salam pertemuan...
lama juga saya tidak menulis.... 3 hari dah.... nie sedikit info pasal Leptospirosis atau jangkitan virus kencing tikus. Amalkan mencuci tin minuman sebelum menikmatinya.  manalah tahu kalau-kalau ada tikus dah terkencing pada tin minuman tersebut. Urin atau kencing haiwan ini mengandungi sejenis zat beracun yang boleh membunuh.  
dipetik dari sumber Wikipedia - 'Sungguhpun ianya diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia,  leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia.  Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari  dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan  selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku  mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan  Ogos–September/Februari–March'
Simtom
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan  sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang  symptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa  (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia,  sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom  (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis,  kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang.  Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas.  Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah  berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam  tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot, dan muntah-muntah,  dan mungkin termasuk demam kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.
Komplikasi
Komplikasi termasuk meningitis,  kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan,  azotemia, dan masaalah buah pinggang (“renal interstitial tubular  necrosis”, yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali  kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). Masaalah kardiovaskular juga mungkin terjadi.
Rawatan
Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada  dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan  komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah antibiotik,  seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin  (doxycycline juga boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat  vaksin manusia; vaksin haiwan hanya terdapat bagi beberapa jenis strain,  dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi manusia  adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1  minggu atau penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline  200–250 mg sekali seminggu diberi sebagai prophylaxis.  Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa  leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi  menyingkir keadaan pembawa asymptomatik.
Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk  detoxification dan normalisasi keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan  glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis  digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan  jika kadar potassium menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil.  Aras serum phosphorus juga mungkin turut meningkat sama kepada aras yang  tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan bagi  hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan, atau menelan kalcium karbonate,  hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras adalah  berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur  (contohnya., prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari  dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam kes dimana kesan pendarahan  haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting  bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_tikus
Dapatkan Info kesihatan, Herba, Petua, Resepi, Hobi, Gambar, Macam-macam Link, Benda-benda Pelik, Mistik, macam-macam ado..... Isu Semasa, Politik, dan ntah apa-apa lagi..... Silakan.... dan terima kasih berkunjung ke sini selalu...
Sunday, November 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trio DJs @ Jasin Bestari
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
- 
، سلام اڤ خبر اندا سموا. كالي اين ساي تريڠين ڤولا منوليس انتري دالم توليسن جاوي. سرونوك جوڬ كن؟ سمواڽ برمولا اڤابيلا ساي ترجومڤا لامن سسوا...
 - 
Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...
 

bahaya..pakcik sy kena pnyakit ni msuk ICU..gara2 mandi kat jeram..so,,hati2lah kalau main kat tmpt berisiko cmtu..
ReplyDeleteVisit paihujey.com