Thursday, October 7, 2010

Petua Penjagaan Mata



Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya. Marilah kita mengamalkan beberapa petua untuk menjaga kesihatan mata kita.  Mata kalau rosak, bukan susah sikit, memang susah banyak lah jawabnya.  Mata juga mengandungi maklumat tentang diri kita (Boleh mengesan penyakit melalui pemerhatian urat mata oleh orang yang pakar)

1. Sirih - Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan dalam air sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Macam Optrex tu la... Insya Allah mujarab. Rebusan Daun Mulberry juga boleh digunakan dalam kaedah ini. 

3. Senaman Mata - Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Senaman ini bagi menggerakkan anak mata mengecil dan membesar semasa proses memfokus kepada objek. Ulang proses ini beberapa kali. Setelah mengamalkannya beberapa lama, anda akan melihat kesannya.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Bermula perlahan-lahan dan semakin laju. 

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu. Hehehe... 

4. Amalan Pemakanan - Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.


5. Pesanan Doktor - Amalkan meminum Horlicks (bukan promosi produk), tapi memang mujarab. Mungkin sebab kandungan mineral dan vitamin didalamnya sesuai bagi penjagaan mata. Petua yang ini saya peroleh daripada seorang doktor mata. 

Awas – jangan menggunakan mata untuk melihat sesuatu yang terlarang. Contoh : skodeng, melayari web lucah dan sebagainya.  Tindakan ini boleh membawa padah pada diri pelakunya. Selain merosakkan mata, ia juga boleh membawa kepada masalah kerosakan minda dan jiwa.  Lihatlah berapa banyak kes jenayah sekarang ini yang mungkin berpunca dari penyalahgunaan mata. 

Sayangilah Mata Anda

Syukurilah nikmat yang dipinjamkan oleh Allah....

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...