Friday, January 14, 2011

Kail Berduri Bersalut Umpan....

Kalau memancing biarlah kena umpannya... disini saya kupas sedikit mengenai umpan-umpan yang biasa digunakan bagi aktiviti memancing. moga dengan entri ini dapat membantu anda yang baru nak belajar memancing. Sebenarnya kepelbagaian umpan adalah perlu bagi aktiviti ini. Cerewet juga ikan-ikan ni memilih umpan nya. Ye lah, lain ikan lain makannya, lain lubuk lain makannya. Bertukar cuaca pun boleh menyebabkan ikan bertukar selera. Bila air bertukar warna pun dan lain seleranya... Apepun, kita mencuba lah ye? Usaha Tangga Kejayaan. Kalau nk senang sangat beli kat pasar lah... nama pun nak seronok, kenalah usaha lebih .... hehehe....

1. Untuk udang galah umpan yang sesuai ialah perumpun, anak udang beras, anak ikan guppy, isi ikan, hati dan jantung ayam, isi remis, isi kerang, adunan dedak campur belacan.



Udang Galah
2. Kuku (ketam angin, anak ketam pasir, udang sungai, udang kayu, udang kantong, roti canai, ayam goreng).

3. Semilang (Udang sama ada hidup dan mati lintah sungai, perumpun, sotong kurita, isi ikan, ikan belanak, bebolos, isi siput, anak ketam.

Sembilang
4. Kelah (kelapa sawit peram, buah merih, udang sungai, buah nerang).

5. Toman (anak ikan hidup lampan, tengas, sebarau, keli),


6. Belida (ikan anak ikan hidup seperti parang, terbul, tengas, talapia susur batang). 

 
7. Jenahak (udang hidup, cumit hidup, udang lipan, sotong kurita, belanak, anak gelama, anak bebolos, perumpun, hirisan isi ikan segar). 


8. Sepat (lumut, cacing kecil, telur kerengga, nasi).


9. Haruan (katak, anak ikan, udang sungai, cacing, belalang, cengkerik). 


10. Belanak/tamok/andeng (roti yang digumpal kecil). 


11. Ketutu (anak ikan, hirisan / ketulan isi ikan, udang sungai). 


12. Baung (umpan peram, ulat lundi, udang sungai, isi ikan, cacing, dedak, perut, usus atau hati ayam). 


13. Keli (cacing, cengkerik, udang sawah, perut ayam).

Keli


14. Tapah (hampir semua anak ikan sungai, anak keli, udang galah, ulat lundi).

15. Sebarau (anak seluang atau ikan parang kedai akuarium, tebal sisik, anak lampan, anak terbul, anak ikan tengas, udang sungai).

Begitulah ya, sedikit sebanyak mengenai umpan.  

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...