Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu  satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu  budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana  mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat  pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa  mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan  kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan?  Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat  diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British  yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese –  The Guilding Off” oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah  dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di  rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia  untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah  paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,  beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan  tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh  seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik  dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu  itu lebih bersih dan lebih sopan?” Dengan selamba Tengku Kudin menjawab  lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu  sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu  itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya  saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh  orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah  menggunakannya.
Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak  pernah jatuh dalam longkang.............!! Jawapan Tengkun Kudin ini  menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat  Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu  masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan  tersebut.............
Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.
credit to spacenet at gudangmedia... 
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
- 
، سلام اڤ خبر اندا سموا. كالي اين ساي تريڠين ڤولا منوليس انتري دالم توليسن جاوي. سرونوك جوڬ كن؟ سمواڽ برمولا اڤابيلا ساي ترجومڤا لامن سسوا...
 - 
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
 
No comments:
Post a Comment
Komen dialu-alukan