salam,...
masa terluang ni, tak payah fikir lagi
just klik nie http://ilhamkaryasari.blogspot.com/
info kesihatan terkini
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Saturday, January 5, 2013
Sunday, December 23, 2012
3H2M di Cameron Highlands Versi 2012
Salam pertemuan,.. kali ini nak post pasal percutian kami di CH baru2 ni.... wah banyak gak perubahan di CH sejak beberapa tahun kami tak ke sana,... begitupun, kali ini suhu agak sejuk sekali kerana musim hujan....
dek kerana frust sikit pasal kereta baru tak dapat keluar,... kami gagahkan juga dengan iswara tua tu.... dengan keadaan tayar yang tak seberapa, nasib baiklah disokong oleh enjin 1.5 yang masih mantap dan tiada bermasalah. sedikit sebanyak gambar2 kenangan di sana....
Sesekali bercuti, memberi peluang kepada anak-anak melihat pemandangan luar... untuk anak-anak.......
dek kerana frust sikit pasal kereta baru tak dapat keluar,... kami gagahkan juga dengan iswara tua tu.... dengan keadaan tayar yang tak seberapa, nasib baiklah disokong oleh enjin 1.5 yang masih mantap dan tiada bermasalah. sedikit sebanyak gambar2 kenangan di sana....
![]() |
| Ladang Teh Bharat |
![]() |
| Pokok Cili sekecil ini pun buahnya banyak |
![]() |
| Bunga Raya besar |
![]() |
| Tanaman Strawberi |
| Chalet Penginapan kami - Neeza Chalet, Kg Taman Sedia, Tanah Rata |
| Bilik kami |
| Tempat memasak dan BBQ juga disediakan di halaman chalet |
| Meja-meja disediakan oleh pemilik chalet memudahkan kami bersantai sambil minum teh |
| Strawberry Corner Kea Farm CH |
Thursday, October 4, 2012
PSP vs MP5
Dewasa ini perkembangan IT sejajar dengan perkembangan minda anak2 muda. Ipad dan tablet luas digunakan dimana-mana, malah di sekolah rendah pun ada pelajar yang 'menyeludup' masuk ipad ke sekolah dek kerana tak puas bermain di rumah.....
PSP dan MP5 juga tak kurang hebatnya, bermacam jenis dari yang asli dan jenis murah (China) banyak terdapat di pasaran dengan harga murah. Menjadi dilema kepada ibubapa, apabila anak2 mula merengek minta dibelikan gajet2 masakini. Antara ipad, PSP dan MP5..... manakah lebih berbaloi..... sedang kan harganya tak jauh berbeza..... Pada saya pilihan tepat adalah Ipad, selain dapat main game, boleh juga melayari internet dan download game di android market secara percuma. Rasanya lebih berbaloi dan bermanfaat.
Masalahnya,.... pilihan mereka.... kita hanya menurut sahaja..

Thursday, May 10, 2012
Hukum dan kesan sampingan kaedah Perancang Keluarga
Sebab-sebab yang mengharuskannya disini merujuk kepada Keadaan dimana seorang isteri itu terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga yang bersifat sementara, dan seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga atas sebab menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat serta menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.
Walau pun hukum nya harus, kita perlu ambil tahu :
- Kaedah perancang keluarga apa yang sesuai dengan kita ( Tanya pendapat doktor bukan sekadar mendengar cadangan kawan, ahli keluarga sahaja.)
- Tempoh penggunaan yang disyorkan.
- Cara pengambilan atau penggunaan yang sebetulnya.
- Kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.
- Peratusan kejayaan vs kegagalan setiap kaedah perancang keluarga yang dipilih
- Bagi yang mengambil kaedah perancang keluarga menggunakan kaedah pil , penting bagi anda tahu yang pil pencegah kehamilan adalah pil yang dimasukkan dalam ketegori "UBAT YANG TERKAWAL", means pil-pil ini tidak boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
Wednesday, May 9, 2012
Khasiat Bunga Kekwa

Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga
yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya
dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga
Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium
saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning
yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum
diminum.
Tindakbalas Perubatan dan Penggunaan:
Bunga – menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari.
Sering digunakan dalam perubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit
termasuk pemulihan demam selsema. Menyejukkan badan dan amat sesuai
digunakan untuk mengubati demam, melegakan kerongkong dan meredakan
pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Digunakan juga sebagai
stimulant untuk tahan dari mengantuk. Kelopak bunga yang sudah ditoskan
selepas direndam air panas dibungkus boleh melegakan gatal-gatal mata
(gunakan sebagai tampalan/compress).
http://www.dutaherbs.com.my
Tuesday, May 8, 2012
Khasiat Serai

Akar: Dekoksi atau infusi diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh, dan merawat selesema.
Daun: Dekoksi digunakan
pada bekas calar dan luka; digunakan sebagai air mandian untuk membaiki
edaran darah, merawat badan berbau, bengkak, kayap, masalah berkaitan
pembuangan air kecil dan pundi air kecil. Infusi diminum untuk tujuan
mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid,
sebagai diuretik, pencuci mulut, perangsang sistem saraf, perangsang
peluh, tonik umum, dan tonik perut, merawat asma, demam panas, masalah
buah pinggang, masalah penghadaman, radang paru-paru, sakit gigi dan
gusi, sakit otok, selesema, dan ibu lepas bersalin.
Rizom: Infusi digunakan sebagai pencuci mulut untuk merawat masalah gusi.
Seluruh bahagian: Dekoksi diminum untuk merawat batuk, batuk darah, sakit kerongkong, dan selesema.
Kandungan: Batang dan daun
serai – minyak esen (mengandungi aldehid isovalerik, bête-kariofilen,
dipenten, furfural, geraniol, limonen, linalool, mircen, metilheptenon,
neral, nerol, sitral, dan sitronelal).
Monday, May 7, 2012
Khasiat Pandan

Akar: Dekoksi diminum untuk merawat diabetes.
Daun: Dekoksi atau infusi
diminum untuk merawat anemia, badan berbau, diabetes, gonorea, sapremia,
dan sifilis; digunakan sebagai air mandian ibu lepas bersalin; dan
sebagai sedatif. Abu campur dengan cuka digunakan pada demam campak.
Minyak direndam daun pandan lalu digunakan pada rambut dan kulit kepala
untuk kesihatan rambut dan kulit kepala, serta pada sakit otot dan
sendi. Ia dijadikan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.
Kandungan: Daun- sedikit
minyak esen yang terdiri daripada asetilpirolin, linalool,
pandamrilakton, dan seskuitperen hidrokarbon. Akar – asid
4-hidrobenzoik.
http://www.dutaherbs.com.my
Sunday, May 6, 2012
Khasiat Halia

