

-dherba.com

Saturday, October 23, 2010

Malaysian Delicious Receipe - come get it, try it

hi, entri kali ni nak masukkan gambar-gambar makanan kita yang sedap-sedap memandangkan blog ni ada pelawat dari negara lain, so teringin pulak nk promote makanan kita.  Manalah tahu kot-kot teringin pulak mereka ...

sungguh menyelerakan.....

































Hidup Berpasangan Ada Kurangnya... Kurang Apa???

Anda belum kahwin dan masih bujang? belum berpasangan? mungkin juga, sekurang-kurangnya mesti ada teman istimewa. Kalau tak pun, ada kawan perempuan. Bagi perempuan pula, ada kawan lelaki, atau sahabat baik lelaki. Bagi yang dah berkahwin pula ada teman hidup. Tidak kiralah hensem ke x hensem ke, cantik atau tidak, yang penting itulah pilihan hatinya. Rasanya cukup bagi menghiburkan, membahagiakan kita pada satu-satu waktu ataupun sepanjang perjalanan hidup....

Tetapi masih ada kekurangannya.... adakalanya banyak, adakalanya sikit, adakalanya kadang-kadang, adakalanya jarang-jarang kekurangan tersebut. Apakah ia? Ha, ada di antara anda dah mula teringat filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kan? Nujum Pak Belalang. Kalau anda berfikir begitu, makna nya anda pun nk jadi nujum juga ni..... gurau saja.

Apakah kekurangannya, jawabnya ialah DUIT,, atau sumber kewangan. Memang tak pernah cukup kalau berbicara pasal duit ni kan? Bukan golongan bawahan sahaja, bahkan sesiapa pun pasti merasakan kekurangan nya. Lagi besar jawatan dan lagi besar pendapatan bahkan ahlil-perniagaan pun, bertambah besar lh juga tanggungan, keinginan, keperluan dan macam-macam saluran untuk mengurangkan duit. Terutamanya kalau berpasangan dengan orang yang kaki shopping, kaki melaram, kaki jalan. Kalau pasangan kaki judi dan kaki pompuan pun, boleh jahanam juga dibuatnya. Mana nak cukup duit. Bagilah seguni pun duit nya, nanti pasti minta lagi kan? Percaya tak?



Anda kata pasangan kita membantu menjana ekonomi rumahtangga kan? Tentulah, sebab kta sama-sama berada dalam satu keluarga.... Tetapi tentu ada saluran tambahan untuk duit mengalir pergi. Contohnya kalau isteri tak bekerja, anak-anak dibawah jagaan isteri. Tetapi bila isteri turut bekerja, anak perlukan pengasuh. Bayangkan anak 3 / 4 orang cukuplah. Dah berapa tu? Perbelanjaan petrol untuk 2 orang, makan luar untuk 2 orang, serba serbi berganda. Bil elektrik pun naik.... sebab nk gosok baju untuk 2 orang bekerja, tak termasuk baju skolah anak-anak lagi... Isteri dah jarang memasak dirumah, beli di kedai bawa balik...bile kira-kira semula, sikit aje pertambahan nya. DUITnya masih kurang. Bila dah ada duit lebih, lebih pula belanja nya, beli kelangkapan itu dan ini, sampai berhutang dengan 'Gajah Mahkamah', ngan Babu, ngan Pakistan jual karpet dan seangkatan dengan nya.

 Agaknya berapa hari boleh habis kalau sebanyak ini?

Bagi yang ber'pakwe-makwe' ni tak kurang besar juga belanjanya. Yang si pakwe nak siapkan poket nak belanja makan di kedai 'atuk', takkan nak makan kedai mamak selalu terutama bersama si dia. Mesti nak tunjuk gaya, nak tunjuk kereta lawa, atau motosikal lawa, pakaian berjenama, cermin mata hitam lagi. Itu tak termasuk duit beli rokok, tiket wayang dan macam-macam lagi. Yang Kurangnya DUIT. Yang 'makwe' pula tak kurang hebatnya, segan pulak nak pakai baju yang sama setiap kali berjumpa. alat solek mengalahkan mak andam, baju stail, yang bersilang, yang tergantung, minyak wangi, bedak, tudung berbagai bentuk dan nama, artis juga yang dapat nama. aksesori, losyen, pelembut bibir, mascara.... maklumlah nak jaga imej gadis bujang. Takkan nak selekeh aje pula? Yang kurangnya DUIT aje...

Saya tak kata berpasangan ni tak baik. Cuma nak bagi gempak aje tu. Pokok pangkalnya niat kita dan kebijaksanaan kita mentadbir urus mahligai yang dibina. Saya terfikir sebab kebelakangan ini rasa macam susah sangat, terasa macam terhimpit sangat dengan keperluan hidup yang semakin mendesak dan keinginan hidup yang semakin 'membesar'. Percayalah, semakin besar pendapatan kita masuk, semakin besar jugalah terowong saluran keluarnya. -MH

Friday, October 22, 2010

Maintain Langsing, Sihat , Mengancam dan Menggoda

Orang kurus nk gemuk, manakala org gemuk nk jadi kurus.... apa-apa pun semuanya boleh jadi asalkan kita tahu mengurus tubuh badan kita.  Asalkan kita tahu mengawalnya secara sihat.  Makan memang la sedap, badan naik sendiri jawab!

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”.

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

-www.petua.org

Kalaulah boleh diwakilkan pada orang lain untuk menguruskan penjagaan tubuh badan kita.  Boleh juga, selepas menutup mata la jawabnya....

