Thursday, September 29, 2011

Cara Murah dan Mudah ..... Untuk Kuruskan Badan.... Cubalah...


 
Amalkan minum air asam keping/gelugor....Carannya:
Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.
Setelah suam

, buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya....


KHASIAT ASAM GELUGOR

Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah
eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang
dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali
dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping
terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.
Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya
mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau
gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya
berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya
akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus
dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat
perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya
yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu
dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yang
diberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid
hydroxycitric atau HCA.


Kajian saintis telah membuktikan bahawa asid HCA mampu merangsang
kehilangan berat badan dalam dua cara asas. Cara pertama, HCA
bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada
lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat
penghasilan lemak. Cara kedua, melalui penemuan terbaru mendapati
melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti
serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. HCA juga dikatakan meningkatkan pengeluaran glikogen
dalam hati dan meningkatkan suhu badan dengan merangsangkan proses
themogenesis.


Sebenarnya terdapat pelbagai kegunaan ubatan lain daripada pokok asam
gelugur. Antaranya adalah, di India tumbuhan ini digunakan untuk
merawat edema, masalah haid, sembelit dan jangkitan cacing di dalam
usus. Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk
merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Dalam pertubatan ayurveda
pula, asam gelugur dikatakan mampu merangsang penghadaman dan
kadangkala digunakan sebagai julap.

Herba yang kerapkali digunakan sebagai ramuan di dalam masakan ini
juga dikatakan mempunyai keupayaan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Orang-orang Melayu di zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan
akar asam gelugur untu menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam
telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu dijadikan pelega kepada gusi
yang sakit. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan
kemudian basuh hingga bersih dan sehingga menjadi sedikit lembut.
Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 ? 15
minit. Kemudian buanglah asam tadi dan berkumurlah dengan air suam.

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...