Khasiat Bunga Kekwa
Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga
yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya
dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga
Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium
saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning
yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum
diminum.
Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan:
Bunga – menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari.
Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit
termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai
digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan
pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Digunakan juga sebagai
stimulant untuk tahan dari mengantuk. Kelopak bunga yang sudah ditoskan
selepas direndam air panas dibungkus boleh melegakan gatal-gatal mata
(gunakan sebagai tampalan/compress).
http://www.dutaherbs.com.my
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan