Khasiat Halia
Daun: Dihancurkan atau
cecair diperah dan diletak pada tubuh untuk merawat demam malaria, demam
panas , reumatisme, sakit kepala, sakit perut, ia juga dimakan untuk
merawat reumatisme, dan sakit perut.
Rizom: Sebagai antiemeti,
diureti, stimulant, tonik perut, ubat batuk, membunuh atau menyingkirkan
cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan angin dari perut dan usus,
merangsang peluh, melawaskan haid, memanaskan badan; mengurangkan risiko
pembekuan darah, merawat asma, batuk, bau badan, bengkak kaki atau
tangan kerana kesejukan, busung, cirit, demam panas, disenteri,
jangkitan semasa kelahiran anak, kejang otok, kejang semasa haid, loya,
masalah usus, mual, perut dan usus kembung angin, radang sendi,
reumatisme, sakit perut kerana masalah penghadaman, sakit kepala,
selesema, sesak dada, sesak hati, susah menghadamkan makanan, tergeliat,
dan kegunaan wanita selepas bersalin.
Infusi diminum untuk merawat penyakit
keputihan. Ubat pupuk pada bengkak, bisul, gatal, lecuran, reumatisme,
sakit, sakit gigi, sakit kepala, dan sakit perut. Jus dicampur dengan
telur dan madu lalu diminum untuk merawat impotens. Jus campur minyak
bijan digunakan untuk merawat kelumumur.Halia diredam dalam cuka
digunakan untuk merawat jangkitan semasa kelahiran anak, reumatisme, dan
mengurut tubuh wanita selepas bersalin. Halia direbus, dicampur gula
merah atau madu diminum untuk mengelak atau merawat batuk, bronchitis,
demam panas, lesu, panas badan, sakit kerongkong, dan serak suara.Halia
direndam dalam minyak dan minyak digunakan sebagai losen telinga untuk
merawat sakit telinga.
Kandungan: Rizom segar –
81% air, 12% karbohidrat, 2.3% protein, 10% lemak, 2-10% fiber, minyak
esen, oleoresin. Rizom juga mengandungi gingerol, paradol, shogaol,
zingibain, dan zingiberol. Minyak halia mengandungi lebih daripada 50
sebatian (antaranya- farnesen, alfa-pinen, alfa-terpinil asetat,
alfa-zingiberen, ar-kurkumen, beta-bisabolen, beta-elemen,
beta-felandren, beta-seskuifelandren, beta zingiberen, bornil asetat,
kamfen, 1,8-cineol, sitral, sitronelol, borneol, kamfen, dekstrokamfen,
geranial, limonen, linalil asetat, linalool, neral, felandren, zingeron,
dan zingiberen). Kandungan halia lazimnya adalah berbeza-beza kerana
factor berlainan baka, keadaan ekologi, amalan pertanian, dan juga
amalan selepas dituai.
http://www.dutaherbs.com.my
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan