Salam ,
ungkapan "if a problem doesn't kill you, it will make you stronger" mungkin ada benarnya.
Siapa yang tidak bermasalah? Langsung tiada masalah? mustahil kan? Zaman sekarang ini lagilah bermacam-macam masalah yang muncul. Asal bergerak sedikit sahaja mulalah nampak permasalahannya. Tetapi mungkin setiap dari kita mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah yang begitu sukar dihadapi. Rasa begitu mencekik leher, rasa bagai tergantung-gantung, terkapai-kapai, putus asa, kecewa, hampa. Tambahan pula jika tiada tempat nk mengadu atau tempat mengadu pula ada masalah lagi besar.... aduhai....
Masalah. Setiap orang pasti mempunyai masalah. Setiap hari kita pasti berhadapan dengan masalah. Kita berusan dengan masalah. Kita mendapat masalah. Kita membuat masalah. Kita bahkan boleh menjadi sumber masalah. Masalah terbesar adalah kalau kita merasa tidak punya masalah. Itu memang masalah. Selesaikan itu dahulu...
Masalah yang kita hadapi sebenarnya menunjukkan ”level” kita. Siapa diri kita sebanding dengan masalah yang kita hadapi. Bukankah ada tertulis bahwa Tuhan tidak akan membiarkan kita diduga melampaui kekuatan kita untuk mengatasinya? Dan setiap masalah pasti ada jalan keluarnya?
Masalah atau problem sebenarnya guru sejati yang seringkali kita abaikan. Kebanyakan orang mengalami masalah yang serupa atau berulang kerana mereka tidak belajar dari masalah yang pernah mereka alami.
Ada empat langkah mujarab untuk mengatasi setiap masalah dalam hidup:
1. Mengakui adanya masalah dan membuat rujukan, jangan lari dari masalah (cuba memusuhi masalah)
2. Setiap masalah pasti ada sumber atau punca masalahnya
3. Bila punca masalah ditemui maka masalah dapat dirungkaikan
4. Cari Jalan keluar untuk menyelesaikan masalah, jangan pula mencari jalan menambahkan masalah
Bersahabat dengan masalah bererti seolah-olah kita peluk masalah itu, selami perasaan nya, kenali dirinya lebih dekat lagi. Atau kata lain, kita muhasabah diri, cermin diri. Kalau kita bermusuh dengan masalah, kita takkan dapat merungkai nya. Masalah berpunca dari kekurangan kita seperti kurang peka, kurang arif, kurang ilmu, kurang sabar, kurang ajar, kurang duit, kurang sopan, kurang tidur, kurang makan dan segala macam kurang yang bakal mendatangkan masalah kepada kita. Bahkan zaman sekarang ni kalau kurang isteri pun dah jadi masalah kepada sesetengah lelaki yang sudah berumahtangga. Macam-macam.... dan tak lupa kelebihan kita juga bakal menjadi masalah seperti lebih makan, lebih malas, lebih tidur, lebih gurau, lebih hutang, lebih berat badan, lebih gula, dan yang paling payah ialah bersikap 'lebih kurang'.
'Lebih-lebih pun masalah, Lebihkurang pun bermasalah'
-Ada baiknya kita belajar menjaadi pemaaf, kerana dengan itu dapat meningkatkan kesabaran
-Rujuk segala masalah kepada yang pakar, jgn kepada orang sembarangan, bakal menambah masalah apabila ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan kita.
.....Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran
Pahit getir yang pernah di lalui - guruku sejati...... (lirik sebuah lagu popular)
Renung-renungkan... coretan ini berdasarkan pengalaman masalah saya sendiri....
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Sunday, November 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
-
Kayap - lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Jika dibaca post saya sebellum ini berkenaan penyakit Chicken Pox, ia adalah kelompok virus yang...
-
Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan ba...
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan