Tuesday, October 26, 2010

Khasiat Teh Hijau @ Daun Mullberry

Mullberry atau senang disebut malberi dalam bahasa melayu, adalah sejenis tumbuhan kategori herba.  Buahnya manis, sedap dimakan.  Khasiatnya banyak pada daunnya.  Diolah menjadi teh hijau dan boleh mengubati sakit-sakit badan dan telah terbukti mempunyai beberapa khasiat dan kelebihan.





Kelebihan dan khasiat air rebusan daun mullberry:

1. Mengurangkan kesan penyakit kencing manis
2. Mengurangkan kolesterol dalam darah
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengurangkan berat badan
5. Mengurangkan kesan penyakit asma
6. Memberi kesegaran dan awet muda
7. Mencegah kerapuhan tulang (mengandungi kalsium yang tinggi)
8. Meredakan batuk
9. Meredakan rasa cemas dan kegelisahan
10. Mengandungi Vitamin B1, B2 dan C
11. Memiliki semua 18 asid amino yang diperlukan badan
12. Membantu melawan penyakit kanser



InsyaAllah , akan mujarab kepada yang serasi.  Juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata bagi membuang selaput dalam mata.  Dewasa ini daun mullberry telah diolah sebagai teh dan digelar 'Teh Hijau' dan begitu popular di negara China, Jepun dan Korea. Mungkin ramai yang tidak tahu daun ini juga digunakan sebagai makanan kepada ulat sutera, dan boleh diberi kepada ternakan sebagai supplement menggalakkan pembesaran dan mengelak penyakit.  




Di mana boleh mendapatkan pokok ini untuk di tanam di halaman anda? 
Hubungi email saya fad7829@gmail.com

2 comments:

  1. salam singgah,
    nak tanya.. daun tu amik yg tua & rebus ajer ker.. atau perlu dikeringkan/dijemur..

    kakyong ade pokok ni kat rumah.. tanam dlm pasu jer.. benih dpt dr Ayahnde Pengasas.. http://kebunpokoksutera.blogspot.com/

    kakyong - http://www.kakyong.com

    ReplyDelete
  2. kakyong, ye kak, mcm tu la lebihkurang seperti yg tauke sinseh tu cakap. amik yg tua lebihkurang 5 - 6 helai cukuplah untuk secawan dua. takyah rebus lama2, warana dia pun x pekat,..tak payah jemur pun takper, kalau dah kering pun bleh guna seperti teh... wallahu alam...

    ReplyDelete

Komen dialu-alukan