Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Tarikh keramat 10.10.10 atau 10 oktober 2010, october 10, 2010 atau 10hb oktober 2010, adalah merupakan tarikh yang menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.  Lazimnya, tanggal sebegini ramai yang bercadang mengadakan majlis pertunangan, pernikahan, resepsi majlis perkahwinan, meraikan ulang tahun tertentu dan pelbagai acara lagi. Tidak kurang juga menjadikan atau mengabadikan tarikh itu dalam bentuk yang simbolik seperti menjadikan angka berkenaan sebagai mas kahwin, hantaran dan hadiah istimewa. Begitu juga hotel dan kompleks beli-belah menawarkan potongan istimewa kepada pelanggan mengikut angka itu sempena meraikan kehadirannya. 


Kepada yang melangsungkan hari perkahwinan pada hari ini diucapkan tahniah kerana berjaya mengabadikan saat indah pada tarikh ini.  Yang datang hanya sekali dalam 100 tahun!

Turut melakar sejarah tarikh unik itu termasuk angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk majlis perkahwinan paling bersejarah dengan Dr Harlina Mohd Yunos yang dijangka dihadiri 100 angkasawan dari 35 negara.

Semua itu dilakukan, semata-mata digit itu dianggap tarikh istimewa, berikutan susunan angkanya iaitu 10.10.10 yang kelihatan menarik sebab berturutan dan cantik apabila tercatat misalnya, dalam sijil perkahwinan, kad kahwin serta sebagainya. Ada juga menganggap ia angka bertuah tetapi tidak kurang pula melihat, nombor apabila dibilang akan sampailah pada angka itu.

Apa pun, menurut perspektif Islam, tiada hari atau nombor dianggap bertuah atau sial, sebaliknya semua dianggap sama. Begitu jugalah dengan tarikh 10.10.10.


Walaubagaimanapun, jangan terikut-ikut dengan kepercayaan agama lain kononnya angka tertentu membawa malang seperti 4, 13 dan 666. Jangan sampai, ada yang mengelakkan tarikh 13.13.13 kerana takut ditimpa malang. Juga janganlah memilih 14 Februari kononnya, mengambil sempena Hari Kasih Sayang.

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...