Daun sirih sangat popular di masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan merambat ini dijumpai di halaman rumah. Daun Sireh adalah beraroma, anti-bakteria, herba perangsang dengan perisa seakan cengkih yang pedas. Tergolong dalam keluarga lada.
Kandungan - Komponen aktif utama daun sireh adalah sejenis minyak mudah meruap biasanya dikenali sebagai minyak sireh. Ia mengandungi dua jenis phenol iaitu betel-phenol (chavibetol) dan hydroxyl-chavicol (membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar). Astrigen (membantu mengecutkan dan memulihkan tisu – tisu organik badan akibat luka dan lain penyakit. Membantu mengecutkan membrane mukosa) dan cadinene juga ada dikesan. Minyaknya adalah perangsang aktif yang digunakan bagi merawat catarrh rongga pernafasan (keradangan pada membrane mukosa) samada di sapu atau dikumur, juga sebagai ubat sedut (inhalant) dalam rawatan diphtheria (sejenis penyakit rongga pernafasan). Jus dari 4 daun sireh mempunyai kekuatan yang bersamaan setitik minyaknya.
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan