salam....
saya terbaca di internet dan blog rakan2 yang banyak masukkan entri seperti ini. terpanggil juga untuk memasukkan ia di sini. bukannya apa..... jangan salah sangka dengan tajuk entri.
maksud saya, JANGAN PAKAI TUDUNG, jika hasilnya seperti di bawah ini. Tolonglah..... tudung bukan sekadar fesyen...
saya percaya ibubapa tak pernah mengajar kita supaya berpakaian begini kan? cuba kita renungkan, sejauh mana kita dah sesat, bukan ajaran sesat lagi, ini secara tidak langsung mencerminkan tamadun manusia kembali ke zaman batu (seolah-olah tiada pakaian), apa lah agaknya yang terlintas dalam fikiran mereka ini? tak salah nak ikut peredaran fesyen, nak telanjang ke - itu lantak korang lah.... tapi kenapa pakai tudung? nak tayang rambut malu, tapi tayang aurat lain tak tahu malu pula...
Cuba lihat bangsa lain di sebelah sana tu, jauh lebih sopan dari kamu! bezanya mereka tidak menutup kepala, tapi sebahagian kaki ditutup dengan baik!
Yang in bukan takcukup kain, tapi terlebih kain. namun masih lagi mendedahkan tubuh. Kalau nak pakai macam gini, bukak lah tudung tu.. kan lebih 'cantik'...
yg ni pula sama juga lah seperti yg di atas tadi. susah nak cakap. bila ditegur nanti katanya INI HAK AKU LAH NAK PAKAI APA! melenting... INGATLAH, korang TAKDE HAK MENGUBAH HUKUM ALLAH. SELAGI KORANG HIDUP BENYAWA DIBUMI ALLAH INI, IKUTLAH GARIS PANDUANNYA
dan lagi satu..... fesyen legging... hentikanlah, kalau nak pakai jugak, buanglah tudung tu. sungguh memalukan... yang memakai mungkin tak rasa malu. tapi yang melihat merasa malu. jika kita lihat, fesyen masyarakat kita sekarang ini mengalahkan artis hollywood. dasyat betul kemajuan tamadun manusia MELAYU ISLAM di MALAYSIA ini. Bila gejala sosial meningkat, kes rogol meningkat, buang bayi meningkat, kes2 cabul meningkat, nak salahkan siapa? Takkan nak salahkan kerajaan? takkan nak salahkan ibubapa semata-mata? maklumlah ibubapa sekarang ni dah susah nak didik anak, tegur sikit - merajuk lari rumah, pukul sikit - kes dera, report polis, bila dibiarkan berdikari dan berfikir sendiri, begini pula jadinya.
Di atas adalah pandangan peribadi saya.
Terima kasih kepada blog-blog yg berkenaan
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Friday, February 4, 2011
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
-
Kayap - lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Jika dibaca post saya sebellum ini berkenaan penyakit Chicken Pox, ia adalah kelompok virus yang...
-
Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan ba...