1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
 Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
2.Memakai Pakaian Baru .
 Memakai  baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin  menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan sedondon.Memakai baju baru juga  perlu dilakukan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah  kurniakan kepada kita di hari mulia itu.
3.Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
Biasanya  Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu  baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab  al'-Aid) 
4. Memperbanyakkan Takbir 
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)"
5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
"Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat, Beliau  tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat  perempuan bersama bilal. Baginda menyuruh mereka bersedekah. Maka mereka  bersedekah. Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang  menyedekahkan kalungnya" (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)
6.Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal mengenali  diantara  sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak dihidupkan  kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama lain.lebih2  lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.
7.Masa Untuk Bermaafan 
Jangan ada rasa malu dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita.  Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan  kepada mereka yang memohon. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan  dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
8. Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.
Terutama   lafaz2 yang mengandungi pengertian semoga amalan puasa diterima Allah  sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullulah s.a.w
Salam AidilFitri buat semua rakan2 ku .http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html
ReplyDelete