Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

PSP vs MP5

Dewasa ini perkembangan IT sejajar dengan perkembangan minda anak2 muda.  Ipad dan tablet luas digunakan dimana-mana, malah di sekolah rendah pun ada pelajar yang 'menyeludup' masuk ipad ke sekolah dek kerana tak puas bermain di rumah.....

PSP dan MP5 juga tak kurang hebatnya, bermacam jenis dari yang asli dan jenis murah (China) banyak terdapat di pasaran dengan harga murah. Menjadi dilema kepada ibubapa, apabila anak2 mula merengek minta dibelikan gajet2 masakini.  Antara ipad, PSP dan MP5..... manakah lebih berbaloi..... sedang kan harganya tak jauh berbeza.....  Pada saya pilihan tepat adalah Ipad, selain dapat main game, boleh juga melayari internet dan download game di android market secara percuma. Rasanya lebih berbaloi dan bermanfaat.

Masalahnya,.... pilihan mereka.... kita hanya menurut sahaja..

Sunday, February 5, 2012

AKAUN FB DILUMPUHKAN

Siapa lah yg dengki sangat kt hamba ni, sampai lumpuh akaun FB hamba.....

Saturday, September 24, 2011

10 Aplikasi iPad untuk Golongan Pendidik

Aplikasi iPad yang boleh membantu para pendidik menguruskan masa dan juga mencatatkan idea pelan pembelajaran adalah seperti :-

1. Bento: Aplikasi ini memudahkan pendidik memantau pelan pembelajaran, janji temu dan nota tentang pelajar.

2. Tetikus mudah alih: Dapat mengubah iPad anda menjadi alat kawalan jauh untuk kegunaan di dalam kelas.

3. Dropbox: Membolehkan rekod berkaitan pelajaran disimpan di komputer dan diselaraskan dengan ruang simpanan di Internet. Fail yang disimpan kemudiannya boleh diakses dari sekolah mahupun dari komputer di rumah.

4. Quick Voice Recorder: Rekod aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan analisis butirannya bagi tujuan pemeriksaan untuk menambah baik kualiti pembelajaran.

5. Idea Boards: Jangan biarkan idea yang timbul secara spontan hilang begitu sahaja. Rekodkan idea dan jadikannya deraf untuk mengatur kelas. Anda juga boleh meletakkan peringatan pada nota-nota yang telah disimpan.

6. World Atlas HD: Aplikasi percuma yang ditawarkan oleh National Geographic ini membolehkan anda menggunakan peta bagi tujuan rujukan. Peta ini boleh dikaitkan dengan elemen menarik agak pelajar tidak mudah jemu ketika sesi pembelajaran.

7. BBC News: Gunakan sumber berita terkini sebagai salah satu sumber material bagi menyediakan bahan mengajar berkaitan peristiwa semasa, sejarah dan pelbagai lagi.

8. The Skeletal System Pro: Guru biologi atau pensyarah kursus perubatan boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai sistem rangka, otot, pencernaan dan juga anatomi yang lain.
9. GoSkyWatch Planetarium: Aplikasi astronomi ini merupakan alat bantuan mengajar terbaik bagi subjek berkaitan dengan astronomi. Ia boleh digunakan ketika mencerap bintang bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar.

10. Cram: Pendidik boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyediakan kuiz dan juga ujian untuk pelajar. Guru juga boleh mengakses bank simpanan kuiz dan ujian secara dalam talian bagi memudahkan lagi penilaian tahap pemahaman terhadap satu-satu subjek yang diajar.

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...