Thursday, October 21, 2010

Melaka Maju 2010

Najib isytihar Melaka Maju 2010

October 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.
Najib ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.
“Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut,” katanya.

Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.
Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas. – Bernama

Petua Elak Mabuk Laut

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
 
  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

tq - http://atur.tripod.com

Tuesday, October 19, 2010

Rintihan Seorang Pengawal Keselamatan

Gaji pokok minimum pengawal keselamatan naik sehingga RM700 sebulan

15/10/2010

KUALA LUMPUR: Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011.

-petikan http://www.bharian.com.my

--------------------------------------------------------------------------------


Nampaknya pengawal keselamatan kini sudah boleh mula tersenyum dengan pengumuman yang dibuat oleh PM semasa pembentangan belanjawan 2011 baru2 ini.  memang dah lama sangat isu ini tertangguh sehingga membuatkan mereka hampir berputus asa dengan perjuangan mereka selama ini.  Mana tidaknya, dengan gaji pokok RM300, ditambah elaun2 sampingan dapatlah RM750 - 850 sebulan.  Nak makan ape? dengan sewa rumah atau bayaran ansuran rumah, anak2 sekolah, belanja dapur, petrol, kerosakan kenderaan, ansuran kereta, dan macam2 lagi tanggungan mereka seperti kita juga.  Kita juga tidak boleh menidakkan hak mereka untuk menikmati kesenangan hidup seperti warganegara yang lain.

Memang mudah mengatakan "padan muka, sekolah dulu malas, tu sebab dapat keje jaga aje". Tetapi sedarkah kita, mereka cukup sabar dalam meniti kehidupan mereka, menggendong tanggungjawab melindungi harta benda pelanggan dari pencerobohan dan berbagai bahaya.  Tak kurang juga yang dibunuh ketika menjalankan tugas dengan gaji tak seberapa.  Memang mudah menyuruh mereka mencari kerja lain aje.... Tetapi susah sangatkah nak memberi mereka lebih ruang untuk bernafas.  Supaya pengorbanan mereka diiktiraf sebagai karier yang memberi manfaat kepada semua. Lebih2 lagi mereka yang bertaraf warganegara Malaysia.

Memang segelintir dari mereka hanya berkerja duduk sahaja, tetapi dah menjadi tugas mereka begitu.  Yang itu kita nampak. Masa mereka terlena dek kepenatan kita nmpak.  Tapi nampakkah kita semasa mereka meronda berjalan kaki, naik tangga hingga tingkat 5, malah ada yang tinggi lagi.  Cuba anda bayangkan ada seorang sahabat saya ni, berusia 30 tahun, berat badan 100kg lebih, berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah institusi pendidikan.  Katanya meronda bermotosikal tiada menjadi masalah, begitu juga rondaan jalan kaki menaiki tangga di 4 blok bangunan yang tiap satunya hingga 5 tingkat, dan perlu diulangi sebanyak 8 kali setiap malam iaitu satu jam sekali.  Betul ke? Memanglah betul, sebabnya ada point 'kunci jam' atau pun clocking point di tingkat teratas yang wajib dilawati di setiap kali rondaan.

Kata beliau , cubalah jadi pengawal keselamatan.  sehari dua pun cukup lah.  Masa rehat memang lah rehat betul-betul, tapi masa tugasnya memang agak menduga kesabaran.  Itu belum termasuk waktu kecemasan, apabila penggera kebakaran berbunyi.  Kebanyakan nya 'false alarm' kerana pelajar memasak dalam bilik asrama dan asap dikesan oleh 'smoke detector'. Puas lah beliau tadi berlari menyiasat penggera berkenaan, tetapi 'hampeh' setelah mengetahui masalah sebenar.  Itu belum termasuk KENA MAKI, KENA FITNAH dengan pihak2 berkenaan. Tak kurang juga DITUDUH MENCURI .  Apa boleh buat, besabar saja lah,  perut perlu diisi, nama sendiri, nama syarikat kawalan dan nama tempat bertugas perlu dijaga demi menjamin sesuap nasi....

Saudara sekelian, sanggupkah kita berada di tempat mereka? Cubalah...

Renungan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”
 
Riwayat At-Tabrani
 
Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
 

ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
 

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya 
keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, October 17, 2010

Amalan Sihir dan Elemen-elemen Berkaitan

Kali ini saya ingin mengetengahkan semula artikel sahabat mengenai Amalan Sihir.  Agak membimbangkan akhir-akhir ini begitu banyak kes-kes gangguan sihir yang berlaku dalam masyarakat kita....Antara sedar atau tidak, sebenarnya amalan khurafat ini sebenarnya masih berlegar-legar di sekeliling kita...

Sekadar Gambar Hiasan


Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.


JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG -Tuju
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pijar (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

Kenapa Sihir makin berleluasa di zaman serba moden ini? - Jawapannya, kerana di zaman ini kita semakin lalai.  Kita berfikir kononnya, alah..... zaman moden serba canggih macam ni mana ada orang nk buat sihir-sihir ni lagi dah.... Pemikiran semacam itulah yang membuatkan mereka bebas melakukan apa sahaja pada kita.  Sedangkan dalam Al-Quran telah diperingatkan kepada kita bahawasanya Syaitan akan menggoda dan menyesatkan tatkala manusia itu lalai dan leka.

Friday, October 15, 2010

Sel Tubuh Manusia - Skala Mikro

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...