Permasalahan kesihatan dalam keluarga atau lebih tepat lagi antara suami-isteri, kadangkala agak sukar untuk dibincangkan secara umum. Apatah lagi jika sesuatu masalah itu merujuk kepada daerah intim pasangan terbabit. Antara masalah2 kesihatan ini ada satu konflik kesihatan yg agak menyulitkan dewasa ini, yang sesetengah dari kita mungkin keliru dengan definisi dan kesannya.
Atrofi vagina (atrofik vaginitis) adalah merujuk kepada pengeringan, penipisan dan peradangan pada dinding vagina akibat penurunan hormon estrogen. Lazimnya, Atrofi vagina sering terjadi setelah menopause, tetapi jangan salah faham, ia juga boleh disebabkan oleh menyusukan anak dalam tempoh yang lama atau pada saat produksi estrogen menurun. Ia juga boleh disebabkan oleh hubungan suami-isteri yang amat jarang berlaku. Contohnya kerana si suami bertugas di luar negara, ditinggalkan suami, atau mengalami masalah2 kesihatan lain yang membuatkan perhubungan badan ini tidak berlaku dalam tempoh yang agak lama.
Bagi kebanyakan wanita, atrofi vagina membuatkan hubungan seks menyakitkan - dan apabila persetubuhan menjadi sesuatu yang menyakitkan, minat seks secara alami akan menurun. Lebih-lebih lagi, fungsi alat kelamin yang sihat berkait rapat dengan fungsi sistem urin yang sihat. Berbeza dengan mereka yang belum berkahwin, rangsangan-rangsangan selepas mendirikan rumahtangga , 'memanjakan' organ berkenaan dan sentiasa 'merindui' rangsangan-rangsangan tersebut bagi mengeluarkan estrogen dan apabila sudah terlalu lama tidak dirangsang, maka gejala-gejala ini akan berlaku. Kebanyakan dari kita mendakwa masalah-masalah seperti ini berpunca daripada perbuatan sihir dan sebagainya. Kita perlu melihat dari skop yang luas. Tidak salah kita membuat tanggapan jika ada ada kesahihan dan bukti-buktinya. Kita juga digalakkan berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan demi menikmati kehidupan yang bahagia dan harmoni. Tetapi perlu diingatkan, kefahaman kita mengenai kesihatan boleh ditingkatkan juga melalui sumber-sumber yang boleh didapati di buku-buku dan juga di internet.
Gejala
Berikut ini gejala atrofi vagina:
* Vagina kering
* Vagina terasa terbakar
* Vagina berair (pedih)
* Terasa panas ketika membuang air kecil
* Kadangkala berlaku pendarahan selepas hubungan seks
* Tidak selesa ketika berhubungan seks
Rawatan
Jika gejala yang timbul agak ringan, atrofi vagina tidak perlukan rawatan. Gejala-gejala ringan dapat dihilangkan dengan menggunakan pelumas atau pelembab. Contohnya KY Jelly. Namun, jika gejala amat ketara dan membimbangkan, maka diperlukan rawatan khusus. Melakukan hubungan seks dengan lebih kerap akan membantu meredakan masalah ini. Mungkin pada permulaannya perlu dibantu dengan krim pelembab yang seperti dinyatakan tadi.
Sumber: mayoclinic.
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Sunday, June 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
-
Kayap - lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Jika dibaca post saya sebellum ini berkenaan penyakit Chicken Pox, ia adalah kelompok virus yang...
-
Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan ba...
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan