Wednesday, January 12, 2011

Minyak Kelapa Sawit ....

Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang diperoleh dari buah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandungan lemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.
Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan juga menjadi bahan suapan biobahan api.

Kimia dan pemprosesan

Minyak sawit dan minyak isirong sawit terdiri daripada asid lemak yang terester dengan gliserol seperti mana-mana lemak biasa yang lain. Kedua-dua minyak tersebut tinggi dengan asid lemak tepu, iaitu masing-masing ada 50% dan 80%. Minyak sawit meminjamkan namanya kepada asid palmitik, iaitu asid lemak tepu 16-karbon yang ditemui dalam minyak sawit; asid oleik monotaktepu juga merupakan satu juzuk minyak sawit manakala minyak isirong sawit pula banyak mengandungi asid laurik. Minyak sawit ialah sumber semula jadi tokotrienol yang terbesar, iaitu salah satu anggota kelompok vitamin E. Minyak sawit juga tinggi dengan vitamin K dan zat magnesium diet.[perlu rujukan]Napalm meminjam namanya dari asid naftena, asid palmitik dan piroteknik, atau sekadar resipi yang menggunakan nafta dan minyak sawit.

Anggaran kepekatan asid lemak dalam minyak sawit adalah seperti berikut:[1]
Kandungan asid lemak minyak kelapa sawit
Jenis asid lemak

%
Palmitik C16
  
44.3%
Stearik C18
  
4.6%
Miristik C14
  
1.0%
Oleik C18
  
38.7%
Linoleik C18
  
10.5%
Lain-lain
  
0.9%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu
Kandungan asid lemak minyak isirong sawit
Jenis asid lemak

%
Laurik C12
  
48.2%
Miristik C14
  
16.2%
Palmitik C16
  
8.4%
kaprik C10
  
3.4%
Kaprilik C8
  
3.3%
Stearik C18
  
2.5%
Oleik C18
  
15.3%
Linoleik C18
  
2.3%
Lain-lain
  
0.4%
hijau: Tepu; biru: Mono tak tepu; jingga: Poli tak tepu
Asid lemak merupakan asid karboksilik alifatik tepu dan tak tepu dengan rantai karbon dalam lingkungan C3 hinga C28. Salah satu contoh asid lemak ialah asid palmitik, CH3–(CH2)14–COOH.
Proses pemisahan minyak dan lemak melalui hidrolisis, atau dalam keadaan penyabunan asas, menghasilkan asid lemak dengan gliserin (gliserol) sebagai bahan sampingan. Asid lemak yang terpisah ini adalah campuran asid lemak yang berlingkungan C4 hingga C18 bergantung pada jenis lemak atau minyaknya.

Hasil minyak sawit dibuat dengan proses pengisaran dan penapisan: mula-mula sekali menggunakan pemeringkatan, diikuti proses penghabluran dan pengasingan untuk memperoleh pecahan pejal (stearin), dan cair (olein). Bendasing boleh ditanggalkan melalui proses pencairan dan penyahgaman, kemudian minyaknya dituras dan dilunturkan. Selepas itu, penapisan luaran menghapuskan bau dan pewarnaan untuk menghasilkan minyak sawit dinyahbau luntur bertapis (Inggeris: refined bleached deodorized palm oil, RBDPO), dan asid lemak tulen bebas, yang digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan pelbagai produk kebersihan dan penjagaan diri. RBDPO adalah hasil minyak asas yang boleh dijual di pasaran komoditi sedunia, di samping boleh dipecahkan lagi menjadi olein sawit untuk membuat minyak masak dan banyak lagi.[4]

Kelapa sawit juga dijadikan bahan mentah untuk penghasilan biodiesel, sama ada minyak sawit diproses yang dicampur dengan petrodiesel, mahupun diproses melalui pentransesteran untuk menghasilkan sebatian ester metil minyak sawit yang memenuhi penetapan EN 14214 antarabangsa, dengan gliserin sebagai bahan sampingan. Proses yang sebenar berbeza antara negara-negara dan dari segi keperluan pelbagai pasaran eksport. Proses pengeluaran biobahan api masa hadapan juga sedang diuji secara kecil-kecilan.

Sumber : www.wikipedia.org

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...