Daun: Dihancurkan atau
cecair diperah dan diletak pada tubuh untuk merawat demam malaria, demam
panas , reumatisme, sakit kepala, sakit perut, ia juga dimakan untuk
merawat reumatisme, dan sakit perut.
Rizom: Sebagai antiemeti,
diureti, stimulant, tonik perut, ubat batuk, membunuh atau menyingkirkan
cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan angin dari perut dan usus,
merangsang peluh, melawaskan haid, memanaskan badan; mengurangkan risiko
pembekuan darah, merawat asma, batuk, bau badan, bengkak kaki atau
tangan kerana kesejukan, busung, cirit, demam panas, disenteri,
jangkitan semasa kelahiran anak, kejang otok, kejang semasa haid, loya,
masalah usus, mual, perut dan usus kembung angin, radang sendi,
reumatisme, sakit perut kerana masalah penghadaman, sakit kepala,
selesema, sesak dada, sesak hati, susah menghadamkan makanan, tergeliat,
dan kegunaan wanita selepas bersalin.
Infusi diminum untuk merawat penyakit
keputihan. Ubat pupuk pada bengkak, bisul, gatal, lecuran, reumatisme,
sakit, sakit gigi, sakit kepala, dan sakit perut. Jus dicampur dengan
telur dan madu lalu diminum untuk merawat impotens. Jus campur minyak
bijan digunakan untuk merawat kelumumur.Halia diredam dalam cuka
digunakan untuk merawat jangkitan semasa kelahiran anak, reumatisme, dan
mengurut tubuh wanita selepas bersalin. Halia direbus, dicampur gula
merah atau madu diminum untuk mengelak atau merawat batuk, bronchitis,
demam panas, lesu, panas badan, sakit kerongkong, dan serak suara.Halia
direndam dalam minyak dan minyak digunakan sebagai losen telinga untuk
merawat sakit telinga.
Kandungan: Rizom segar –
81% air, 12% karbohidrat, 2.3% protein, 10% lemak, 2-10% fiber, minyak
esen, oleoresin. Rizom juga mengandungi gingerol, paradol, shogaol,
zingibain, dan zingiberol. Minyak halia mengandungi lebih daripada 50
sebatian (antaranya- farnesen, alfa-pinen, alfa-terpinil asetat,
alfa-zingiberen, ar-kurkumen, beta-bisabolen, beta-elemen,
beta-felandren, beta-seskuifelandren, beta zingiberen, bornil asetat,
kamfen, 1,8-cineol, sitral, sitronelol, borneol, kamfen, dekstrokamfen,
geranial, limonen, linalil asetat, linalool, neral, felandren, zingeron,
dan zingiberen). Kandungan halia lazimnya adalah berbeza-beza kerana
factor berlainan baka, keadaan ekologi, amalan pertanian, dan juga
amalan selepas dituai.
http://www.dutaherbs.com.my
Monday, April 16, 2012
60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk!
Kira-kira 60 peratus atau 17 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah gemuk, mengikut perangkaan terbaru Kementerian Kesihatan.
Hah! Biar betul?
Fakta Ringkas:
- 30 peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan (kira2 8.5 juta orang)
- Manakala 30 peratus lagi mengalami obesiti
Baca artikel selengkapnya di bawah ini:
Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.
Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.
Read more: http://billyinfo.blogspot.com
Sunday, April 15, 2012
Akibat Kencing Manis
Stevia - Pemanis Bukan Gula, Tanpa Kalori, Tiada Mudarat
Salam buat semua,...
hari ini saya dihantar beberapa botol sample pemanis stevia oleh sahabat saya yang berada di Nilai, Negeri Sembilan,... wah manis betul, dengan campuran sedikiiitt sahaja ke dalam minuman, kemanisannya terbayang2,... mcm terasa lagi dalam mulut ni.... kire ok lah tu , asalkan tiada mudarat dan kesan sampingan..
dan yang paling utama ianya baik untuk kesihatan dan tidak menaikkan kandungan gula dalam darah kita. Penyakit kencing manis ni rupanya bukannya kandungan gula dalam air kencing, tetapi kandungan gula dalam darah... tu sebab masa nk test kencing manis nurse tu ambil sedikit darah di hujung jari kite , lepas tu di test kt alat 'pengetest' tu dan terpaparlah..... 12.5 contohnya.... amik kau, darah manis . hehehe tu yg drakula suka tu.... zaman skang ni drakula tak makan kt tengkuk lagi dah, dia makan kaki dulu.... (merapu lah pulak)...
ni nk cerita lagi, saya ada lah buat jualan sikit.... nak ikutkan sebotol 50g RM45 dia suruh jual... aku jual RM40 je udah ler... amik untung singgit dua jer... harga promosi la katakan... biase la org melayu meniaga mmg camni kan? dah laku banyak esok, mula lah saya naikkan harga.... hehehe
kalo minat, bgtau yer... eh jap nombor telefon untuk meniaga lum ada la pulak. esok2 saya post kan nombo telefon dalam entry terbaru yer.... sori2.... jap nk pi beli simkad baru jap.... huhu...
bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
-
، سلام اڤ خبر اندا سموا. كالي اين ساي تريڠين ڤولا منوليس انتري دالم توليسن جاوي. سرونوك جوڬ كن؟ سمواڽ برمولا اڤابيلا ساي ترجومڤا لامن سسوا...
-
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...