Monday, November 1, 2010

Ayam Den Lapeh....

ooppss, tak ada kene mengena dengan tajuk.  kali ini produksi penetasan ayam kampung terpaksa dihentikan buat sementara waktu berikutan kegagalan mesin berfungsi seperti sediakala.  hasil pemerhatian mendapati kehadiran juruteknik sambilan yang tidak bertauliah dan tidak bergaji mengganggu sistem mesin menyebabkan kegagalan tersebut.  individu tersebut adalah anak-anak aku.... kacau betul laa...... kasi rosak aku punya projek.  kesian anak2 ayam yang x menjadi tu.  dah berpuluh2 biji telur terpaksa dimusnahkan, ingatkan sebab lain, rupa-rupanya,.... kerja 'org dalam' juga.  hehehe....

kelakar juga bila mengingatkan perangai bebudak ni yang tak pernah serik kena marah ngan aku.  maklum lah aku ni bukanlah penyabar orangnya.  bebudak ni pulak makin dimarah makin advance pulak yang dibuatnya.  lantak korang ler, asalkan korang tak kena renjatan letrik sudah..... nakal tandanya berani mencuba dan nak menjadi pandai ler tu.  (tu yang memandai-mandai tu)....

apa2 pun, mesin penetasan unggas yang ada ni akan dinaiktaraf dan diperbesarkan untuk tujuan komersial.  tunggu laporannya di masa akan datang....

2 comments:

Komen dialu-alukan