Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor  diet yg tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan  keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau  mengurangkannya. Tips berikut sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan  dirinya boroi!
Minum Banyak Air (Air suam lebih baik)
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya  dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini  akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga  meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih  banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan  toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak  bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.
Mengurangkan Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara  tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan  penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara  perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian  kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan  banyak gas yang menimbulkan penggelembungan
Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan  tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari  sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi  penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam  buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat.  Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan  sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali  buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya  perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan  pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara  berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang  berlebihan.
Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut  yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari  jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh  atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang  disarankan seperti aerobik.
Ikhtiar dan usaha, pasti ada hasilnya...
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
- 
، سلام اڤ خبر اندا سموا. كالي اين ساي تريڠين ڤولا منوليس انتري دالم توليسن جاوي. سرونوك جوڬ كن؟ سمواڽ برمولا اڤابيلا ساي ترجومڤا لامن سسوا...
 - 
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
 
Nak tumpang bagi tips juga la yerk. boleh yer blog admin?
ReplyDeleteKalau nak kuruskan badan @ perut buncit, amalkan malam makan salad. Saya dah cuba untuk 3 minggu berturut-turut, alhamdulillah dah turun 6kg. Tapi sertakan dengan senaman yang berkualiti sekali yer.
p/s : Blog Admin, kita link2 boleh yerk? tq.
ooo ty2
ReplyDelete