Sunday, March 20, 2011

Pengawal Keselamatan Bukan Kerjaya Pilihan - Kenapa???


PENGAWAL KESELAMATAN BUKAN KERJAYA PILIHAN – KENAPA?

Salam pertemuan,...

Kali ini saya ingin bercerita  tentang nasib .. mungkin juga suratan,... atau mungkin juga kebetulan...

*Coretan ini umum dan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah pihak. Coretan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian semasa*

Kita nilaikan sama-sama situasi ini.  Pada pembentangan bajet 2011 yg diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ada terselit “berkuatkuasa 1 Januari 2011, gaji pengawal keselamatan akan dinaikkan ..... “ saya tertarik dengan ungkapan ini kerana ia disebut sebagai ‘berkuatkuasa’, maknanya pada 1 Januari 2011 ianya sudah diterima pakai, jadinya pada penghujung bulan Januari ia sepatutnya telah dibayar mengikut arahan tersebut. Jika salah pada pemahaman saya silalah buat komen.  Saya tidak menyalahkan Perdana Menteri dalam hal ini. Malah amat berterima kasih kepada beliau kerana mengambil berat akan perihal gaji sebahagian pengawal keselamatan yang sekian lama berada di tahap yang meloyakan. 

Seorang kawan, beliau bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan di sebuah IPT Swasta di Selatan Tanahair.  Mempunyai sijil kursus pengawal keselamatan dari Akademi Keselamatan yang diiktiraf oleh KDN.  Tawaran yang diberikan agak lumayan juga (walau hanya 1/3 dari gaji sebelum ini, Gaji ditawarkan RM900.00 +++. Oklah tu, tapi baru tawaran mulut aje tu.  Bila surat tawaran diterima, barulah disedari butirannya seperti berikut: 

Gaji pokok : RM 275.00
Elaun pelbagai : RM 240.00
OT (setiap hari ada 4 jam sebab kerja 12 jam) : RM 440.00 ++

Jumlah : RM955.00 ditolak pendahuluan gaji pada 20hb RM200.00 = RM755.00....

Bilangan hari kerja : 31 hari (dalam payslip ditulis 26 hari)

Bertugas 12 jam sehari, 2 syif, syif siang dan syif malam secara bergilir seminggu sekali, bertugas 24 jam pada hari Ahad (semasa kerja pagi) untuk memberi ruang syif lagi satu bercuti, hari off adalah Ahad depannya selepas tugas malam. Cuti umum terutama Hari Raya dan sebagainya wajib kerja, tapi kalau nak cuti pun boleh, tapi cuti tanpa gaji lah. Semasa bertugas jika didapati tidak berdisiplin, gaji akan dipotong mengikut kesalahan2 tertentu. Sebagai contoh tidak memakai kasut denda RM5.00, tidak memakai uniform RM sekian, sekian.... macam tulah. Tertangkap tidur dalam tugas RM50.00. Lewat satu jam RM5.00. dan macam2 lagi. 

Agaknya cukupkah bagi menyara kehidupan masa kini? Rumah samaada dibeli atau disewa RM200 - 300, bil-bil RM50 - 100, cukai pintu, cukai tanah, tanggungan keluarga, anak-anak sekolah, susu anak, makanan, pakaian, petrol, penyelenggaraan motosikal / kereta, ansuran kereta / motosikal.  Dan banyak lagi. 

Senang aje mengatakan, “suruhlah isteri bekerja...” hal ini pula perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya.  Bila anak dah ramai, 2 -3 orang, seorang bersekolah 2 lagi masih kecil. Agaknya berapakah jumlah kosnya mengupah orang menjaga? Apakah pula hukumnya menyuruh isteri bekerja? Bolehkah menggunakan pendapatan isteri bagi menanggung perbelanjaan keluarga tanpa relanya? Haram hukumnya.....Nak cari kerja sambilan contohnya atendan pam minyak dan sebagainya? Kerja dah 12 jam, lepas tu nak sambung bekerja tempat lain pula? alamatnya tinggal kulit dengan tulang aje lah...

Coretan ini bukan bertujuan memprotes atau merendah-rendahkan sesiapa.  Tetapi yang jelas syarikat-syarikat keselamatan yang mengikat kontrak dengan premis-premis ini tidak prihatin dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.  Bayangkan bayaran kepada syarikat keselamatan adalah purata RM1400 – 1500 bagi seorang pengawal (ikut tarif lama), tetapi bayaran kepada pengawal hanyalah RM750 – 900 sahaja. Uniform yang dibekalkan pula akan ditolak gaji secara ansuran.  Kos yang ditanggung oleh syarikat tidak lah banyak mana, melawat ke pos kawalan mungkin sebulan sekali, atau paling kerap 3 kali dalam sebulan. Berapa sangatlah kos nya.  Kalau seorang pengawal syarikat untung RM500-600, bila 10 orang pengawal di satu-satu premis dah jadi berapa tu agaknya? Ternyata memang nak sedut darah lah agaknya.  

Itulah antara punca kerjaya ini tidak menjadi pilihan utama.  Padahal kerjaya ini bagus, seronok, hebat.  Tetapi tak hebat pada hasilnya.  Bila dah tak ada orang nak bekerja, orang kurang siuman, pemabuk, terlalu tua,  pun diambil berkerja. Semakin rendahlah pandangan masyarakat terhadap pengawal keselamatan. Semua pihak nak kan ‘kualiti’ tapi tak mahu mengalah pasal keuntungan. Siapa harus dipersalahkan? Semua pihak perlu membuka mata seluasnya. Perkara ini Nampak remeh tetapi jika diselami dengan mendalam pasti akan terbongkar segala pekung, kurap, cacat dan celanya.  Saya agak kecewa perkara ini seolah-olah di’diamkan’ sahaja.  Sedih  saya melihat rakan2 pengawal yang saya sifatkan bagai ‘mentimun’ dilagakan dengan durian. Diam kena, bertindak pun tetap kena juga. 

Bagi pengawal bekas pesara, (maaf), mungkin isu gaji ini tidak begitu ketara dirasa. Tetapi rakan2 lain yang hanya berbekalkan semangat dan memikul tanggungjawab besar dalam keluarga dan masyarakat, perlu ‘ bermenung’ pada hari penerimaan gaji.   Perlu berfikir-fikir ke mana nak pergi mengail atau menjala ikan, macamana nak bawa anak jalan2, barang kemas isteri dan anak-anak belum ditebus di pajak gadai, kereta yang belum langsai terbengkalai, nak tukar minyak enjin motosikal pun fikir 2-3 kali, makan ayam sebulan hanya sekali, ada juga yang isteri dah 2-3 kali ugut nak lari, sebab tak tahan dengan kehidupan begini.  Yang bujang pula susah nak berbini, makwe semua lari, tak boleh tahan pakwe asyik nak meminjam.
 
Rakan2 yang bertugas sebagai pengawal keselamatan yang belum menikmati kenaikan ini, saya harapkan bersabarlah banyak-banyak, walaupun tahap kesabaran kita sudah memuncak, tahap gunung berapi yg akan memuntahkan laharnya. Tetapi harus diingat, buat masa ini itulah mata pencarian kita. Kita ni pula ibarat mentimun. Terlajak kata sahaja akan dikenakan pelbagai tindakan disiplin, pelbagai tindakan undang2.  Susah kan? Memang susah, memang terlalu susah.  Kepada pihak2 berkenaan, pengawal2 ini tak minta Cuma HARAPAN, tetapi mereka mahukan pembelaan.  Dek kerana di sini bumi dipijak, disini jualah langit dijunjung . Wallahu’alam

...bakal bersambung

1 comment:

  1. Asalamualaikum...
    Sy masih baru dalam menguruskan hal2 berkaitan Pengawal Keselamatan. Terlalu mentah utk memahami dunia 'Guard'.. Terima kasih dgn entri di atas, sedikit sebanyak membantu sy utk lebih 'Care' pada Pengawal2 Keselamatan dibawah seliaan sy.
    -ana-
    Shared: http://www.facebook.com/profile.php?id=732660757

    ReplyDelete

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...