Thursday, October 21, 2010

Melaka Maju 2010

Najib isytihar Melaka Maju 2010

October 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.
Najib ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.
“Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut,” katanya.

Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.

Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.
Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen dialu-alukan

Trio DJs @ Jasin Bestari

Trio DJs @ Jasin Bestari Petronas AAM Cubprix Championship 2017 - Round 6 - Jasin, Melaka Tu dia 3 orang DJ Lamba...