Monday, April 16, 2012

60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk!

Kira-kira 60 peratus atau 17 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah gemuk, mengikut perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan.

Hah! Biar betul?



Fakta Ringkas:
  • 30 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan (kira2 8.5 juta orang)
  • Manakala 30 peratus lagi mengalami obesiti
Baca artikel selengkapnya di bawah ini:


Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Read more: http://billyinfo.blogspot.com

1 comment:

  1. faedah menggunakan pemanis stevia, mengurangkan risiko obesiti

    ReplyDelete

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...