Thursday, March 24, 2011

Rentetan Persoalan -1

Apakah yg sdang bermain di minda kita saat ini..
adakah berkisar tentang kehidupan masa kini atau tentang harapan masa akan datang.  Segalanya akan menjadi persoalan, demi persoalan...

Sesetengah dari kita bertungkus lumus memantapkan kehidupan
Sesetengah dari kita pula bertungkus lumus untuk terus hidup
sesetengah dari kita sedang meningkat maju selangkah lagi mengejar impian
Tidak kurang juga yang sedang berjihad membesarkan anak-anak dengan hasil kais pagi mkn pagi, kais petang mkn ptg...
di bumi bertuah ini, di negara ini,... di tempat yang ekonominya tumbuh pesat bagaikan kota yg bangkit dari revolusi,...
begitu banyak peluang melombong rezeki
hinggakan tertumpah keringat asing di tanahair ini,
mengapakah kita bagai tidak berkesempatan
untuk mengesat keringat sendiri
adakah kerana alpa dan terkesima dengan teknologi maya
adakah alam siber dan hiburan menambat jiwa

katalah Facebook ...
didalamnya ada blog,
didalamnya ada informasi,
didalamnya ada chat,
segala-galanya,
sedangkan si tua yg menulis ini pun terleka dengannya
apalagi anak-anak remaja yg meningkat naik
siapakah pemantau?
siapakah pengawal?
siapakah penyelamat?
si tua ini berbekal sedikit pengalaman,
mungkin dapat bertahan dari pesongan
anak remaja berbekalkan apa?
cuma rintihan dan bebelan orang tua
pujukan tak berkesan
lari rumah kalau dirotan
sedang kalau dibiarkan
berlarutan...
berbagai kesan dikhuatirkan...

Merekakah yang leka?
atau sebenarnya kita yg sedang terlepas pandang....

1 comment:

  1. dunia internet ni
    yang baik kita ambil dan yang buruk jadikan teladan

    ReplyDelete

Komen dialu-alukan